Baiki Tingkap Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Kami menyediakan servis baiki tingkap rumah di Kuala Lumpur atau Selangor untuk pelbagai jenis tingkap termasuk tingkap sliding dan tingkap aluminium. Membaiki tingkap merupakan satu keperluan penting bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan nilai estetika rumah terjaga. Tingkap yang berfungsi dengan baik pasti dapat menjamin pengudaraan yang selesa, tidak kira di rumah, kondo, pejabat, bangunan komersial ataupun kedai.
Kerja Baiki Tingkap Kami Termasuk:
- Baiki tingkap tersekat
Jika anda mengalami masalah tingkap rumah yang sering tersekat atau ketat, kami boleh membantu anda. Kami akan mengenal pasti punca sekatan sama ada rel yang kotor atau bingkai tidak rata. Jangan risau, kami akan memastikan tingkap anda boleh berfungsi semula dengan lancar apabila dibuka dan ditutup.
- Tukar engsel atau skru karat
Engsel dan skru yang sudah terlalu lama atau berkarat pada tingkap boleh menjadi longgar dan berisiko tercabut dari bingkai. Kami menawarkan penggantian engsel dan skru baru yang lebih kuat serta tahan karat bagi memastikan tingkap anda kembali kukuh, stabil, dan tahan lama.
- Tukar pemegang tingkap
Masalah tombol tingkap yang patah atau rosak sering diabaikan oleh penghuni rumah tetapi hal ini sebenarnya menjejaskan keselamatan. Untuk menyelesaikan masalah anda, kami menyediakan perkhidmatan menukar pemegang tingkap dengan alat ganti yang berkualiti dan sesuai dengan jenis tingkap rumah anda.
- Tukar kaca tingkap yang rosak
Kaca tingkap yang pecah atau retak boleh mencederakan penghuni rumah. Kami menyediakan khidmat penggantian kaca tingkap rumah. Anda boleh memilih jenis tingkap yang sesuai dengan keperluan serta bingkai tingkap anda. Kami akan memastikan kaca tingkap yang baru dipasang dengan kukuh dan stabil.
- Servis pelinciran rel dan sistem gelungsur
Kotoran pada rel tingkap anda boleh menyebabkan ia ketat, berat dan berbunyi. Untuk masalah ini, kami boleh membantu anda dengan membersihkan rel. Roda pada bahagian bawah tingkap juga diganti jika haus. Akhir sekali, minyak pelincir khas disapu untuk memastikan pergerakan tingkap sliding yang lancar dan senyap.
- Tukar getah penebat bocor
Getah penebat pada tingkap boleh menjadi keras, retak atau bocor dan menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumah. Pekerja kami boleh menanggalkan getah yang lama, memasang getah penebat baru dan membersihkan bingkai tingkap rumah anda.
- Baiki bingkai tingkap
Bingkai tingkap yang rosak boleh menjejaskan keseluruhan struktur tingkap. Kami menawarkan perkhidmatan membaiki atau menggantikan bingkai mengikut jenis material seperti kayu, aluminium atau UPVC. Kami akan memastikan baik pulih ini menjadikan struktur tingkap anda kukuh dan tahan lama.
- Tukar tingkap aluminum ke tingkap sliding
Ramai pemilik rumah atau pejabat memilih untuk menaik taraf dari tingkap aluminium ke tingkap sliding dalam pelbagai reka bentuk dan saiz untuk menjimatkan ruang. Tingkap jenis sliding juga ringan serta mudah dikendalikan.
Jenis Tingkap Rumah Yang Kami Sering Baiki
- Tingkap sliding
Sekiranya anda menggunakan tingkap sliding untuk tempoh yang lama, anda mungkin mengalami masalah seperti rel tersekat dan roda yang rosak atau haus. Kami sering membaiki pintu dan tingkap sliding rosak termasuk dengan kerja pembersihan rel, penggantian roda supaya sistem gelungsur berjalan lancar.
- Tingkap nako
Selain tingkap sliding, kami juga sering membaiki pemegang atau engsel rosak bagi tingkap jenis nako. Oleh itu, kami akan mengganti pemegang lama, memperketat atau menukar engsel. Keseluruhan sistem akan diuji supaya tingkap nako anda dapat dibuka dan ditutup dengan lancar semula.
- Tingkap jenis casement
Tingkap casement menggunakan engsel di tepi dan biasanya dibuka keluar atau ke dalam. Masalah utama ialah engsel berkarat, skru longgar, atau pelaras tekanan rosak. Seperti biasa, gantian engsel baru akan dilakukan untuk mengelakkan tingkap kendur dan terkeluar dari bingkainya.
- Tingkap kayu
Walaupun tingkap kayu nampak klasik, ianya boleh reput atau diserang anai-anai. Untuk tingkap kayu, jika masih boleh diselamatkan, bahagian kayu yang rosak akan kami buang dan ganti. Jika kaca pada tingkap kayu anda retak, ia akan diganti dan dipasang semula dengan bingkai kayu yang kukuh.
- Tingkap Aluminium Atau UPVC
Bagi tingkap aluminium atau UPVC pula, kami menyediakan servis penyelenggaraan dari masa ke semasa. Masalah biasa termasuk skru longgar, getah penebat bocor, atau bahagian mekanisme yang haus. Oleh itu, tukang tingkap akan melakukan kerja pembaikian tingkap seperti mengetatkan skru, mengganti aksesori lama serta melincirkan bahagian yang memerlukan pergerakan.
Tanda-tanda Tingkap Rumah Anda Rosak Dan Perlu Dibaiki
- Bunyi bising bila buka dan tutup tingkap
Bunyi berkeriut, berdecit atau bergesel ketika membuka atau menutup tingkap menandakan engsel, skru, atau roda sudah haus. Kadang-kadang bunyi ini berpunca daripada karat atau kotoran di rel tingkap. Jika dibiarkan, tingkap akan semakin ketat dan sukar digerakkan. Jadi, anda perlu mencari servis membaiki tingkap secepat mungkin.
- Sukar buka dan tutup tingkap
Sekiranya anda memerlukan banyak tenaga untuk membuka atau menutup tingkap, tingkap anda perlu dibaiki. Kerosakan ini mungkin berpunca dari rel yang senget, kotor atau kerosakan pada mekanisme tingkap anda.
- Kesan tingkap berkarat
Karat pada tingkap bukan sahaja merosakkan penampilan, malah boleh melemahkan struktur tingkap hingga ia longgar atau tercabut. Tanda awal boleh dilihat pada warna perang kemerahan di sekitar skru dan engsel. Cepatlah hubungi tukang tingkap kami sekiranya anda melihat tanda tingkap anda berkarat.
- Retakan Atau Pecahan Pada Tingkap
Retakan pada kaca atau bingkai tingkap tidak boleh diabaikan kerana ia berisiko pecah sepenuhnya. Retakan kecil boleh dilihat dengan jelas apabila cahaya menembusi garis halus pada kaca. Tolong jangan abaikan tanda ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan penghuni rumah sekiranya kaca pecah.
- Air Bertakung Berdekatan Tingkap
Apabila hujan turun, air yang menitis masuk melalui celahan tingkap atau bertakung di tepi bingkai menunjukkan masalah pada getah penebat atau sealant. Kesan kebocoran boleh dilihat pada dinding yang lembap, cat menggelembung, atau perabot berdekatan yang rosak akibat air. Bertindak segera sekiranya anda melihat tanda kebocoran ini.
- Pertumbuhan Kulat
Kehadiran kulat atau tompokan hitam pada bingkai kayu, aluminium atau dinding tepi tingkap menandakan kelembaban yang berlebihan. Kulat bukan sahaja menjejaskan rupa, malah boleh menimbulkan masalah kesihatan. Jadi, jangan dibiarkan masalah ini lama-lama jika anda mengalami tanda-tanda di atas.
Proses Baiki Tingkap Kami
- Hubungi Kami
Langkah pertama bermula dengan anda menghubungi kami melalui WhatsApp atau panggilan telefon dan berikan penerangan ringkas tentang masalah tingkap yang dihadapi. Pasukan kami akan mendengar, memahami situasi anda dan memberikan panduan awal sebelum langkah yang seterusnya.
- Penilaian Dan Sebutharga
Untuk memastikan anda mendapat anggaran kos yang tepat, anda boleh menghantar gambar atau video tingkap rumah anda yang bermasalah. Jika kerosakan tingkap adalah serius untuk dibaiki dan tingkap baru perlu dipasang, kami akan memberitahu anda. Setelah mengatur lawatan tapak ke rumah, pejabat atau premis anda jika kami memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti, kami akan sediakan sebutharga kepada anda.
- Baiki Tingkap Rumah di Lokasi
Selepas anda bersetuju dengan sebutharga, pekerja kami akan tiba ke lokasi anda pada masa yang dipersetujui. Semua kerja membaiki tingkap dilakukan secara teliti menggunakan peralatan yang sesuai serta bahan ganti yang berkualiti. Kami akan melakukan kerja baik pulih tingkap dengan cepat dan kemas tanpa menganggu aktiviti harian anda.
- Pastikan Tingkap Berfungsi Dengan Baik
Sebelum kerja kami dianggap selesai, kami akan menguji tingkap anda untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Tingkap akan dibuka dan ditutup beberapa kali untuk memastikan pergerakannya lancar, kukuh dan selamat digunakan.
Soalan Lazim
Berapakah harga servis baiki tingkap rumah?
Harga servis baiki tingkap rumah berbeza mengikut tahap kerosakan, jenis tingkap, dan komponen yang perlu diganti. Untuk memastikan pelanggan mendapat anggaran kos yang tepat, kami menawarkan sebutharga percuma berdasarkan gambar, video atau lawatan tapak. Dengan ini, anda boleh mengetahui kos sebenar sebelum membuat keputusan sama ada anda akan mengupah servis tukang tingkap kami.
Adakah saya perlu menukar keseluruhan tingkap rumah?
Tidak semestinya. Kebanyakan masalah tingkap boleh diselesaikan dengan mengganti komponen tertentu sahaja. Hanya dalam kes kerosakan serius, barulah kami akan sarankan anda untuk menukar keseluruhan tingkap. Pasukan kami akan membuat pemeriksaan sebelum memberikan cadangan mengikut keadaan tingkap.
Berapa lama proses membaiki tingkap rumah?
Tempoh membaiki tingkap biasanya bergantung kepada jenis kerosakan. Masalah kecil seperti menukar engsel, tombol atau melincirkan rel sliding kebiasaannya mengambil masa antara 1 hingga 2 jam sahaja. Namun, jika melibatkan penggantian kaca tingkap yang besar, ia mungkin memerlukan masa setengah hari atau satu hari.
Perkhidmatan Membaiki Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kerana menolong membaiki pintu kabinet dapur saya yang telah rosak pada harga yang berpatutan!
Puan Aishah
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun sebagai pemasang kabinet dapur di bandar Kuala Lumpur dan Selangor
→ Kami mempunyai pekerja industri profesional yang berkelayakan dan berpengalaman.
→ Kami juga menyediakan pembaikan kabinet dapur untuk rumah atau pejabat anda.
→ Kami menawarkan perkhidmatan pembinaan kabinet khusus yang dibina mengikut saiz dapur dan susun atur rumah anda.
→ Kami telah mencapai kecemerlangan dalam menguruskan kos, dan sebagai hasilnya kami mempunyai reputasi yang kukuh untuk menyampaikan pelbagai gaya kabinet dapur bajet dan juga hasil dapur yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat kompetitif.
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia