Kontraktor Rumah Banglo di Kuala Lumpur & Selangor

Pengubahsuaian kediaman boleh menjadi perkara yang menakutkan tetapi anda tidak perlu berasa risau dengan pasukan kontraktor rumah banglo profesional kami di Kuala Lumpur dan Selangor.

Terdapat banyak rumah banglo yang masih berada dalam keadaan asal dan ia perlu disesuaikan dengan standard moden, dengan memberi perhatian khusus untuk meningkatkan keindahannya. 

Ia merupakan perkara yang biasa bagi pemilik rumah untuk berasa bimbang bahawa mereka akan kehilangan keunikan rumah mereka sekiranya mereka mengubah suai kediaman. Walaubagaimanapun, keadaan ini dapat dielakkan dengan perancangan yang rapi dan pemilik rumah dapat menikmati faedah dari rumah mereka yang telah dinaik taraf.

Semasa kerja renovate bahagian dalaman rumah banglo, selalunya persoalan yang besar adalah sama ada kita harus mengekalkan gaya tradisional, atau mengambil pendekatan yang lebih moden untuk pengubahsuaian. Ini adalah sangat penting terutamanya apabila kita mempertimbangkan bahan yang akan digunakan pada dinding atau siling kita.

Kawasan di rumah banglo yang memerlukan pengubahsuaian termasuk:

Pengubahsuaian Siling

Secara tradisionalnya, banyak kayu digunakan pada siling, tembok kayu, atau pemasangan siling plaster kapur dan panel siling. Pada zaman ini, anda masih boleh mendapatkan penampilan yang sama tetapi menggunakan produk yang lebih moden seperti siling kapur dan pencahayaan yang lembut.

Ubahsuai Dinding

Dinding mempunyai banyak pilihan untuk dipertimbangkan seperti kertas dinding, jenis cat dan warna. Selain itu, anda juga perlu membuat keputusan sama ada ingin membuat “Feature Wall” yang tersendiri.

Pemasangan Lantai

Semasa pengubahsuaian dijalankan, anda boleh memilih untuk memulihkan lantai yang sedia ada, mengganti lantai lama dengan lantai baru sepenuhnya, atau melapisi permukaan yang ada dengan lantai baru seperti lantai parket atau lantai berjubin. Ini secara amnya bergantung kepada keadaan lantai asal, jenis lantai yang diingini dan juga bajet pemilik.

Bagi mereka yang mementingkan ketahanan, lantai lamina merupakan pilihan yang tepat. Lantai lamina secara umumnya adalah setebal antara 7-12mm dan ianya kelihatan sama dengan rupa lantai kayu yang sebenar. Ia mempunyai permukaan melamin yang sangat keras, tahan terhadap kerosakan dan jauh lebih murah daripada kayu asli serta tersedia dalam pelbagai warna.

Semasa memilih warna lantai, anda perlu mempertimbangkan ukuran bilik dan jumlah cahaya matahari yang dapat memasuki bilik. Elakkan menggunakan warna gelap di tempat yang sangat kecil dengan sedikit cahaya, kerana ini akan menyebabkan ruangan itu kelihatan suram dan sempit. Lantai yang berwarna lebih terang adalah lebih sesuai di ruang kecil kerana ia memaksimumkan cahaya dan membuat ruangan tersebut terasa lebih besar.

Pemasangan Almari dan Kabinet

Semasa membuat almari simpanan pakaian di rumah banglo, langkah pertama adalah merancang susun atur bagi memastikan ruang simpanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan anda. Pilih saiz laci yang sesuai dengan jenis pakaian yang ingin disimpan. Akhirnya, apabila memilih gaya pintu, pastikan ia sesuai dengan gaya pintu yang sudah dipasang di dalam rumah.

Tidak ada yang betul atau salah jika anda memilih penampilan yang lebih moden, atau tetap dengan penampilan yang lebih tradisional – selagi ada sedikit aliran persamaan dan konsistensi dengan seluruh kawasan rumah lain.

Hubungi kontraktor pengubahsuaian rumah banglo pakar kami untuk konsultasi PERCUMA jika anda ingin mengubahsuai rumah anda dan pasukan kami akan membantu anda dengan sedaya upaya.

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Testimoni

Saya dan isteri gembira dengan kerja ubahsuai yang dijalankan pada rumah banglo keluarga saya di Kajang. Kami akan mengeyorkan syarikat anda kepada jiran dan rakan-rakan kami. Terima kasih!

Encik Syed

Kami Menawarkan Servis Renovasi Untuk Rumah Jenis:

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia