ubahsuai-tandas-rumah-cyberjaya

Pasang Cermin Dinding di Kuala Lumpur & Selangor

Adakah anda sedang mencari perkhidmatan pasang cermin dinding di Kuala Lumpur, Shah Alam atau Selangor untuk kediaman atau pejabat anda? Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pemasangan cermin dinding murah untuk rumah, kedai dan pejabat komersial. 

Cermin dinding ialah cermin hiasan dinding yang menjadi kegemaran ramai bagi menampakkan sesuatu ruang itu terlihat “klasik-moden” atau “elegan”. Mengapakah pasang cermin dinding di ruang kediaman atau ruang pejabat anda?  Selain membuat ruangan itu menarik, ia juga memberi kesan kepada bilik supaya bilik kelihatan lebih luas dan nampak lebih mewah.  

Kami Memasang Pelbagai Jenis Cermin Dinding Termasuk:

  • Cermin jenis wainscoting

Cermin jenis wainscoting kini popular untuk mereka yang menggemari “English style” dan ia juga memberi impak kepada sesetengah ruang itu terlihat luas dan elegan. Cermin diletakkan di atas atau di sekitar wainscoting di dinding dan ia dapat menambahkan lebih seri kepada sesuatu ruang di dinding.

  • Cermin dinding panjang penuh

Cermin dinding panjang penuh ialah sejenis cermin yang dipasang di dinding yang agak tinggi dan lebar. Ia boleh menampakkan seluruh ruang bilik itu dan juga boleh menampakkan seluruh penampilan seseorang yang berada di depan cermin. Selalunya di pasang di kawasan bilik, ruang tamu, bilik persalinan dan lain lain. 

  • Cermin bilik air

Ianya amat penting untuk meletakkan sebuah cermin di bilik air. Ia dapat membantu individu di bilik air untuk membersihkan diri dan membantu mereka untuk menghias diri, terutamanya apabila membasuh muka, menggosok gigi dan lain lain. Selain itu, cermin di bilik air juga membantu untuk meningkatkan pencahayaan di dalam bilik air dan memberi ilusi luas kepada ruang bilik air.

  • Cermin rumah Ikea untuk rumah tamu atau ruang makan

Cermin dari IKEA untuk ruang tamu atau ruang makan boleh membantu untuk membuat kawasan rumah yang kecil menjadi luas. Ia memberi ilusi untuk rumah menjadi elegan dan membuatkan rumah ternampak lebih mewah. 

  • Cermin dinding berbingkai dan tanpa bingkai

Cermin dinding berbingkai dapat menambahkan lagi gaya sama ada klasik, ataupun “funky” dan macam macam lagi bergantung kepada reka bentuk yang dipilih mengikut tema ruangan itu. Manakala, cermin dinding tanpa bingkai pula dapat memberi gaya yang lebih bersih, ringkas dan juga lebih memberi impak luas kepada sesetengah ruangan itu. 

Mengapakah Anda Harus Mengupah Servis Pasang Cermin Dinding Kami?

  • Pekerja berpengalaman

Tukang rumah kami semuanya berpengalaman dalam kerja pemasangan cermin dan mereka juga profesional dalam menjalankan kerja.

  • Kerja pemasangan cekap dan selamat

Kerja pemasangan kami sentiasa cekap dan dijamin selamat. Jangan risau, kami akan pastikan cermin dipasang dengan rapi dan tidak mudah jatuh mahupun tanggal dari dinding setelah pemasangan selesai.

  • Harga pemasangan murah

Kami menyediakan pakej harga pemasangan cermin dinding yang murah di Lembah Klang, Petaling Jaya dan Damansara. Harga servis tukang cermin kami adalah berbaloi dan lebih murah dari syarikat lain.

  • Mempunyai peralatan drill profesional

Pasukan kami mempunyai segala peralatan drill profesional dan kami hanya menggunakan peralatan yang dijamin selamat untuk digunakan bagi meningkatkan mutu kualiti kerja kami.

  • Pemasangan cermin pelbagai jenis dan saiz

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan cermin pelbagai jenis dan juga saiz. Dari saiz yang paling besar ke saiz yang paling kecil, jangan risau, kami boleh bantu anda.  

Pemasangan cermin dinding bukanlah sesuatu yang mudah. Ia mungkin nampak mudah, tapi jika tersalah pasang, ia boleh mengakibatkan banyak kesan buruk seperti cermin jatuh, cermin pecah dan lain lain. Kerja pemasangan cermin rumah perlu dijalankan oleh pekerja profesional yang menggunakan peralatan yang sesuai bagi mendapatkan hasil yang cantik dan kemas juga tahan lama.  

Tak perlu cari lagi, syarikat kamilah yang anda cari. Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan cermin dinding untuk pelbagai jenis cermin di Bukit Jalil, Ampang dan juga Mont Kiara. Dengan mengupah pasukan kami, anda tidak akan menyesal. 

Dapatkan khidmat pasang cermin dinding kami untuk rumah, kedai, pejabat dan lain lain sekarang. Hanya telefon atau Whatsapp kami segera untuk mendapatkan sebutharga percuma!

Testimoni

Terima kasih kerana membantu dengan kerja pemasangan cermin dinding baru di rumah saya di Cheras. Harganya juga berpatutan. 

Cik Aisyah

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia