Tukang Cat Rumah di Kuala Lumpur & Selangor

Kami adalah tukang cat rumah profesional di Kuala Lumpur, Cheras dan Selangor untuk kerja cat dinding dan cat siling rumah. 

Servis mengecat rumah sebenarnya penting untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan kediaman. Tukang cat rumah kami boleh membantu pemilik rumah menukar warna dinding rumah mengikut citarasa dengan bahan cat yang tahan lama, serta melindungi dinding daripada cuaca, kelembapan dan kulat.

Servis Mengecat Oleh Tukang Cat Profesional Kami Termasuk 

  • Cat Dalam Rumah

Kami menyediakan servis mengecat dalaman rumah yang kemas dan terperinci untuk pelbagai ruang seperti ruang tamu dan bilik tidur. Tukang cat kami juga boleh membantu dalam pemilihan warna yang sesuai dengan konsep dan pencahayaan ruang di rumah anda.

  • Cat Luar Rumah

Bagi kawasan luar rumah, kami menggunakan cat yang tahan panas hujan, dan kelembapan. Setiap permukaan seperti pagar, pintu, dan tingkap akan dibersihkan serta disediakan sebelum dicat supaya tahan lama dan tidak pudar.

  • Cat Dinding 

Kemasan dinding seperti feature wall dan cat bertekstur juga kami sediakan untuk menaikkan seri rumah anda. Pelbagai gaya moden boleh dihasilkan mengikut citarasa dan konsep yang anda pilih. 

  • Cat Semula Rumah Lama

Jika anda memiliki rumah lama yang kelihatan kusam atau mengalami kerosakan kecil, anda mungkin memerlukan servis cat semula rumah dari kami. Permukaan akan dibaiki dan disediakan sebelum ia dicat. 

  • Cat Rumah Baru

Sebelum berpindah masuk ke rumah baru, kami boleh membantu anda untuk mengecatnya. Setiap sudut akan diberikan perhatian bagi memastikan kemasan sempurna. Mengikut konsep rumah, kami akan mencadangkan jenis dan warna yang sesuai cita rasa anda. 

  • Cat Pejabat 

Persekitaran pejabat anda dapat diperbaharui dengan warna cat korporat yang lebih profesional dan selesa. 

  • Cat Kedai

Jika anda ingin kedai anda nampak lebih estetik dan menarik, kami boleh membantu dengan mengecatnya sesuai dengan jenama kedai ada. Pilihan warna dan kemasan yang menarik akan menjadikan kedai atau premis perniagaan anda nampak meriah dan membantu meningkatkan imej perniagaan anda.

  • Cat Restoran

Selain itu, kami juga menyediakan servis cat ini untuk pemilik restoran atau kafe. Kualiti cat juga selamat untuk persekitaran kafe atau restoran anda. 

  • Cat Sekolah

Kami menyediakan perkhidmatan mengecat premis pembelajaran untuk sekolah, tadika dan pusat tuisyen dengan warna yang ceria dan sesuai untuk kanak-kanak. Cat yang digunakan adalah rendah VOC. 

  • Cat Feature Wall 

Cat accent wall yang kami hasilkan akan dijadikan fokus utama di ruang rumah anda. Pelbagai pilihan warna dan teknik disediakan mengikut citarasa pelanggan. Kami akan memastikan jenis dinding feature yang direka adalah menarik dengan harga berpatutan. 

  • Cat Waterproofing 

Kami juga menawarkan solusi cat waterproofing untuk melindungi permukaan daripada masalah kelembapan. Kami menyediakan kemasan khas seperti anti-slip dan anti-kulat untuk kawasan berisiko seperti bilik air dan dapur. Selain itu, lantai epoxy turut disediakan bagi memberikan permukaan yang tahan lasak, dan mudah diselenggara.

Tanda-Tanda Rumah Atau Premis Anda Perlu Dicat Semula 

  • Cat pudar atau kusam

Jika warna dinding anda semakin pudar atau kusam, ini mungkin kerana pendedahan berpanjangan kepada cahaya matahari dan cuaca. Untuk menjadikannya menarik, anda perlu mengecat semula ruangan berkenaan.

  • Cat mengelupas atau retak

Permukaan cat yang mula mengelupas atau retak menunjukkan masalah pada lapisan perlindungan dinding. Ini boleh menyebabkan dinding terdedah kepada kerosakan yang lebih serius. Jangan dibiarkan kerana ia boleh menjadi semakin teruk.

  • Dinding berkulat

Kehadiran kulat atau lumut pada dinding biasanya berpunca daripada kelembapan berlebihan. Selain tidak menarik dilihat, ia juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni. Bau yang tidak menyenangkan juga mungkin akan timbul. Proses mengecat semula dinding bersama rawatan yang sesuai dapat mengatasi masalah kulat ini. 

  • Kesan kotoran degil

Kesan kotoran yang sukar ditanggalkan seperti minyak, asap, atau contengan akan menjejaskan rupa dinding. Walaupun dibersihkan, kesan tersebut mungkin masih kekal. Cara terbaik adalah untuk mengecat semula permukaan berkenaan.

  • Rumah nampak lama

Jika anda rasa rumah atau premis sudah kelihatan lama dan tidak lagi menarik, itu petanda ia memerlukan sentuhan baru. Warna dinding yang kusam boleh menjejaskan keseluruhan suasana ruang. Persekitaran juga akan terasa lebih suram dan kurang menyenangkan.

Jenis Cat & Pilihan Warna 

  • Cat dalaman vs luaran

Kami menyediakan pilihan cat yang sesuai dengan fungsi ruang. Cat dalaman kami diformulasikan rendah bau VOC dan selamat untuk kegunaan dalam rumah. Manakala cat luaran direka lebih tahan cuaca. Pemilihan yang tepat memastikan ketahanan serta hasil kerja cat yang kualiti.

  • Jenis kemasan cat

Terdapat pelbagai jenis kemasan cat yang boleh dipilih mengikut keperluan dan gaya ruang. Cat jenis matte memberikan hasil yang lembut dan tidak berkilat, sesuai untuk suasana tenang. Cat jenis Satin pula sedikit berkilau dan mudah dibersihkan, manakala cat gloss memberi kesan berkilat dan lebih tahan lasak.

  • Cadangan warna ikut konsep rumah

Berdasarkan konsep rumah anda, pemilihan warna cat yang sesuai amat penting. Kami boleh memberikan cadangan warna mengikut gaya seperti minimalis, moden, klasik, atau kontemporari. Gabungan warna yang tepat dapat menaikkan seri keseluruhan ruang.

  • Bantuan pemilihan warna

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pemilihan warna cat, kami sedia memberikan konsultasi berdasarkan ruang, pencahayaan, dan konsep yang diinginkan. Kami akan mencadangkan kombinasi warna yang sesuai untuk hasil yang seimbang dan menarik. Contoh pilihan warna juga boleh ditunjukkan sebelum kerja dimulakan.

Kenapa Pilih Khidmat Tukang Cat Kami 

  • Tukang cat berpengalaman

Kami adalah tukang cat yang berpengalaman dan mahir dalam kerja mengecat rumah, pejabat dan kedai. Setiap projek mengecat dikendalikan dengan teknik yang betul dan profesional kerana pasukan kami sentiasa memastikan kualiti servis yang konsisten kepada pelanggan.

  • Hasil kemas dan teliti

Setiap kerja mengecat dilakukan dengan penuh perhatian terhadap perincian. Kami memastikan permukaan yang perlu dicat disediakan dengan baik sebelum proses mengecat bermula. Kami juga akan memastikan kemasan akhir yang rata dan bersih. 

  • Guna cat berkualiti

Penggunaan cat berkualiti menjadi keutamaan kami dalam setiap projek. Bahan dan jenama cat yang kami pilih semestinya tahan lama, tidak mudah pudar, dan selamat digunakan. Ini membantu memastikan warna kekal cantik untuk tempoh yang lebih lama.

  • Harga telus dan berpatutan

Sebut harga diberikan berdasarkan skop kerja mengecat dan keperluan pelanggan. Kami menegaskan harga cat rumah yang jelas tanpa kos tersembunyi. Setiap kos diterangkan dengan teliti untuk mengelakkan kekeliruan. 

  • Siap ikut timeline

Setiap projek dirancang dengan teliti mengikut jadual masa yang dipersetujui. Kami memastikan kerja mengecat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa menjejaskan kualiti. Ini membantu mengelakkan sebarang kelewatan daripada pihak kami supaya anda boleh mengatur masa untuk aktiviti anda. 

Mendapatkan khidmat tukang cat profesional adalah pilihan terbaik untuk memastikan hasil cat yang kemas, tahan lama, dan berkualiti. Dengan pengalaman dan kepakaran tukang cat kami, pasukan kami bersedia membantu memenuhi keperluan pengecatan anda dari awal hingga akhir. 

Hubungi kami hari ini melalui telefon atau WhatsApp untuk pertanyaan lanjut dan sebut harga percuma.

Soalan Lazim

Berapakah harga untuk kerja mengecat rumah?

Harga kerja mengecat rumah bergantung kepada beberapa faktor utama seperti saiz rumah, jenis bahan cat yang dipilih, serta keadaan permukaan yang perlu dicat. Selain itu, lokasi projek dan kerja penyediaan permukaan sebelum mengecat juga mempengaruhi kos cat rumah.

Berapa lapisan cat yang diperlukan?

Secara amnya, minima dua lapisan cat diperlukan untuk mendapatkan hasil cat yang sekata dan tahan lama. Lapisan pertama berfungsi sebagai asas, manakala lapisan kedua memberikan warna yang lebih solid dan kemasan yang cantik.

Bolehkah pasukan anda membantu saya memilih warna cat yang sesuai?

Ya, kami boleh membantu dalam pemilihan warna cat yang sesuai mengikut keperluan anda. Cadangan akan diberikan berdasarkan faktor seperti pencahayaan ruang, konsep rumah, dan juga bajet.

Testimoni

Terima kasih kepada tukang cat rumah anda yang membantu mengecat rumah teres lama saya di Wangsa Maju. Hasil kerjanya cantik dan harga juga berpatutan.

Puan Melinda

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga