Servis Baiki & Tukar Lampu Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Servis baiki lampu rumah kami di Kuala Lumpur dan Selangor akan mencari punca sebenar lampu rosak, bukan sekadar tukar bulb kemudian tunggu masalah balik. Kalau bulb terbakar dalam beberapa minggu, biasanya masalah bukan pada bulb tapi pada fitting siling yang terlalu panas, voltan tak stabil, atau sambungan terminal yang longgar. Kami periksa setiap kemungkinan sebelum cadangkan baiki.
Kerja tukang baiki lampu kami di Lembah Klang meliputi kerja tukar bulb LED, kalimantang, downlight, baiki suis lampu longgar atau terbakar, dan diagnose lampu LED yang kedip walaupun bulb baru. Tukang kami bawa stok bulb dan suis jenis biasa semasa lawatan supaya kerja boleh siap pada hari yang sama.
Berapa harga baiki atau tukar lampu rumah?
Kos baiki lampu bergantung kepada punca masalah (bulb, suis, wiring atau fitting), berapa titik lampu yang terlibat, dan sama ada perlu masuk siling untuk capai wiring. Untuk tukar bulb standard atau baiki suis yang mudah, harga biasanya lebih rendah. Untuk kerja yang perlu buka panel siling untuk diagnose wiring, harga lebih tinggi. Kami berikan sebutharga percuma selepas periksa punca sebenar.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Baiki Lampu Rumah Kami di Lembah Klang?
Diagnose Punca, Bukan Sekadar Tukar
Lampu kedip boleh jadi bulb hujung umur, suis longgar, driver LED rosak, atau sambungan wiring kendor. Kami periksa setiap kemungkinan dan tunjukkan punca sebenar sebelum cadangkan baiki, supaya anda tidak terbayar untuk tukar bulb yang masih elok.
Stok Bulb LED, Kalimantang, Downlight
Kami akan membawa bulb LED biasa, mentol kalimantang dan modul downlight jenis standard semasa lawatan. Kerja tukar selalunya boleh diselesaikan pada hari yang sama tanpa anda perlu keluar cari bulb di kedai.
Baiki Suis dan Fitting Rosak
Masalah lampu selalunya bukan pada lampu itu sendiri tapi pada suis atau fitting siling yang longgar atau terbakar. Pasukan kami reti tukar suis lampu rumah, baiki fitting plafon dan ketatkan sambungan terminal supaya masalah tak berulang.
Masalah Lampu Rumah Yang Kami Baiki (dengan Diagnose Punca)
Pendawaian Lampu yang Rosak
Komponen lampu merangkumi banyak bahagian, termasuk wayar dan penutup tiub. Pendawaian ini biasanya sangat halus dan mungkin terdedah kepada kerosakan apabila ia tidak dikendalikan dengan betul. Kontraktor wiring rumah profesional kami akan sangat berhati-hati ketika memasang lampu ini walaupun ia baru dikeluarkan daripada bungkusan baru. Sekiranya wayar tersebut keluar dari tempatnya, terdapat kemungkinan ia akan bengkok, pecah atau terkeluar dari terminal mereka. Ini akan menyebabkan kejadian yang biasa berlaku di rumah iaitu lampu saya tidak berfungsi.
Jangka Hayat Mentol Lampu yang Pendek
Mentol lampu sebenarnya adalah tahan lama dan dapat memberikan anda pencahayaan selama bertahun-tahun tanpa penggantian. Oleh itu, lampu mentol yang tidak berfungsi secara berkala adalah masalah serius yang tidak sepatutnya berlaku. Antara sebab berlakunya keadaan ini termasuk penggunaan mentol lampu yang berkualiti rendah, masalah suis atau masalah pendawaian. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini, sila hubungi juruelektrik berpengalaman kami di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah menyelesaikan masalah tersebut dengan betul dan komprehensif, pasukan kami akan memberitahu anda punca masalah tersebut, lalu kami akan mencadangkan cara untuk membaiki dan penggantian lampu yang paling sesuai.
Lampu Berkelip-kelip dan Pencahayaan yang Kurang Terang
Lampu kedip-kedip punca utamanya tiga: (1) bulb LED murah dengan driver yang tak serasi voltan rumah 240V Malaysia, (2) sambungan terminal dalam suis longgar sampai pengaliran arus tak stabil, atau (3) dimmer switch yang bukan jenis “LED-compatible”. Kami uji ketiga-tiga di tapak dan baiki punca sebenar. Kalau anda hanya tukar bulb, kedipan selalunya balik dalam beberapa minggu.
Lampu Kecemasan Tak Hidup Semasa Blackout
Lampu kecemasan yang tak menyala masa blackout biasanya bateri dalaman kembung atau mati. Kami tukar bateri atau tukar seluruh unit mengikut keadaan. Kalau rumah anda kerap blackout, pastikan lampu kecemasan di laluan utama diuji setiap 3 bulan.
Tukar Bulb Lama ke LED
Kalau rumah anda masih guna bulb kalimantang panjang atau bulb filamen lama, tukar ke LED jimatkan bil elektrik dan mengurangkan kekerapan tukar bulb. Kami bantu padankan jenis LED dengan fitting sedia ada, atau tukar seluruh fitting kalau perlu untuk sesuaikan dengan modul LED moden. Untuk kerja pemasangan LED strip (cove siling, headboard, belakang TV), rujuk halaman Pasang Lampu LED.
Suis Lampu yang Rosak
Sesebuah lampu boleh dikawal oleh pelbagai jenis suis yang harus berfungsi dengan baik untuk memberi pencahayaan yang baik. Suis boleh menjadi rosak apabila ia mempunyai wayar yang longgar, terlalu panas dan juga rosak setelah jangka masa penggunaan yang lama.
Kami mencadangkan anda mendapatkan juruelektrik profesional untuk memperbaiki suis lampu yang rosak bagi memastikan lampu tersebut dapat berfungsi seperti biasa. Kami dengan senang hati akan memberikan penyelesaian masalah yang komprehensif untuk menentukan punca suis lampu yang rosak. Selepas penggantian, nasihat akan diberikan oleh pakar kami mengenai cara penggunaan lampu untuk memastikan jangka hayat yang lebih lama. Walaubagaimanapun, pencegahan adalah lebih baik daripada pembetulan – cara penggunaan lampu yang betul pasti akan menjimatkan kos.
Untuk pemasangan lampu baru di rumah (siling, dinding, chandelier, downlight), rujuk halaman Pasang Lampu Rumah. Untuk pemasangan LED strip khusus, rujuk Pasang Lampu LED. Untuk masalah wiring rumah yang lebih besar (bukan sekadar lampu), rujuk Tukang Elektrik.
Soalan Lazim
Kenapa lampu LED saya kedip-kedip walaupun bulb baru?
Tiga punca paling kerap: (1) driver LED dalam bulb murah yang tak serasi dengan voltan rumah 240V Malaysia, (2) suis lampu yang jenis dimmer tapi bulb bukan jenis dimmable, atau (3) sambungan terminal dalam suis yang longgar sampai pengaliran arus tak stabil. Kami uji ketiga-tiga di tapak dan baiki punca sebenar.
Berapa lama bulb LED sepatutnya tahan sebelum perlu tukar?
Bulb LED berkualiti biasanya tahan 15,000 hingga 25,000 jam, bersamaan 5 hingga 10 tahun untuk penggunaan 6 hingga 8 jam sehari. Kalau bulb LED anda rosak dalam setahun, biasanya masalah pada fitting yang terlalu panas, voltan tak stabil, atau bulb yang dibeli adalah jenis tidak berkualiti. Baiki punca lebih penting daripada tukar bulb berulang kali.
Perlu kebenaran pengurusan untuk baiki lampu di apartment atau kondominium?
Kami cadangkan anda semak dengan pihak pengurusan bangunan dahulu, kerana setiap kondominium dan apartment di KL dan Selangor ada peraturan berbeza untuk kerja elektrik dalam unit. Kerja tukar bulb atau baiki suis yang ringkas selalunya tidak perlu permit, tapi tarik wire baru dari DB box ke titik lampu baru, atau sebarang kerja di luar unit (koridor, balkoni luar), biasanya memerlukan notifikasi atau permit renovation dari pengurusan. Kami boleh sediakan surat kontraktor, salinan SSM dan senarai pekerja untuk anda serahkan bersama permohonan.
Bila suis lampu perlu ditukar, bukan sekadar diketatkan?
Kalau suis hanya rasa longgar sedikit tapi masih berfungsi, biasanya cukup dengan buka plat, ketatkan skru terminal, dan pasang semula. Tapi kalau suis sudah tak respons walaupun ditekan, dengar bunyi klik tapi lampu tak hidup, atau rasa panas bila disentuh, suis itu perlu ditukar segera kerana risiko litar pintas.
Boleh datang baiki lampu pada hari yang sama?
Ya, untuk lampu di ruang utama rumah (ruang tamu, dapur, pintu masuk) yang menjejaskan penggunaan harian, kami cuba respon pada hari yang sama tertakluk kepada ketersediaan pasukan. WhatsApp kami dengan gambar atau video lampu bermasalah untuk anggaran pantas.
Lampu rumah tak hidup selepas blackout, boleh baiki?
Selepas blackout, kadang-kadang MCB (circuit breaker) dalam DB box auto-trip untuk lindungi wiring. Semak DB box dulu dan tekan MCB ke posisi ON. Kalau MCB masih trip semula atau lampu tetap tak hidup, mungkin ada bulb terbakar akibat lonjakan voltan masa elektrik balik. Kami boleh datang periksa dan ganti bulb atau fitting yang terjejas.
Perkhidmatan Membaiki Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Fius lampu di ruang tamu rumah saya telah rosak beberapa hari yang lepas. Terima kasih kerana membantu saya dengan cepat sekali.
Puan Rahmawati
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia
Borang Sebut Harga
"*" indicates required fields