Ubah Suai Bilik Tidur Kecil di Kuala Lumpur & Selangor
Pasukan kontraktor renovasi kami dapat membantu anda dalam ubah suai bilik tidur kecil di kediaman yang terletak di lokasi di Kuala Lumpur atau Selangor
Bilik tidur harus menjadi tempat perlindungan dari dunia luar, tempat untuk berehat dan bersantai. Tidak kira seberapa kecil bilik tidur anda, tips DIY dan projek mudah kami akan menjamin anda mempunyai impian manis.
Dengan mengikuti beberapa prinsip asas dalam kerja ubah suai, anda dapat mengubah ruang dan penampilan bilik. Marilah kita mereka semula bilik tidur untuk memberikan gambaran keperibadian dan gaya anda tersendiri.
Perancangan Tempat Anda
Sebaik sahaja anda mempunyai pelan lantai, maka proses pengubahsuaian bilik tidur bermula.
Semasa mengubah suai tempat bilik tidur kecil anda:
- Sila mempertimbangkan cara anda bergerak melalui bilik tidur dan pastikan bahawa susun atur perabot tidak mengganggu aliran lalu lintas dalam bilik.
- Memberikan zon yang berbeza dalam bilik. Sediakan kawasan yang berbeza yang bergantung kepada cara penggunaannya. Ini akan menjadikan bilik terasa lebih besar.
- Sekiranya bilik tidur anda mempunyai fungsi lain sebagai ruang belajar atau pejabat di rumah, maka sila mempertimbangkan untuk menggunakan perabot serbaguna.
- Menentukan keperluan penyimpanan. Adakah tempat penyimpanan barang di dalam bilik tidur tersebut mencukupi?
Skema Warna
Suasana bilik tidur banyak dipengaruhi oleh skema warna. Kebanyakan orang mendapati bilik yang berwarna putih memberi perasaan tenang dan menyegarkan. Pilihlah cat yang berwarna merah untuk menghasilkan keadaan yang romantik, atau warna primer terang untuk mewujudkan suasana yang lebih selesa.
Menggunnakan Sebahagian Besar Ruang Dinding Anda
Beberapa idea untuk tempat simpanan pada dinding anda:
- Pasang rak lantai yang sambung terus ke siling. Anda boleh membuat alcove di rak untuk menghasilkan tempat sebagai meja.
- Rak jenis terbuka adalah kaedah yang berkesan untuk menyusun, memapar dan menyimpan barang peribadi anda. Pemasangan rak buku terbuka juga boleh digunakan sebagai pembahagi bilik tidur di unit studio.
Penyimpanan Barang
Tempat penyimpanan barang adalah bahagian penting dalam perancangan bilik tidur. Elakkan barangan yang berselerak dengan mempunyai tempat yang tertentu untuk menyimpan pakaian, perhiasan dan buku. Almari pakaian yang dibina dalam dengan tempat untuk meletakkan kasut, pakaian dan aksesori lain adalah kaedah terbaik untuk mengatur susun atur bilik anda.
Sekiranya anda mempunyai ruang yang terhad, anda boleh mempertimbangkan penyimpanan kreatif lain seperti memasang laci tarik di bawah katil anda, menggunakan pintu dengan cangkuk dan rak kasut gantung atau memilih perabot yang berfungsi seperti meja sisi dengan laci serta tempat untuk menyimpan buku dan perhiasan.
Selalunya, keperincian inilah yang akan menjadikan bilik tidur kecil anda istimewa. Pemasangan plaster siling juga boleh menambahkan sentuhan mewah pada suatu bilik tidur.
Sila hubungi kami melalui panggilan telefon atau emel mengenai cara kami dapat membantu anda dalam kerja ubah suai bilik tidur kecil di Lembah Klang atau Petaling Jaya hari ini.
Servis Renovasi Untuk Bahagian Dalam Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kerana bantuan untuk ubah suai bilik tidur di kondo saya yang bersaiz kecil. Selepas projek renovasi oleh pasukan anda, bilik tersebut kelihatan lebih besar dan selesa.
Cik Sylvia
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia