Pasang & Tukar Tombol Pintu Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Servis pasang dan tukar tombol pintu kami di Kuala Lumpur dan Selangor adalah untuk pemilik rumah yang tombolnya longgar, pusing tapi tak buka, atau sudah tercabut daripada plat. Pasukan kami reti kerja tukar tombol standard, mortise dan lever handle untuk pintu utama, pintu bilik, pintu dapur dan pintu belakang, tanpa perlu tukar seluruh pintu.
Tukang pasang tombol pintu kami di Lembah Klang akan bawa stok tombol jenis biasa semasa lawatan supaya kerja penggantian selalunya siap pada hari yang sama. Sesuai untuk rumah teres, apartment, kondominium, homestay dan premis komersial di Lembah Klang.
Berapa harga pasang atau tukar tombol pintu?
Kos pasang atau tukar tombol pintu bergantung kepada jenis tombol yang dipilih (knob, lever handle, mortise atau cylindrical) dan sama ada bahagian lain seperti selak dalam turut perlu ditukar. Untuk kerja tukar tombol standard yang mudah, harga biasanya lebih rendah. Kami berikan sebutharga percuma selepas periksa keadaan tombol dan pintu anda.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Pasang Tombol Pintu Kami di Lembah Klang?
Stok Tombol Standard Sentiasa Ada
Kami bawa stok tombol knob, lever handle, dan mortise jenis standard semasa lawatan. Kerja penggantian selalunya boleh diselesaikan pada hari yang sama, tanpa anda perlu keluar cari tombol di kedai hardware sendiri.
Tombol Pintu Utama dan Pintu Bilik
Tombol pintu utama memerlukan mekanisme yang lebih kukuh berbanding tombol pintu bilik biasa. Kami padankan jenis tombol dengan lokasi pemasangan supaya pintu utama dapat perlindungan yang betul dan pintu bilik dapat tombol yang selesa untuk penggunaan harian.
Anda Beli Tombol Sendiri Pun Boleh
Kalau anda sudah beli tombol sendiri dari kedai hardware atau online, kami boleh pasangkan untuk anda. Kami juga boleh cadangkan jenama dan model yang sesuai jika anda mahu kami bekalkan sebagai sebahagian daripada servis.
Jenis Tombol Pintu Yang Kami Pasang
Tombol Knob (Tombol Pusing)
Tombol jenis bulat yang perlu dipusing untuk membuka pintu. Antara jenis paling biasa untuk pintu bilik tidur, pintu bilik air dan pintu dalaman lain. Harga paling menjimatkan dan mudah diganti apabila rosak.
Lever Handle
Pemegang mendatar yang ditekan ke bawah untuk membuka pintu. Lebih mudah digunakan oleh kanak-kanak dan warga emas berbanding tombol knob. Popular untuk pintu utama moden dan pintu pejabat kerana memberikan penampilan yang lebih kemas.
Mortise
Set tombol dengan mekanisme dalaman yang lebih kukuh dan dipasang ke dalam badan pintu, bukan dilekatkan pada permukaan. Sesuai untuk pintu utama dan pintu keselamatan kerana lebih tahan lasak dan sukar dirosakkan.
Cylindrical
Tombol jenis silinder yang dipasang menembusi pintu dengan bahagian dalam dan luar disatukan. Rekaan ringkas, mudah dipasang dan sesuai untuk kebanyakan pintu bilik dan pintu dapur.
Kelengkapan Pintu Tambahan Yang Kami Pasang
Selain tombol pintu, pasukan kami juga membekalkan dan memasang kelengkapan pintu lain untuk kediaman, pejabat dan kedai:
Lubang Pengintip (Peephole)
Membenarkan anda melihat orang di luar pintu tanpa perlu membuka pintu. Popular untuk pintu apartment dan kondominium sebagai keselamatan tambahan.
Rantai Pintu Keselamatan
Rantai yang membolehkan pintu dibuka sedikit sahaja untuk semak siapa di luar. Sesuai sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk pintu utama rumah dan apartment.
Penutup Pintu (Door Closer)
Mekanisme automatik yang menutup pintu selepas dibuka. Sesuai untuk pintu utama pejabat, pintu kebakaran, dan pintu kedai supaya tidak tertinggal terbuka.
Hentian Pintu (Door Stopper)
Dipasang di lantai atau di dinding untuk melindungi dinding daripada tombol pintu yang berlaga. Elakkan kerosakan cat dan lubang pada dinding.
Engsel Khas
Engsel tersembunyi untuk pintu jenis flush yang mahukan penampilan kemas tanpa engsel kelihatan, atau engsel yang menutup dengan automatik untuk pintu yang perlu sentiasa tertutup.
Kerosakan tombol pintu yang paling kerap kami tangani termasuk tombol yang pusing tanpa membuka selak dalam, tombol longgar dan boleh dicabut, serta tombol yang sudah pecah akibat penggunaan lama atau cubaan pecah masuk. Semua ini boleh diselesaikan tanpa tukar seluruh pintu.
Untuk masalah pintu lain selain tombol (engsel bunyi, pintu tersangkut, bingkai reput), rujuk halaman Tukang Baiki Pintu. Untuk pemasangan pintu bilik air baru, rujuk halaman Pasang Pintu Bilik Air. Untuk pintu sliding kaca, rujuk halaman Pasang Pintu Sliding.
Soalan Lazim
Apa perbezaan tombol knob, lever handle, mortise dan cylindrical?
Knob adalah tombol bulat yang dipusing, paling murah dan sesuai untuk pintu bilik. Lever handle adalah pemegang mendatar yang ditekan, lebih mudah untuk kanak-kanak dan warga emas, popular untuk pintu utama moden. Mortise ialah set tombol dengan mekanisme dalaman yang kukuh, dipasang ke dalam badan pintu, sesuai untuk pintu utama dan pintu keselamatan. Cylindrical adalah tombol silinder ringkas yang dipasang menembusi pintu, sesuai untuk kebanyakan pintu bilik dan pintu dapur.
Boleh saya beli tombol sendiri, atau anda bekalkan?
Kedua-duanya boleh. Kalau anda sudah beli tombol dari kedai hardware, IKEA atau online, kami boleh datang pasangkan sahaja. Kalau anda mahu kami bekalkan, kami boleh cadangkan jenama dan model yang sesuai mengikut lokasi pemasangan dan bajet anda, dan bawa tombol tersebut semasa lawatan pemasangan.
Tombol pintu utama dan tombol pintu bilik sama atau berbeza?
Berbeza. Tombol pintu utama biasanya lebih kukuh, direka untuk penggunaan yang lebih kerap dan tahan cubaan pecah masuk. Mortise atau lever handle jenis heavy-duty biasanya disyorkan. Tombol pintu bilik pula lebih ringkas dan menjimatkan, kerana tidak memerlukan tahap keselamatan yang sama. Kami padankan jenis tombol dengan lokasi pemasangan supaya anda tidak terlebih bayar untuk pintu bilik atau terkurang lindung pintu utama.
Berapa lama masa untuk tukar satu tombol pintu?
Untuk tukar tombol jenis standard yang seluas dengan lubang sedia ada, kerja biasanya siap dalam 30 minit hingga 1 jam. Kalau tombol baru bersaiz berbeza dan perlu ubah lubang atau backset pintu, tambah 30 minit hingga 1 jam untuk kerja tambahan. Pemasangan berbilang tombol dalam satu lawatan biasanya lebih pantas per tombol.
Bolehkah tukar tombol tanpa tanggal bingkai atau pintu?
Ya, untuk kebanyakan tombol jenis knob, lever handle dan cylindrical, kerja penggantian dilakukan pada pintu tanpa tanggal pintu atau bingkai. Hanya untuk tukar mortise ke jenis lain, atau kalau bingkai plat lock strike perlu diubah, kadang kala pintu perlu ditanggal seketika untuk kerja yang lebih kemas.
Perlu semak apa-apa sebelum pasang tombol baru untuk pastikan ia muat?
Tiga ukuran utama yang perlu disemak: backset (jarak dari tepi pintu ke tengah lubang tombol, biasanya 60mm atau 70mm di Malaysia), diameter lubang tombol (biasanya 54mm), dan tebal pintu (biasanya 35mm hingga 45mm). Kalau anda beli tombol sendiri, pastikan ukuran tersebut padan dengan pintu anda. Kami boleh datang ukur dulu jika anda tidak pasti.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Apa pelanggan kami kata tentang khidmat pasang tombol pintu kami di Lembah Klang?
Tombol pintu depan rumah saya telah rosak dan perlu ditukar. Terima kasih kepada pasukan anda kerana membantu kami menukar tombol pintu yang baru dengan cepat.
Puan Hazirah
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia