Servis Baiki DB Box di Kuala Lumpur & Selangor

Upah khidmat baiki DB box untuk rumah, kedai atau pejabat di Kuala Lumpur dan Selangor. 

DB Box adalah pusat kawalan utama yang mengawal aliran elektrik ke seluruh bangunan, dan sebarang kerosakan boleh menyebabkan gangguan bekalan, litar pintas, malah risiko kebakaran. Oleh itu, ia hendaklah diservis dengan segera apabila berlaku masalah untuk melindungi keselamatan penghuni serta peralatan elektrik daripada kemalangan yang tidak diingini.

Masalah DB Box Yang Kami Baiki Termasuk: 

  • DB box selalu trip

DB Box akan sering trip sekiranya terdapat beban elektrik berlebihan atau litar pintas dalam sistem. Jangan ambil mudah akan perkara ini kerana pemeriksaan menyeluruh diperlukan untuk mengetahui punca sebenar sebelum ia boleh diperbaiki sepenuhnya. 

  • MCB atau RCCB rosak

Jika MCB dan RCCB yang berfungsi sebagai pelindung utama dalam sistem elektrik anda rosak, bekalan elektrik mungkin gagal diputuskan walaupun berlaku arus berlebihan atau kebocoran elektrik. Ini harus ditangani oleh tukang elektrik kerana ia boleh meningkatkan risiko kejutan elektrik dan kebakaran. 

  • Wiring lama atau terbakar

Pendawaian elektrik rumah atau premis yang sudah lama boleh menjadi rapuh dan mudah rosak. Keadaan ini boleh menyebabkan percikan api atau litar pintas jika tidak ditangani. 

  • Bau hangit

Bau hangit adalah petanda awal bahawa terdapat komponen elektrik yang terlalu panas atau hampir terbakar. Overheating boleh berlaku akibat sambungan longgar atau beban berlebihan. Hubungi tukang elektrik berpengalaman untuk pemeriksaan segera.

  • Bekalan elektrik tidak stabil

Bekalan elektrik yang tidak stabil biasanya berpunca daripada sambungan elektrik yang tidak kukuh atau komponen dalam DB box yang bermasalah. Tukang elektrik kami mempunyai peralatan khas untuk memeriksa dan menyelenggara DB box anda.

  • Fuse sering putus

Fuse yang sering putus menunjukkan sistem elektrik tidak mampu menampung beban semasa. Oleh itu, penilaian beban serta naik taraf sistem mungkin diperlukan.

Servis DB Box Yang Kami Ditawarkan: 

  • Pemeriksaan DB box

Kami akan melakukan pemeriksaan terperinci pada keseluruhan DB box untuk mengesan sebarang kerosakan atau risiko. Ini termasuk semakan komponen, sambungan dan keadaan wiring. 

  • Tukar MCB 

Keadaan MCB dan RCCB juga akan diuji untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Jika didapati rosak atau tidak sensitif, kami akan menggantikannya dengan unit baru yang berkualiti. 

  • Upgrade DB box lama ke model baru

DB box lama mungkin tidak lagi sesuai dengan keperluan penggunaan elektrik semasa. Oleh itu, kami menyediakan servis upgrade DB Box kepada jenis yang lebih selamat dan berkapasiti tinggi. Ini membantu menampung penggunaan peralatan elektrik yang semakin bertambah.

  • Baiki wiring elektrik

Bagi pendawaian dalaman yang rosak, kontraktor wiring rumah kami akan memeriksa dan memperbaikinya. Kami juga akan memastikan setiap sambungan dipasang dengan kemas dan selamat. Ini membantu memastikan aliran elektrik yang stabil dan konsisten untuk rumah atau premis anda.

  • Pemasangan DB box baru

Sekiranya anda memerlukan servis pasang DB box baru, anda boleh menghubungi kami. Servis kami lengkap untuk rumah baru atau penggantian DB Box yang lama. Pakar elektrik kami akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut susun atur dan keperluan premis.

Kenapa Pilih Khidmat Tukang Baiki DB Box Kami 

  • Juru elektrik berpengalaman

Pasukan kami terdiri daripada juru elektrik yang berpengalaman dalam pelbagai kerja membaiki DB box. Mereka mahir mengenal pasti punca kerosakan dengan cepat dan tepat. Setiap kerja juga dilakukan dengan teliti mengikuti prosedur yang betul.

  • Respon cepat di seluruh Lembah Klang

Kami memahami bahawa masalah elektrik memerlukan tindakan segera. Oleh itu, pasukan kami sentiasa bersedia untuk memberikan respon pantas kepada pelanggan sama ada anda di Ampang, Cyberjaya atau Puchong.

  • Peralatan pembaikian yang lengkap

Kami menggunakan peralatan elektrik yang lengkap dan moden untuk kerja pembaikan DB Box. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang akan keselamatan DB box anda. 

  • Harga berpatutan

Harga baiki DB Box kami tawarkan adalah kompetitif dan berbaloi dengan kualiti servis yang diberikan. Semua kos akan dimaklumkan kepada anda dengan jelas. 

  • Review pelanggan positif

Ramai pelanggan kami memberikan maklum balas yang baik selepas menggunakan servis tukang elektrik kami. Testimoni positif ini menunjukkan kepercayaan pelanggan terhadap servis kami.

Tanda-Tanda DB Box Anda Perlu Dibaiki: 

  • Bau Hangit atau Terbakar

Bau ini adalah tanda awal terdapat komponen yang terlalu panas atau mula rosak. Ia mungkin berpunca daripada wiring terbakar atau sambungan longgar. Jika diabaikan, terdapat risiko kebakaran daripada DB Box yang rosak.

  • Bekalan Elektrik Kerap Trip

Keadaan ini menunjukkan terdapat masalah pada sistem elektrik seperti beban berlebihan atau litar pintas. Ia juga boleh disebabkan oleh komponen yang rosak atau tidak sensitif. Jika berlaku berulang kali, ia akan mengganggu kehidupan harian anda. Hubungi kami untuk pemeriksaan DB Box anda.

  • Lampu Berkelip 

Lampu yang berkelip menandakan bekalan elektrik tidak konsisten. Ini biasanya berpunca daripada sambungan yang longgar atau masalah dalam DB box. Selain mengganggu, ia juga boleh merosakkan peralatan elektrik. Pembaikan awal dapat mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

  • Bunyi Berdengung atau Berdesir

Bunyi ini mungkin datang daripada arus elektrik yang tidak stabil atau komponen yang bermasalah. Ia juga boleh menandakan terdapat sambungan longgar dalam DB box. Walaupun nampak kecil, ia boleh menjadi petanda awal kerosakan serius. Oleh itu, tolong peka jika terdapat sebarang bunyi pelik dari DB box anda. 

  • DB Box Terasa Panas 

Sekiranya DB box anda terasa panas walaupun penggunaan elektrik adalah normal, ini mungkin menandakan beban tidak seimbang atau terdapat komponen yang bermasalah. Haba berlebihan tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan biasa dan boleh menjadi tanda awal kerosakan. 

  • Fuse atau MCB Sering Rosak

Keadaan fuse atau MCB yang sering rosak menunjukkan sistem elektrik anda mungkin tidak stabil. Ia boleh berpunca daripada beban berlebihan, penggunaan peralatan yang terlalu banyak, atau masalah pada wiring.

Proses Kerja Pembaikian DB Box Kami 

Langkah 1: Hubungi kami

Hubungi kami melalui telefon atau WhatsApp untuk membuat pertanyaan. Kami akan respon dengan cepat dan mendapatkan maklumat asas masalah DB box anda. Ini membantu kami bersedia sebelum ke lokasi anda untuk melihat sendiri DB box berkenaan. 

Langkah 2: Pemeriksaan di lokasi & sebut harga

Pasukan kami akan datang ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh pada DB box. Selepas mengenalpasti punca masalah, kami akan berikan sebut harga yang jelas tanpa caj tersembunyi. 

Langkah 3: Kerja membaiki DB Box dilakukan

Setelah dipersetujui, kerja pembaikian DB box akan dijalankan oleh juru elektrik kami. Setiap kerja dilakukan dengan teliti untuk memastikan hasil yang berkualiti. 

Langkah 4: Ujian & pengesahan keselamatan

Selepas pembaikan selesai, kami akan lakukan ujian untuk memastikan DB Box  anda berfungsi dengan baik. Semua komponen akan diperiksa semula bagi menjamin keselamatan.

Jangan abaikan sebarang tanda kerosakan pada DB box anda. Dapatkan khidmat tukang baiki DB Box kami di Lembah Klang, Cyberjaya dan Kepong bagi memastikan setiap masalah ditangani dengan selamat. 

Hubungi kami hari ini melalui panggilan telefon atau WhatsApp untuk pemeriksaan dan pembaikian DB Box anda.

Testimoni

Terima kasih kepada tukang elektrik anda yang membantu membaiki DB Box di rumah saya di Cheras minggu lepas.

Encik Zailan

Soalan Lazim

Berapa lama masa untuk baiki DB box?

Kebiasaannya, proses pembaikan DB box mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Masalah kecil seperti penukaran MCB boleh diselesaikan dengan cepat. Namun, jika melibatkan wiring atau kerosakan lebih serius, ia mungkin mengambil sedikit masa yang lama. Kami akan maklumkan anggaran masa selepas pemeriksaan DB Box anda.

Adakah saya perlu tukar DB box baru atau boleh dibaiki sahaja?

Ia bergantung kepada keadaan DB box dan tahap kerosakan yang berlaku. Jika masalah hanya melibatkan komponen tertentu, pembaikan sudah mencukupi tanpa perlu menukar keseluruhan unit. Namun, bagi DB box yang lama atau rosak teruk, kami mungkin akan mencadangkan penggantian untuk keselamatan jangka panjang.

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga