Polish Lantai Rumah Kembali Berkilat di Kuala Lumpur & Selangor

Tukang polish lantai kami di Kuala Lumpur dan Selangor memulihkan lantai marble, granite, terrazzo, parket dan konkrit yang kusam, tanpa perlu tukar lantai baru.

Berapa harga khidmat polish lantai?

Harga polish lantai adalah bergantung kepada jenis lantai, keluasan kawasan dan tahap kekusaman. Kami akan periksa dulu sebelum berikan sebutharga percuma.

khidmat-polish-lantai-rumah-marmar-lembah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Polish Lantai Kami di Lembah Klang?

Pakar Polish Pelbagai Jenis Lantai

Tukang lantai kami berpengalaman menggilap marble, granite, terrazzo, parket, jubin homogeneous dan lantai simen atau konkrit, setiap jenis dengan teknik yang sesuai.

Jimat Berbanding Tukar Lantai Baru

Lantai kusam tidak semestinya perlu ditukar sepenuhnya. Proses polish memulihkan lantai sedia ada pada kos yang jauh lebih rendah.

Sesuai Untuk Rumah & Perniagaan

Servis menggilap lantai kami merangkumi rumah kediaman, premis komersial seperti kedai dan pejabat, sehingga bangunan perindustrian seperti kilang dan gudang.

Syarikat kami menawarkan perkhidmatan polish lantai profesional untuk rumah, kedai, premis komersial dan pejabat di Kuala Lumpur dan Selangor pada harga berpatutan.

Proses polish lantai termasuk kerja membersihkan, menggilap, dan memulihkan permukaan lantai supaya kelihatan lebih berkilat, bersih, dan menarik. 

Jenis Lantai Yang Kami Polish Termasuk:  

  • Polish Lantai Marble

Perkhidmatan polish lantai marble kami membantu membuang kesan kusam, menghilangkan calar halus, dan memulihkan permukaan lantai marmar. Proses penggilapan dilakukan menggunakan teknik serta bahan yang sesuai untuk memastikan hasil yang berkilat.

  • Polish Lantai Granite

Jika permukaan lantai granite yang premium anda mulai kusam, tukang lantai kami boleh membantu dengan memulihkan warna semula jadi batu serta meningkatkan ketahanan permukaannya supaya ia kelihatan seperti baru.

  • Polish Lantai Terrazzo

Lantai jenis Terrazo di bangunan lama dan kediaman boleh menjadi kusam akibat penggunaan bertahun-tahun. Proses polish terrazzo membantu mengembalikan corak unik dan kilauan asal lantai tersebut. 

  • Polish Lantai Parket

Lantai parket mudah mengalami calar ringan dan kesan haus. Untuk memulihkannya, kami menawarkan proses sanding dan refinishing permukaan parket. Kami juga menyapu lapisan pelindung seperti varnish atau coating bagi meningkatkan ketahanannya. 

  • Polish Lantai Jubin Homogeneous 

Lantai jubin homogeneous sering digunakan di rumah dan premis komersial kerana ketahanannya yang tinggi. Namun, permukaannya boleh menjadi kusam dan haus. Perkhidmatan pengilappan lantai jubin homegeneous kami membantu menghilangkan kesan tersebut serta memulihkan penampilan lantai. 

  • Polish Lantai Simen & Konkrit

Melalui proses penggilapan, permukaan lantai simen dapat menjadi lebih licin dan berkilat. Selain meningkatkan penampilan, ia membantu mengurangkan penghasilan habuk serta meningkatkan ketahanan permukaan lantai perindustrian ini.

Servis Polish Lantai Kami Sesuai Untuk:

  • Rumah Kediaman 

Perkhidmatan polish lantai kami sesuai untuk pelbagai jenis kediaman seperti rumah teres, semi-D, banglo, kondo, dan apartment. Ia membantu mencantikkan semula lantai yang kusam akibat penggunaan harian.

  • Premis Perniagaan Komersial 

Untuk meningkatkan daya tarikan ruang perniagaan, servis polish lantai kami juga tersedia untuk pelbagai premis komersial seperti kedai, pejabat, klinik, restoran, hotel, dan pusat beli-belah. 

  • Bangunan Perindustrian 

Lantai premis perindustrian biasanya mengalami penggunaan berat, menyebabkan ia cepat kusam dan kasar. Oleh itu, servis polish lantai kami turut merangkumi bangunan perindustrian seperti kilang, gudang, dan showroom supaya lantai anda tahan lasak dan mudah diselenggarakan.

Masalah Lantai Yang Biasa Berlaku 

  • Lantai kusam dan hilang kilauan

Permukaan lantai menjadi kusam, pudar, dan kurang menarik berbanding ketika ia masih baru. Keadaan ini sering berlaku akibat lalu lintas yang tinggi, pengumpulan kotoran, serta penyelenggaraan lantai yang tidak mencukupi. Warna lantai yang asal mungkin semakin hilang dan permukaannya menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ini boleh menjejaskan nilai estetik premis atau kediaman anda.

  • Kesan calar dan haus

Pergerakan perabot dan lalu lintas kaki yang tinggi boleh meninggalkan kesan calar dan menyebabkan permukaan lantai menjadi haus, menyebabkan lantai kelihatan lama dan tidak terurus.

  • Tompokan kotoran degil

Tumpahan makanan, minuman, minyak, atau bahan lain boleh meninggalkan kesan yang sukar dibersihkan yang boleh menjejaskan penampilan lantai dan meresap ke dalam lantai. 

  • Kesan air atau bahan kimia

Pendedahan kepada air berlebihan atau bahan kimia tertentu boleh merosakkan lantai dan menyebabkan perubahan warna atau kesan tompok yang ketara jika dibiarkan.

  • Permukaan tidak rata

Sesetengah lantai mengalami masalah permukaan yang tidak sekata akibat kehausan atau pemasangan lantai yang teliti. Kerja polish lantai kami boleh membantu menjadikan penampilan lantai lebih rata.

Kelebihan Polish Lantai 

  • Mengembalikan kilauan asal lantai

Proses polish lantai membantu memulihkan seri pada permukaan lantai agar kelihatan lebih bersih dan menarik. Teknik penggilapan yang betul juga mampu mengurangkan kesan kusam yang terbentuk akibat geseran dan pendedahan kepada kotoran.

  • Menjadikan ruang lebih eksklusif

Sama ada di rumah, pejabat, hotel, atau premis komersial, servis polish lantai kami akan menjadikan lantai kelihatan lebih kemas, moden, dan eksklusif. Ia juga membantu meningkatkan suasana keseluruhan ruang tanpa memerlukan kerja ubahsuai rumah secara besar-besaran.

  • Memudahkan kerja pembersihan

Permukaan lantai yang telah digilap biasanya lebih licin dan kurang memerangkap kotoran. Ini menjadikan proses pembersihan lantai harian lebih mudah dan cepat. Kesan tumpahan atau kotoran juga lebih mudah dibersihkan berbanding lantai yang lebih kasar atau kusam.

  • Memanjangkan jangka hayat lantai

Kerja polish lantai bertujuan mencantikkan permukaan dan melindungi lantai daripada kerosakan akibat penggunaan. Dengan penyelenggaraan yang berkala, jangka hayat lantai dapat dipanjangkan lagi.

  • Menambah nilai hartanah

Lantai yang bersih, berkilat, dan terjaga mampu meningkatkan nilai hartanah. Ia memberikan tanggapan bahawa premis tersebut diselenggara dengan baik. Oleh itu, servis polish lantai boleh menjadi pelaburan yang membantu meningkatkan daya tarikan rumah atau premis anda.

  • Mengurangkan keperluan menukar lantai baru

Ramai pemilik rumah menganggap lantai yang kusam perlu diganti sepenuhnya. Namun, proses polish lantai dapat memulihkan lantai pada kos yang lebih rendah. Ini membantu menjimatkan kos sambil memberikan hasil yang tahan lama. Perkhidmatan polish lantai merupakan pilihan yang efektif untuk memulihkan penampilan dan ketahanan lantai anda. 

Pasukan kami komited untuk memberikan servis polish lantai yang berkualiti sama ada untuk lantai rumah kediaman, premis komersial, atau bangunan perindustrian di Ampang, Damansara atau Cheras. 

Sila hubungi kami hari ini melalui telefon atau WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang servis polish lantai kami.

Soalan Lazim

Berapa harga polish lantai di KL dan Selangor? 

Kos perkhidmatan polish lantai di KL dan Selangor bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis lantai yang ingin digilap, lokasi pelanggan, keluasan kawasan lantai, tahap kerosakan atau kekusaman lantai, serta keperluan kerja tambahan seperti grinding atau restoration.

Adakah kerja polishing lantai boleh menghilangkan calar?

Ya, kebanyakan calar ringan dan sederhana boleh dikurangkan atau dihilangkan melalui proses polishing lantai yang profesional. 

Bolehkah lantai lama yang kusam dipulihkan? 

Ya, dalam kebanyakan kes, lantai lama yang kusam boleh dipulihkan melalui proses polishing lantai yang sesuai. Selepas proses polishing, lantai biasanya akan kelihatan lebih bersih, cerah, dan berkilat berbanding sebelumnya.

Testimoni

Apa pelanggan kami kata tentang servis polish lantai kami di Lembah Klang?

Terima kasih untuk kerja polish lantai marmar di lobbi pejabat kami minggu lalu. Lantai ofis kami kini nampak berkilat dan cantik.

Encik Husni

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia