Pasang Bumbung Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Pasang bumbung rumah di Kuala Lumpur dan Selangor untuk rumah baru, ubah suai atau tukar bumbung lama. Kami pasang bumbung logam, metal deck dan pelbagai jenis bahan untuk kediaman dan premis komersial.
Pakar bumbung kami bantu anda pilih jenis bumbung yang sesuai dengan gaya rumah, cuaca dan bajet.
Berapa harga pasang bumbung rumah?
Harga pasang atau tukar bumbung bergantung kepada saiz dan kecerunan bumbung, jenis bahan, tahap akses dan kerja tambahan. Kami akan periksa dahulu sebelum berikan sebut harga percuma, tiada caj tersembunyi.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Pasang Bumbung Kami di Lembah Klang?
Pelbagai Jenis Bumbung
Bumbung logam, metal deck, aluminium dan genting, dalam pelbagai tekstur dan warna untuk dipadankan dengan gaya rumah anda.
Bantuan Memilih Bumbung Sesuai
Kami bantu anda pilih jenis bumbung mengikut struktur rumah, keadaan cuaca dan bajet, supaya hasilnya kemas dan tahan lama.
Pasang Baru atau Tukar Bumbung Lama
Sama ada untuk rumah baru, ubah suai, atau menggantikan bumbung lama yang rosak, kami boleh uruskan kedua-duanya.
Peralatan Lengkap
Kami ada peralatan sendiri untuk menjalankan projek bumbung, jadi tiada caj tambahan untuk sewa peralatan atau perkhidmatan luar.
Harga Telus & Tiada Caj Tersembunyi
Sebut harga dikira ikut saiz, jenis bahan dan tahap kesukaran kerja, dan dimaklumkan dengan jelas sebelum kerja bermula.
Rumah, Kedai & Bangunan Komersial
Kami pasang dan tukar bumbung untuk kediaman dan juga premis komersial seperti kedai dan bangunan.
Jenis bumbung yang kami pasang
- Bumbung logam / metal deck: popular kerana mudah dipasang, tahan lama dan terdapat dalam pelbagai tekstur dan warna
- Bumbung aluminium: ringan dan tahan karat, sesuai untuk pelbagai jenis rumah
- Bumbung genting / jubin: tahan lama dan membantu menyejukkan rumah semasa cuaca panas
- Pelapisan dinding (wall cladding) bumbung: untuk kemasan dan perlindungan tambahan
Tidak pasti jenis yang sesuai? Pasukan kami boleh nasihat mengikut struktur rumah dan bajet anda.
Bila anda perlu pasang atau tukar bumbung
- Membina rumah baru atau ubah suai yang memerlukan bumbung baru
- Bumbung lama yang sudah usang, berkarat atau rosak teruk
- Bumbung yang kerap bocor walaupun sudah beberapa kali ditampal, dan lebih berbaloi diganti
- Menaik taraf kepada bahan bumbung yang lebih tahan lama atau lebih sejuk
Upah pasang bumbung bergantung kepada
- Saiz bumbung: kawasan yang lebih besar memerlukan lebih banyak bahan dan tenaga kerja
- Kecerunan dan akses: bumbung yang curam atau sukar diakses memerlukan peralatan keselamatan tambahan
- Jenis bahan bumbung: setiap bahan ada kos dan cara pemasangan yang berbeza
- Komponen tambahan: seperti pengudaraan dan butiran bumbung lain yang diperlukan
Kami beri sebut harga percuma selepas periksa, tiada kadar tetap dan tiada caj tersembunyi.
Servis bumbung lain yang kami tawarkan
Selain pasang dan tukar bumbung, pasukan kami juga menyediakan baiki bumbung bocor untuk kebocoran setempat, waterproofing bumbung, serta pasang awning untuk kawasan luar rumah.
Untuk pasang atau tukar bumbung rumah di Kuala Lumpur dan Selangor, telefon atau WhatsApp hari ini untuk sebut harga percuma. Pasukan kami boleh tiba ke kawasan anda di Lembah Klang dan mula kerja mengikut keperluan.
Soalan Lazim
Jenis bumbung apa yang sesuai untuk rumah di Malaysia?
Bumbung logam atau metal deck popular kerana mudah dipasang dan berpatutan, manakala bumbung genting tahan lama dan lebih sejuk. Pilihan terbaik bergantung kepada struktur rumah, cuaca dan bajet anda, dan kami boleh bantu cadangkan yang sesuai.
Adakah lebih baik memperbaiki atau tukar bumbung?
Jika kerosakan setempat sahaja seperti bocor kecil, baiki bumbung bocor selalunya memadai. Tetapi jika bumbung sudah terlalu lama, berkarat teruk atau kerap bocor walaupun sudah ditampal, tukar bumbung baru biasanya lebih berbaloi. Kami periksa dahulu sebelum cadang pilihan terbaik.
Berapa lama untuk pasang atau tukar bumbung?
Ia bergantung kepada saiz dan jenis bumbung serta keadaan struktur sedia ada. Kami beri anggaran tempoh kerja selepas membuat pemeriksaan tapak.
Adakah anda pasang bumbung untuk kedai dan bangunan komersial?
Ya, kami menjalankan kerja pasang dan tukar bumbung untuk kediaman dan juga premis komersial seperti kedai dan bangunan.
Di kawasan manakah servis pasang bumbung rumah anda?
Tukang pasang bumbung kami adalah di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Kami berpangkalan di Cheras dan melayani kawasan Lembah Klang, termasuk sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Pakar bumbung anda memberikan nasihat baik tentang pemilihan dan pemasangan bumbung rumah baru untuk rumah teres saya di Setia Alam. Terima kasih!
Encik Rizal
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia
Borang Sebut Harga
"*" indicates required fields