Pasang Pintu Bilik Air Tahan Lembap di Kuala Lumpur & Selangor

Dapatkan servis pasang pintu bilik air kami di Kuala Lumpur dan Selangor kami untuk gantikan pintu tandas lama yang reput, berkulat atau bingkai rosak akibat kelembapan.

Pasukan kami bantu ukur bukaan sedia ada, cadangkan bahan yang paling sesuai antara PVC, ABS, aluminium atau kayu salutan PVC kalis air, dan pasang pintu baru pada hari yang sama.

Khidmat pasang pintu bilik air kami sesuai untuk rumah teres, apartment, kondominium, banglo dan premis komersial seperti kedai serta pejabat di Lembah Klang.

Kami tawarkan pintu jenis berengsel, sliding tandas dan pintu lipat mengikut ruang bukaan yang ada.

Berapa harga pasang pintu bilik air?

Kos pasang pintu bilik air di Lembah Klang bergantung kepada saiz bukaan, jenis bahan (PVC, ABS, aluminium atau kayu salutan PVC), dan cara pembukaan (berengsel, lipat atau sliding).

Pintu PVC standard biasanya paling menjimatkan, manakala aluminium dengan kaca dan kayu salutan PVC datang pada harga premium. Kami akan memberikan sebutharga percuma selepas ukur di tapak.

pasang-pintu-tandas-rumah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Pasang Pintu Bilik Air Kami di Lembah Klang?

Bahan Pintu Direka Khusus untuk Bilik Air

Kami tidak pasang pintu kayu biasa untuk bilik air. Pilihan bahan kami PVC, ABS, aluminium dengan kaca, dan kayu salutan PVC kalis air, semuanya direka khusus untuk tahan lembap harian dan cipratan air tanpa berkulat atau reput.

Ukur dan Sesuaikan di Tapak

Bukaan pintu bilik air rumah teres lama dan apartment kerap tidak seragam. Pasukan kami ukur di tapak dan sesuaikan pintu supaya muat rapat tanpa jurang bawah atau tepi yang buat air terpercik keluar dari bilik air.

Pilihan Pintu Berengsel, Lipat atau Sliding

Bilik air ruang biasa dapat pintu berengsel standard. Bilik air sempit di apartment atau di bawah tangga dapat pintu lipat bifold atau sliding tandas yang jimat ruang lantai. Kami bantu padankan cara pembukaan dengan ruang sedia ada.

Senarai Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Tukang Pintu Kami

  • Pasang Pintu Bilik Air Rumah

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan pintu bilik air baru yang sesuai untuk pelbagai jenis rumah termasuk tandas rumah teres, pangsapuri, mahupun banglo. Pintu bilik air yang dipasang akan disesuaikan mengikut ukuran ruang, jenis bahan pilihan anda, warna dan reka bentuk yang serasi dengan dekorasi dalaman.

  • Pasang Pintu Tandas Untuk Kedai Atau Pejabat

Pekerja kami juga mahir memasang pintu tandas untuk kedai dan pejabat. Kami menawarkan pemasangan pintu tandas yang berkualiti untuk penggunaan jangka panjang, dengan pilihan material yang sesuai untuk bilik air di premis komersial. 

  • Tukar Pintu Tandas Lama

Jika anda berhajat untuk menukar pintu tandas lama yang sudah lusuh, kusam atau tidak selamat digunakan, kami boleh membantu anda. Pintu bilik air baru adalah lebih praktikal, dan menarik supaya suasana ruang bilik air kelihatan lebih bersih, segar, moden dan selamat.

  • Tukar Pintu Bilik Air Rosak

Antara kerosakan pintu bilik air yang biasa berlaku termasuk pintu reput, berlubang atau tidak dapat ditutup rapat. Oleh itu, kami menawarkan servis membaiki pintu atau menggantikan pintu tandas tersebut dengan yang baru supaya ia kembali berfungsi dengan sempurna. 

Jenis Pintu Bilik Air Mengikut Bahan

  • Pintu PVC

Pintu jenis PVC popular kerana harganya yang murah, ringan dan tahan air. Ia tidak mudah reput atau rosak walaupun terdedah kepada kelembapan setiap hari, menjadikannya pilihan yang praktikal. Selain itu, ia juga sedia ada dalam pelbagai pilihan warna dan corak yang boleh disesuaikan dengan dekorasi rumah anda. 

  • Pintu ABS

Pintu jenis ABS lebih kukuh dan stabil untuk jangka masa panjang. Bahan ABS direka khas untuk menahan tekanan, hentakan, dan kelembapan jadi ianya lebih sesuai untuk rumah atau premis yang memerlukan penggunaan bilik air yang lebih kerap kerana sifatnya yang lasak. 

  • Pintu Aluminium + Kaca 

Pintu jenis aluminium biasanya digunakan untuk memberi sentuhan moden dan eksklusif pada bilik air utama. Dengan gabungan aluminium tahan karat dan kaca berkualiti, pintu ini tahan lasak dan menambahkan nilai estetik di rumah. Pintu ini mudah dicuci dan tidak terjejas dengan kelembapan.

  • Pintu Kayu Salutan PVC (Waterproof) 

Pintu kayu dengan salutan PVC menawarkan gabungan rupa eksklusif kayu semula jadi tetapi dengan ketahanan tambahan kerana kalis air sepenuhnya. Ia sesuai untuk digunakan pada tandas tetamu atau bilik utama kerana memberikan suasana lebih mewah dan elegan. Ia juga tidak mudah reput.

Jenis Pintu Tandas Mengikut Cara Pembukaan

  • Pintu Sliding Tandas

Pemasangan pintu jenis sliding adalah sesuai untuk ruang bilik air yang sempit kerana ia tidak memerlukan ruang tambahan untuk dibuka atau ditutup. Pintu ini bergerak secara meluncur di atas rel, menjadikan ia lebih kemas dan moden dari segi reka bentuk. Ia juga sangat praktikal untuk rumah kecil, kondominium, atau pejabat yang untuk menjimatkan ruang.

  • Pintu Bilik Air Jenis Lipat

Pintu jenis lipat atau bifold merupakan pilihan yang fleksibel dan sesuai untuk bilik air bersaiz sederhana. Pintu folding ini terdiri daripada beberapa panel yang dilipat ketika dibuka menjadikannya lebih jimat ruang. Ia juga lebih mudah digunakan, ringan dan praktikal untuk seisi keluarga. 

  • Pintu Tandas Jenis Berengsel

Pintu berengsel adalah jenis pintu tradisional yang paling biasa digunakan. Ia dibuka ke dalam atau ke luar menggunakan engsel yang dipasang di sisi pintu. Kelebihan pintu jenis swing door ini ialah ia kukuh, mudah dipasang, serta tahan lama. Namun, ia memerlukan ruang tambahan untuk ayunan pintu ketika dibuka. 

Bagaimana Memilih Pintu Tandas Yang Sesuai 

Pertama, tentukan bajet anda. Selain itu, lokasi tandas juga penting untuk pemilihan bahan yang sesuai. Dari aspek privasi, pilih pintu yang mampu menghalang cahaya atau bayangan dengan baik. Jenis bahan pintu juga penting untuk memastikan ketahanan terhadap kelembapan. Pastikan saiz pintu tandas tidak mengganggu ruang lain. Akhir sekali, jangan abaikan faktor estetika kerana ia dapat memberikan sentuhan eksklusif di rumah atau premis anda.

Untuk pemasangan pintu sliding di luar bilik air (ruang tamu ke balkoni, pejabat, kedai), rujuk halaman Pasang Pintu Sliding. Untuk baiki pintu rumah yang rosak selain bilik air, rujuk halaman Tukang Baiki Pintu.

Proses Kerja Pasang Pintu Bilik Air Kami 

1. Hubungi Syarikat Kami

Langkah pertama adalah pelanggan akan menghubungi kami melalui WhatsApp atau telefon. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan anda, memberi konsultasi awal, dan mendengar masalah pintu air anda dengan teliti. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan dengan yakin sebelum kerja pemasangan pintu dimulakan.

2. Pilih Jenis Pintu Tandas

Selepas perbincangan awal, kami boleh membantu anda memilih pintu yang terbaik mengikut lokasi dan kegunaan sama ada untuk tandas rumah, pejabat atau kedai. Kami juga boleh mencadangkan warna dan reka bentuk supaya pintu yang dipasang bukan sahaja berfungsi dengan baik, tetapi juga sepadan dengan dekorasi ruang anda.

3. Penilaian Lokasi

Untuk memastikan pintu bilik air yang dipilih adalah sesuai, kami boleh datang ke lokasi bagi mengambil ukuran bingkai pintu sedia ada. Penilaian ini penting untuk mengelakkan masalah seperti pintu terlalu besar, kecil, atau tidak boleh ditutup dengan rapi. Dengan ukuran yang tepat, kerja menukar atau memasang pintu bilik air akan menjadi lebih mudah, kemas dan lancar.

4. Pemasangan Pintu Bilik Air

Setelah semuanya dipersetujui, proses pemasangan atau penukaran pintu tandas akan dilakukan. Tukang pasang pintu kami akan menanggalkan pintu lama (jika ada) dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan bingkai atau struktur sekeliling. Keseluruhan proses biasanya akan mengambil masa 1 hingga 2 jam sahaja, bergantung pada keadaan pintu lama dan kerumitan bingkai pintu.

Hubungi kami hari ini untuk memasang pintu tandas baru atau menukar pintu bilik air yang lama di rumah anda.

Soalan Lazim

Berapa lama masa untuk kerja pemasangan pintu bilik air?

Kerja pemasangan satu pintu bilik air biasanya siap dalam 1 hingga 2 jam sahaja. Kalau bingkai lama juga perlu ditukar kerana rosak, tambah 1 hingga 2 jam lagi untuk kerja bingkai. Untuk pemasangan berbilang pintu di homestay atau apartment, kami boleh susun jadual pantas.

Boleh saya memilih warna pintu bilik air? 

Ya, anda boleh memilih warna dan corak pintu tandas mengikut citarasa serta kesesuaian dekorasi rumah atau pejabat anda. Kami menyediakan pelbagai pilihan warna, corak, dan rekaan moden supaya pintu bilik air anda praktikal dan nampak estetik.

Boleh pasang pintu bilik air jenis lipat atau sliding untuk ruang sempit?

Boleh. Pintu bilik air lipat bifold sesuai untuk bilik air di apartment kecil atau bilik air di bawah tangga di mana pintu ayun standard tak muat. Pintu sliding tandas pula meluncur di atas rel, jimatkan ruang lantai sepenuhnya, sesuai untuk kondominium studio dan bilik air kongsi di pejabat.

Pintu PVC, ABS atau aluminium mana yang paling sesuai untuk bilik air rumah?

Untuk kebanyakan bilik air kediaman, PVC penuh sudah memadai dan paling menjimatkan. Pilih ABS kalau bilik air digunakan sangat kerap dan perlu bahan yang lebih lasak menahan hentakan. Pilih aluminium dengan kaca frost untuk bilik air utama atau homestay yang mahukan penampilan moden. Pilih kayu salutan PVC untuk bilik tetamu yang mahu rupa kayu tanpa risau reput.

Perlu kebenaran pengurusan untuk pasang pintu bilik air di apartment atau kondominium?

Ya, hampir semua kondominium dan apartment di KL dan Selangor memerlukan permit renovasi sebelum sebarang kerja dalam unit, termasuk tukar pintu bilik air. Anda perlu isi borang permit dengan pengurusan dan kerja hanya boleh dilakukan pada waktu yang ditetapkan (biasanya bukan hari Ahad atau cuti umum). Kami boleh sediakan maklumat yang diperlukan untuk anda serahkan bersama borang permit.

Testimoni

Apa pelanggan kami kata tentang khidmat pasang pintu bilik air kami di Lembah Klang?

Pintu tandas rumah saya telah rosak dan lama. Terima kasih kepada tukang pintu bilik air syarikat anda yang membantu menukar pintu yang baru di rumah kami. 

Puan Syazwani

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga

"*" indicates required fields