Ubah Suai Bilik di Kuala Lumpur & Selangor

Proses untuk ubah suai bilik akan menjadi lebih lancar apabila anda dilengkapi dengan maklumat yang berguna oleh pakar ubahsuai rumah kami di Kuala Lumpur, Kepong dan Selangor. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk renovate bilik di rumah di Kuala Lumpur dan Selangor dan ingin menjadikan ruang tersebut dengan unsur tersendiri; tips di bawah akan membantu anda sebagai permulaan projek ini.

Siapakah yang akan menggunakan bilik tersebut?

Pertama sekali, fikirkan siapa yang akan menggunakan bilik tersebut. Ini akan mempengaruhi jenis bahan, ukuran tempat tidur dan peralatan yang diperlukan.

Apakah gaya anda?

Selepas itu, sila mempertimbangkan sebarang spesifikasi gaya yang ingini sama ada dalam pengubahsuaian bilik atau sebagai hiasan dalaman.

Lampu siling dan tingkap akan memberikan bilik anda perasaan selesa. Sebelum bermula, fikirkan perasaan secara keseluruhan yang diingini untuk bilik tersebut.

Apakah pertimbangan utama untuk renovasi ruang tamu?

Keluasan ruang adalah faktor yang penting untuk dipertimbangkan semasa menentukan suasana ruang tamu rumah. Jumlah orang di rumah akan mempengaruhi bilangan tempat duduk dan kuantiti kawasan simpanan barang yang diperlukan untuk alat permainan dan juga tempat pameran perabot dan hiasan. Rak yang dibina dari lantai ke siling akan memberikan ruang penyimpanan dan tempat pameran yang secukupnya.

Akhirnya, jangan memandang rendah terhadap pengaruh tingkap lebar dan aliran cahaya dalaman dan luaran. Cahaya matahari akan menjadikan ruang tamu anda terasa lebih besar dan pemandangan luar rumah dari tingkap merupakan pelaburan yang berbaloi.

Apakah idea untuk bilik tidur?

Fikirkan tema bilik tidur yang sesuai dengan tempat lain di rumah anda. Jangan lupa untuk merangkumi sedikit tempat simpanan dalam perancangan anda.

Bilik tidur utama semestinya harus memberikan ketenangan yang diinginkan. Pilih warna neutral atau pastel yang memberikan anda perasaan yang selesa. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menambahkan bilik mandi yang disambung dengan bilik sebagai privasi tambahan. Anda juga mungkin ingin menambah balkoni peribadi tersendiri. 

Langkah yang terbaik sebagai permulaan pengubahsuaian bilik tidur adalah mengumpulkan idea-idea reka bentuk yang anda suka, kemudian berbincang dengan pakar ubahsuai rumah yang akan memulakan proses perancangan renovasi bilik. Kontraktor rumah tempatan akan menguruskan projek dan membantu memastikan projek tidak melebihi anggaran dan disiapkan tepat pada masanya.

Beberapa tips lain yang penting:

– Di tempat yang mempunyai siling rendah, tukar lampu bawah dengan lampu yang mempunyai lekapan cahaya yang baik.

– Jika lantai lama telah usang atau anda mempunyai bajet yang kecil, anda boleh mengecat perimeter bilik dengan cat coklat gelap atau hitam dan meletakkan karpet sehingga anda boleh mengganti lantai lama.

– Memahami gaya seni bina bilik dan biarkan gaya seni itu membimbing anda untuk memberi estetika keseluruhan, dan bukannya memaksa penampilan yang tidak sesuai ke tempat tersebut.

Hubungi kami, pakar ubah suai tempatan anda di Kuala Lumpur, Damansara dan Selangor untuk mendapatkan perundingan percuma sekarang juga!

Servis Renovasi Untuk Bahagian Dalam Rumah Kami Termasuk:

Testimoni

Bilik di kondo saya nampak selesa dan baru setelah diubahsuaikan oleh kontraktor rumah syarikat anda. Saya gembira sekali dengan hasil kerja yang dijalankan.

Puan Balvinder

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia