Tukang Pasang Perabot Ikea di Kuala Lumpur & Selangor

Tukang pasang perabot IKEA kami di Kuala Lumpur dan Selangor uruskan almari, katil, meja dan kabinet flat-pack anda dengan kemas, anda tak perlu pening baca manual sendiri.

Berapa harga pasang perabot IKEA?

Bergantung kepada bilangan perabot, jenis perabot dan tahap kerumitan pemasangan. Kami akan berikan sebutharga percuma mengikut keperluan anda.

servis-pasang-baiki-db-box-lembah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Tukang Pasang Perabot Ikea Kami di Lembah Klang?

Harga Murah & Mampu Milik

Harga pasang perabot IKEA kami sesuai untuk semua jenis bajet, tiada kos tersembunyi. Apa yang ada di sebutharga, itulah kos yang anda perlu bayar. Harga juga boleh disesuaikan mengikut bilangan perabot dan jenis kerja.

Pekerja Berpengalaman & Cekap

Tukang pasang perabot kami berpengalaman dengan pelbagai jenis dan saiz perabot IKEA. Mereka tahu teknik yang efisien untuk setiap produk, jadi dapat elak kesilapan seperti sambungan senget, skru longgar atau bahagian tercicir.

Peralatan Pemasangan Yang Sesuai

Kami guna peralatan lengkap termasuk pemutar skru elektrik, alat penjajaran digital, penanda laser dan kunci tork. Ini membolehkan pemasangan yang lebih tepat dan kemas tanpa mengabaikan ketelitian.

Pemasangan Teratur & Rapi

Setiap pemasangan mengikut langkah yang sistematik, bermula daripada menyusun bahagian, menyemak komponen lengkap, hingga ke proses pemasangan dan kemasan akhir. Kami menitikberatkan keseragaman dan keseimbangan setiap skru serta panel.

Tak Perlu Pening Baca Manual

Manual IKEA biasanya hanya gambar tanpa tulisan, dan ini boleh mengelirukan bagi yang tiada pengalaman. Dengan pasukan kami, anda tak perlu buang masa meneliti arahan atau risau tentang salah pasang.

Jimat Masa

Pemasangan perabot sendiri boleh mengambil masa berjam-jam. Dengan khidmat kami, perabot anda siap dipasang dalam masa singkat dan terus boleh digunakan. Sangat berguna jika anda baru pindah rumah atau ada majlis dalam masa terdekat.

Lebih Selamat

Perabot IKEA kadangkala berat dan perlu diangkat atau disambung pada posisi tertentu. Tukang kami berpengalaman mengendalikan alatan dan mengangkat komponen berat dengan cara yang betul, keselamatan anda diutamakan.

Sampah Pembungkusan Dibuang

Selepas kerja pemasangan perabot selesai, kami bantu bersihkan dan buang semua kotak, plastik, styrofoam dan pembungkusan lain yang datang bersama perabot. Anda tak perlu bersusah payah mengumpul semuanya.

Turut Ada Servis Membongkar Perabot

Ada perabot lama yang perlu dibuka untuk dialihkan, dijual semula atau dibuang? Kami boleh bantu membongkarnya dengan selamat menggunakan teknik yang betul supaya bahagian perabot tidak rosak.

Kami adalah tukang pasang perabot Ikea yang profesional di Kuala Lumpur dan Selangor untuk pelbagai jenis almari, meja, kerusi, kabinet dan perabot yang lain. 

Perabot IKEA semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana reka bentuknya yang moden, minimalis dan harganya yang berpatutan. Namun, ia dijual dalam bentuk “flat-pack” atau pasang sendiri. Pasukan kami boleh membantu anda memasang perabot Ikea untuk kawasan dalaman atau luaran rumah anda dengan kemas dan selamat kerana kami mempunyai kemahiran dan peralatan yang betul untuk tugasan ini.

Jenis Perabot Ikea Yang Kami Pasang Termasuk:

  • Kabinet dapur dan Kabinet TV

Kami membantu memasang pelbagai jenis kabinet dapur, sama ada kabinet berdiri, kabinet gantung atau kabinet dengan laci. Pemasangan juga termasuk unit kabinet atas dan bawah serta rak tambahan atau papan pemotong terbina dalam. Untuk ruang tamu, kami menyediakan pemasangan kabinet TV, termasuk unit rendah, kabinet berdiri, dan kabinet gantung dinding yang boleh digabungkan dengan rak terbuka atau bertutup.

  • Rak

Dalam memasang rak, kami pastikan semua sambungan panel diketatkan dengan sempurna agar struktur keseluruhan kukuh. Jadi, tidak kisahlah di mana posisi rak anda sama ada di atas, di bawah atau di sisi, akan kami memasangnya dengan teliti. Ini termasuk rak kasut, rak buku, rak dinding, rak berdiri dan rak gantung.

  • Almari

Untuk almari, kami akan sesuaikan pemasangan mengikut ruang yang ada. Keseimbangan setiap komponen juga akan diperiksa. Kami memasang pelbagai jenis almari pakaian termasuk almari berdiri, almari pintu lipat, almari pintu gelongsor, almari berkaca, serta almari dengan laci dalaman dan penyangkut pakaian. 

  • Katil

Kami memasang katil dengan memastikan semua penyambung diketatkan. Setiap bahagian akan dipasang dalam urutan yang betul mengikut manual. Khidmat pemasangan kami meliputi pelbagai jenis katil seperti katil kayu, katil kanak-kanak, katil dua tingkat, katil tarik serta katil jenis sofabed. Kami juga memasang rangka katil dengan laci penyimpanan di bawah serta (headboard) jika disediakan bersama set.

  • Meja 

Untuk meja, kami fokus pada kestabilan kaki meja, penyambung bingkai dan permukaan atas. Kami memasang semua jenis meja yang ditawarkan IKEA termasuk meja makan, meja kopi (meja rendah), meja sisi, meja solek, meja belajar, meja kerja dan meja lipat. Saiznya tidak kisah, semuanya kami terima dan akan kami pastikan stabil untuk penggunaan anda.

  • Kerusi

Kami turut menyediakan pemasangan kerusi seperti kerusi makan, kerusi pejabat, kerusi malas, kerusi lipat, bangku bar, kerusi kanak-kanak, serta kerusi berlengan. Kami akan pastikan semua kaki dan sambungan kerusi dipasang kukuh untuk keselamatan dan keselesaan. Semua kaki kerusi akan dipastikan rata dan tidak berjengket. Sekiranya menggunakan pelaras, kami akan memastikannya tidak tersekat.

Selain servis memasang perabot IKEA, tukang rumah kami juga menawarkan pelbagai servis lain untuk rumah anda termasuk pemasangan TV ke dinding, pemasangan lampu rumah, kipas siling, dan kerja wiring rumah. Ini membolehkan anda untuk lebih senang dalam menyelesaikan masalah di rumah anda dengan mendapat servis dari satu syarikat sahaja. 

Mendapatkan khidmat tukang pasang perabot IKEA memberikan banyak kelebihan dari segi masa, keselamatan dan hasil kerja yang kemas. Servis ini menjimatkan masa dan memastikan perabot yang dipasang selamat digunakan. 

Jika anda memerlukan bantuan memasang perabot IKEA, hubungi kami melalui telefon atau WhatsApp kami hari ini! Kami sedia datang ke lokasi anda untuk membantu menyiapkan kerja pemasangan dengan pantas, kemas dan profesional.

Soalan Lazim

Bolehkah anda memasang perabot dari jenama lain, bukan IKEA sahaja?

Boleh. Walaupun kebanyakan kerja kami melibatkan perabot IKEA, pasukan kami juga berpengalaman memasang perabot flat-pack dari jenama lain seperti Lazada, Shopee, Nitori atau perabot custom. Beritahu kami jenis perabot yang anda ada semasa membuat tempahan.

Perlukah saya beli perabot dahulu sebelum tempah servis?

Ya, perabot perlu ada di lokasi sebelum kami datang. Pastikan semua kotak sudah dihantar dan berada di dalam rumah supaya kerja pemasangan boleh dijalankan terus tanpa kelewatan.

Adakah anda pasang perabot yang perlu diskru ke dinding?

Ya. Untuk perabot tinggi seperti almari, rak buku dan kabinet dinding, kami boleh pasang anchor ke dinding untuk keselamatan, terutamanya jika ada kanak-kanak kecil di rumah. Beritahu kami jenis dinding anda supaya kami bawa peralatan yang sesuai.

Berapa lama masa diperlukan untuk pasang satu set perabot?

Bergantung kepada jenis dan saiz perabot. Perabot kecil seperti meja sisi atau kerusi biasanya siap dalam masa yang singkat, manakala almari besar atau set kabinet dapur mengambil masa lebih lama. Kami akan berikan anggaran tempoh masa semasa sebut harga.

Bagaimana jika ada bahagian perabot yang hilang atau rosak dalam kotak?

Kami akan semak kelengkapan komponen sebelum memulakan pemasangan. Jika ada bahagian yang tercicir atau rosak dari kilang, kami akan maklumkan kepada anda supaya anda boleh membuat tuntutan gantian dengan pihak kedai.

Bolehkah saya tempah servis pasang perabot pada hujung minggu?

Kami cuba menyesuaikan jadual mengikut kelapangan anda, termasuk hujung minggu, tertakluk kepada ketersediaan pasukan pada hari tersebut. WhatsApp kami untuk semak slot yang ada.

Testimoni

Terima kasih kerana membantu memasang perabot ikea untuk bilik tidur, dapur dan ruang tamu di apartmen baru keluarga saya di Ampang. Khidmat yang disyorkan kerana membantu kami menjimatkan masa.

Puan Linda

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia