Baiki Water Heater di Kuala Lumpur & Selangor

Dapatkan servis baiki water heater di Kuala Lumpur dan Selangor dengan tukang paip berpengalaman kami. Air tiba-tiba sejuk, lampu tak menyala atau ada bunyi luar biasa? Kami datang segera, periksa punca sebenar dan baiki pada harga berpatutan.

Kami membaiki water heater untuk semua jenis unit, sama ada jenis segera atau simpanan, termasuk jenama Panasonic, Joven, Rubine dan Alpha. Satu panggilan, kami uruskan dari pemeriksaan sehingga siap.

Berapa kos untuk baiki water heater?

Kos bergantung pada punca kerosakan dan jenis unit. Kami sediakan lawatan tapak dan sebut harga percuma dahulu, jadi anda tahu kos sebenar sebelum kerja bermula.

servis-baiki-water-heater-lembah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Baiki Water Heater Kami di Lembah Klang?

Pakar Pelbagai Jenama

Panasonic, Joven, Rubine, Alpha dan banyak lagi. Kami tahu selok-belok setiap jenama untuk baiki dengan betul.

Cari Punca Sebenar Dahulu

Kami periksa thermostat, elemen pemanas, suis ELB dan pendawaian sebelum baiki, bukan sekadar teka.

Nasihat Jujur, Baiki atau Ganti

Kadangkala kos baiki water heater melebihi kos unit baru. Kami beritahu terus pilihan yang paling berbaloi untuk anda.

Segera dan Simpanan

Sama ada water heater jenis segera atau tangki simpanan, termasuk unit di bumbung, kedua-duanya kami baiki.

Lawatan Tapak dan Sebut Harga Percuma

Kami datang tengok, terangkan masalah dan beri sebut harga tanpa sebarang caj awal.

Servis Di Seluruh Lembah Klang

KL, Selangor, Bangi, Klang, Shah Alam, Cyberjaya dan sekitarnya, kami sampai ke lokasi anda.

Servis dan Baiki Water Heater di Lembah Klang

Baiki water heater yang rosak memang perlu cepat, lebih-lebih lagi apabila air tiba-tiba sejuk pada waktu pagi. Kami sediakan servis dan baiki water heater untuk kawasan berdekatan anda di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Sebaik anda hubungi kami, pasukan datang segera untuk periksa punca dan baiki pada hari yang sama jika boleh.

Masalah Water Heater yang Biasa Kami Baiki

  • Air tidak panas atau hanya suam walaupun unit dihidupkan
  • Lampu indikator tidak menyala
  • Water heater bocor atau mengeluarkan bunyi luar biasa
  • Air keluar kotor atau berbau pelik
  • Suis ELB kerap trip

Sama ada instant water heater, water heater elektrik atau shower heater, kami kenal pasti punca seperti thermostat, elemen pemanas atau pendawaian yang rosak, kemudian baiki dengan betul. Sesetengah masalah seperti kebocoran atau litar pintas boleh menjadi bahaya jika dibiarkan, jadi jangan tunggu lama.

Semua Jenis, Jenama dan Kawasan Berdekatan

Kami baiki water heater jenis segera (instant) dan jenis tangki simpanan, termasuk unit yang dipasang di bumbung. Juruteknik kami berpengalaman dengan jenama popular seperti Panasonic, Joven, Rubine dan Alpha. Perlukan tukang servis water heater berdekatan? Kami sampai ke KL, Selangor, Bangi, Klang, Shah Alam, Seremban dan sekitarnya.

Perlu Servis atau Cuci Water Heater?

Selain baiki kerosakan, kami juga boleh servis dan cuci water heater supaya ia berfungsi lebih lancar dan tahan lebih lama. Servis berkala membantu elakkan masalah air suam, bunyi bising dan kekotoran dalam tangki.

Baiki atau Tukar Water Heater Baru? Kami Beri Nasihat Jujur

Jika water heater sudah hampir hujung jangka hayat, kos membaiki kadangkala melebihi kos menggantikannya. Unit model baru juga lebih menjimatkan elektrik. Kami akan terangkan keadaan sebenar dan cadangkan pilihan yang paling berbaloi, sama ada baiki atau ganti.

Soalan Lazim

Bilakah water heater perlu dibaiki?

Jika air tidak lagi sepanas dahulu atau lampu water heater gagal menyala walaupun sudah dihidupkan, kemungkinan besar ada kerosakan. Masalah suhu biasanya menandakan thermostat atau elemen pemanas yang gagal. Jika air kelihatan kotor, berbau pelik atau unit mengeluarkan bunyi luar biasa, elok diperiksa segera.

Jenis water heater apa yang boleh anda baiki?

Kami baiki instant water heater, water heater elektrik, shower heater dan unit jenis tangki simpanan, termasuk yang dipasang di bumbung.

Water heater saya bocor, boleh baiki?

Boleh. Kebocoran perlu ditangani cepat kerana ada risiko kejutan elektrik. Kami periksa punca bocor, sama ada dari paip, sambungan atau tangki, dan baiki atau cadangkan penggantian jika perlu.

Jenama water heater apa yang anda baiki?

Kami membaiki water heater jenama Panasonic, Joven, Rubine, Alpha dan kebanyakan jenama lain yang biasa digunakan di rumah.

Lebih baik baiki atau ganti water heater?

Bergantung pada umur dan keadaan unit. Jika kos baiki hampir menyamai harga unit baru, atau water heater sudah lama, menggantikannya selalunya lebih berbaloi dan lebih jimat elektrik. Kami beri lawatan tapak dan sebut harga percuma dahulu supaya anda boleh buat keputusan.

Dimanakah lokasi servis baiki water heater anda?

Kami menyediakan servis baiki water heater di kebanyakan kawasan di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, termasuk Bangi, Klang, Shah Alam dan Seremban. Hubungi kami untuk sahkan lokasi anda.

Testimoni

Water heater di bilik mandi saya tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan kami terpaksa mandi dengan air sejuk. Terima kasih kepada pekerja mahir dari syarikat anda yang menolong saya membaiki alat pemanas saya dengan cepat.

Puan Ramlah

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga

"*" indicates required fields