Baiki Kipas Siling di Kuala Lumpur & Selangor

Kami mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan baiki kipas siling dan perkhidmatan pemasangan kipas siling di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk penggantian kipas, bahagian kipas siling dan servis lain.

Ingin pasang atau baiki kipas siling sendiri – DIY tanpa bantuan orang lain sebagai cara menjimatkan kos? Jangan DIY lagi! Salah satu cara mudah adalah mendapatkan bantuan daripada kami. Kami merupakan pakar dalam membaiki kipas siling bagi ruang kediaman serta komersil. Pekerja kami berpengalaman dalam membaiki pelbagai jenama kipas siling seperti KDK, Alpha, Panasonic, Khind serta banyak lagi. 

Kami merupakan pakar elektrik dalam membaiki kipas siling di rumah dengan mengimbangi, menyemak keadaan serta membaik pulih kipas di dinding. Majoriti kipas siling terdiri daripada litar peraturan kelajuan, motor kipas serta suis remote kawalan cahaya. Walaupun komponen ini akan rosak pada satu ketika disebabkan oleh penggunaan yang berpanjangan, kita boleh menjalankan pembaikan, penggantian serta pasang komponen baru dengan kos yang rendah. 

Anda akan menggunakannya secara bertahun-tahun dengan kelajuan pusing yang baik sehingga ia dah makin berbunyi serta perlahan. Ini bermaksud ia sudah tiba masanya untuk hantar ke profesional untuk dibaiki atau tukar unit baharu.

Apabila kipas memberikan beberapa kesulitan kepada rumah, anda boleh menggantikannya atau mencari juruelektrik untuk membaikinya. Walaubagaimanapun, sebelum melibatkan juruelektrik, sila periksa segala kos yang merangkumi pengangkutan dan pembaikan. Jika ia mahal, cara yang lebih baik adalah membeli dan memasang kipas siling baru yang mempunyai jaminan. 

Masalah kipas yang sering dialami:

– Kipas selalunya lambat mencapai kelajuan pusingan/angin yang kuat disebabkan oleh komponen elektrik / elektronik dalaman, jadi ia perlu diganti secepat mungkin

– Kerosakan Kapasitor – Ini akan menyebabkan kipas tidak berpusing secepat seperti sebelum ini lalu menjadi perlahan. Penggantian kapasitor oleh profesional harus dapat menyelesaikan tersebut.

– Kelonggaran Kipas Siling – Bilah kipas longgar, jadi ia sering bising

– Kipas Siling Tak Stabil – Kalau bracket tak dipasang dengan betul, bilah kipas ni akan berputar keluar daripada bentuk, kedudukan atau rosak. Juruelektrik dapat menggantikan bahagian ini untuk anda.

– Alat Kawalan Jauh Gagal Berfungsi – Sila menyemak semua bateri dan cuba guna alat penerima jauh

– Suis Lampu gagal Berfungsi – Suis cahaya rosak disebabkan kelonggaran sambungan pendawaian 

– Pengawal kelajuan gagal mengawal tahap kelajuan – kerosakan suis atau pendawaian

– Kipas berbising – biasanya disebabkan oleh kerosakan bebola bearings atau gegelung 

– Kipas Tidak Seimbang – disebabkan oleh kedudukan bilah kipas atau pemasangan pendakap yang kurang betul

– Isu Bearings – Jika anda sendiri memusingkan bilah kipas secara manual dan mereka mengalami kesukaran berpusing atau perlahan, ia harus merupakan isu bearings. Kadang-kala, sebagai cara membaiki, pekerja cuma perlu meletakkan minyak ke atasnya.

Mendapatkan kipas baru mungkin merupakan cara yang memerlukan kos lebih banyak berbanding daripada membaikinya, oleh itu adalah lebih kos efektif untuk membaiki kipas di bilik, rumah atau kedai.

Pasukan pekerja kita berpengalaman dalam kerja baiki kipas siling dan kerja pemasangan. Kerja pembaikan serta pemasangan yang biasa dilakukan termasuk pelbagai bahagian seperti pengawal kelajuan, suis kawalan, penggantian kawalan jauh, mengimbangi bilah serta kipas yang mengeluarkan bunyi bising.

Baiki Kipas Jenis DC

Kipas DC ni semakin popular kebelakangan ini dan sebahagian besarnya adalah kerana ciri jualan yang hebat berdasarkan rupa, ketenangan estatik dan juga kecekapan kuasa yang baik. Walaubagaimanapun, seperti bahagian lain terutamanya kipas siling, ia akan rosak kerana haus, lusuh atau kerosakan lain. Akibatnya, ia akan menjadi perlahan. Masalahnya biasanya bukan serius, (tidak melibatkan motor kipas) kerana motor DC/ AC adalah sangat tahan lama

Sekiranya anda, jiran-jiran atau pihak lain memerlukan perkhidmatan kipas siling atau paip bocor, jangan tunggu lagi dan sila hubungi kami sekarang bagi perkhidmatan di Lembah Klang, Malaysia sekarang!

Testimoni

Terima kasih kepada juruelektrik dari syarikat anda yang telah membaiki kipas siling elektrik di bilik tidur saya yang mempunyai masalah motor yang perlu digantikan. Sekarang masalah tersebut telah selesai dan kipas elektrik saya berfungsi seperti biasa.

Encik Imran

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia