Cuci Tangki Air Rumah di KL & Selangor
Pasukan kami menawarkan servis cuci tangki air rumah di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor untuk pelbagai tangki air luar rumah.
Perkhidmatan cuci tangki air rumah adalah amat penting bagi setiap kediaman. Air yang bersih merupakan asas kehidupan harian yang anda gunakan seperti memasak, membasuh, mandi dan lain-lain. Tanpa air yang bersih, penghuni rumah anda mungkin akan terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya yang memudaratkan kesihatan badan.
Tangki air adalah tempat simpanan utama air bersih di setiap kediaman. Jadi, ianya amatlah penting supaya tangki air rumah anda berada di dalam keadaan yang bersih.
Tanda-Tanda Tangki Air Rumah Perlu Dicuci
- Air Keluar Berwarna Keruh atau Kecoklatan
Ini menandakan terdapatnya kekotoran, karat ataupun keladak di dalam tangki rumah anda yang menyebabkan air dari paip berwarna keruh atau kecoklatan.
- Air Berbau Kurang Menyenangkan
Ini mungkin disebabkan pembiakan bakteria atau kulat di dalam tangki air yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan dan busuk dari air paip rumah.
- Tekanan Air Menjadi Perlahan
Tekanan air menjadi perlahan selalunya disebabkan kotoran di dalam tangki air itu telah menyebabkan saluran air menjadi sumbat.
- Tangki Air Tidak Pernah Dicuci Lebih Setahun
Jika anda tidak ingat bila kali terakhir tangki air rumah dicuci, jangan tunggu lagi dan dapatkan khidmat syarikat kami kerana kekotoran dan keladak air akan terkumpul di dalam tangki air tersebut jika lama dibiarkan.
- Kesan Kulat atau Lendir pada Dinding Tangki
Kesan kulat atau lendir pada dinding tangki akan mengakibatkan pelbagai mikro organisma yang tak sihat membiak di dalam tangki air.
- Kesan Keladak di Dasar Bekas Air
Kesan keladak di dasar air akan menjejaskan kualiti air menjadi kotor.
- Penghuni Rumah Sering Mengalami Masalah Kulit atau Perut
Mempunyai masalah kulit atau sakit perut juga boleh disebabkan dari pencemaran air tangki rumah.
Kepentingan Mencuci Tangki Air Rumah
- Mengelakkan pencemaran bakteria, alga, dan karat.
Selain dapat memastikan kualiti air sentiasa bersih dan selamat, ianya juga dapat mengelakkan pencemaran bakteria, algae dan juga karat pada tangki air rumah anda.
- Menjaga kesihatan keluarga atau pekerja.
Memastikan tangki air rumah anda sentiasa bersih juga dapat menjaga kesihatan keluarga mahupun pekerja anda.
- Memanjangkan jangka hayat tangki air.
Menjaga tangki air rumah anda dapat memanjangkan jangka hayat tangki air dan memastikan tangki air rumah anda dapat digunakan dengan lebih lama.
- Menjamin kualiti air yang bersih dan selamat untuk kegunaan keluarga seharian.
Proses Pembersihan Tangki Air Rumah
1. Pemeriksaan awal dan penutupan bekalan air.
Pasukan kami akan memulakan proses pembersihan tangki air rumah dengan melakukan pemeriksaan awal terlebih dahulu. Setelah selesai memeriksa, mereka akan memulakan kerja dengan menutup bekalan air utama.
2. Pengosongan tangki.
Setelah menutup bekalan air, pasukan kami akan memulakan kerja pengosongan tangki dengan membuang segala air yang ada di dalam tangki tersebut.
3. Pembersihan dalaman menggunakan alat khas dan bahan pencuci selamat.
Selepas tangki air telah kosong, pembersihan dalaman akan bermula dengan menggunakan peralatan khas dan juga bahan pencuci yang selamat untuk digunakan.
4. Pembilasan dan pengisian semula. Periksa jika ada sebarang kebocoran
Pasukan kami akan membilas tangki air sehingga bersih dan memulakan proses pengisian semula air yang bersih di dalam tangki air. Pada masa yang sama, mereka akan memeriksa tangki air jika terdapat sebarang kebocoran semasa proses pembersihan dilakukan.
Kami menyediakan perkhidmatan mencuci tangki air rumah secara profesional dan teliti di kawasan Wangsa Maju, Setapak dan Pandan Perdana.
Sila telefon atau Whatsapp kami untuk mendapatkan sebut harga cuci tangki air rumah secara percuma hari ini.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Soalan Lazim
Berapa kerap perlu cuci tangki air rumah?
Sekali atau dua kali setahun. Ianya bergantung pada keadaan tangki dan juga lokasi rumah anda. Jika anda tinggal di kawasan yang kerap mempunyai pencatuan air, penyelenggaraan tangki air rumah selalunya perlu dilakukan dengan kerap.
Berapa lama masa yang diambil untuk mencuci tangki air?
Biasanya 3 ke 4 jam bergantung kepada saiz dan juga kekotoran tangki air rumah anda.
Berapakah harga cuci tangki air rumah yang ditentukan?
Harga untuk mencuci tangki air rumah bergantung kepada saiz dan jenis tangki. Lokasi premis (sama ada rumah, apartmen atau rumah pangsa) dan tahap kekotoran tangki juga memainkan peranan penting dalam kos perkhidmatan cuci tangki air rumah.
Adakah tiada bekalan air di rumah semasa proses mencuci tangki air?
Ya, sepanjang proses pembersihan tangki air, bekalan air di rumah perlu dicatu sementara kerja pencucian dijalankan.
Adakah syarikat anda boleh mencuci tangki air di atas bumbung rumah?
Ya, pasukan dari syarikat kami menyediakan servis mencuci tangki air di atas bumbung rumah dengan membawa tangga dan juga peralatan khas yang lengkap untuk mencuci tangki air.
Testimoni
Terima kasih kerana membantu mencuci tangki air rumah saya yang sudah lama tidak dicuci. Bekalan air sekarang kelihatan jernih dan bersih.
Encik Hizri
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia