Pasang Autogate Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Pasukan professional kami menawarkan servis pasang autogate rumah di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor. Autogate atau pagar automatik merupakan satu sistem keselamatan moden yang semakin popular untuk rumah jenis landed seperti banglo, rumah berkembar (semi-D), dan rumah teres.
Sistem autogate adalah popular kerana ia memudahkan tuan rumah kerana mereka tidak perlu turun untuk membuka gate rumah secara manual.
Di kawasan bandar seperti di Kota Damansara, Petaling Jaya dan Cheras, permintaan untuk khidmat pemasangan autogate rumah semakin meningkat kerana faktor keselamatan, keselesaan dan gaya hidup moden.
Servis Auto Gate Rumah Yang Kami Tawarkan:
- Pemasangan autogate baru
Proses pemasangan yang kami sediakan akan dimulakan dengan pemeriksaan tapak untuk memastikan sistem autogate yang dipilih sesuai dengan ruangan luar rumah dan struktur pintu pagar pelanggan. Anda boleh memilih daripada sistem autogate jenis swing, folding atau sliding bergantung kepada reka bentuk dan ruang porch anda. Setiap komponen autogate yang kami gunakan adalah berkualiti tinggi supaya gate and tahan lama dan selamat digunakan.
- Pendawaian dan wiring autogate
Pekerja kami akan memastikan servis wiring lengkap disediakan bagi sistem autogate anda termasuk sambungan kepada suis, alat kawalan jauh dan sistem kuasa utama. Pendawaian dilakukan mengikut piawaian keselamatan elektrik dengan memastikan wayar disembunyikan dan tidak terdedah kepada air dan gangguan lain seperti keadaan cuaca yang tidak menentu.
- Kerja baiki autogate
Selain pemasangan, kami juga boleh ada khidmat baiki autogate rumah termasuk baiki autogate sliding rosak, dan baiki motor autogate. Kami akan memeriksa setiap komponen autogate anda secara teliti untuk mengenal pasti punca masalah sebelum melakukan apa-apa kerja membaiki autogate. Penukaran alat ganti seperti roda dan bearing juga disediakan bagi memastikan pintu autogate anda bergerak secara lancar dan tidak tersangkut.
Jenis AutoGate Popular Untuk Rumah:
- Auto gate jenis sliding
Ini adalah pilihan autogate yang popular terutamanya untuk rumah yang mempunyai ruang sisi yang luas. Sistem ini membolehkan pintu pagar digerakkan ke tepi secara melintang menggunakan landasan dan motor. Ia sangat sesuai untuk pagar autogate yang berat dan panjang kerana pergerakannya lebih stabil dan tidak memerlukan ruang ke dalam atau ke luar. Ia juga lebih selamat dan sukar dipecah masuk.
- Auto gate jenis swing
Jika anda memilih auto gate jenis swing, ia berfungsi seperti pintu biasa. Ia sesuai untuk rumah dengan ruang hadapan yang luas dan tidak terhad oleh dinding sisi. Sistem ini menggunakan dua daun pintu yang dikawal oleh motor di bahagian bawah atau atas pagar. Pemasangannya lebih mudah dan harganya biasanya adalah lebih rendah berbanding autogate jenis sliding.
- Auto gate jenis folding / auto gate jenis pintu boleh dilipat
Folding autogate adalah pilihan terbaik untuk rumah yang mempunyai ruang masuk yang sempit atau pendek. Pintu pagar dilipat secara berlapis seperti pintu harmonika jadi ia boleh menjimatkan ruang. Sistem ini mudah digunakan dan boleh dipasang dengan pelbagai rekaan pagar besi, aluminium atau gabungan kedua-duanya.
Kebaikan Memasang AutoGate Untuk Rumah Anda:
- Keselamatan
Dengan sistem autogate, pagar boleh dikunci secara automatik dan hanya boleh dibuka menggunakan alat kawalan yang sah. Ini mengurangkan risiko pencerobohan kerana pintu pagar tidak boleh dibuka dengan mudah oleh orang luar. Sistem ini penting untuk dipasang terutama bagi rumah yang didiami oleh warga emas ataupun keluarga yang mempunyai anak kecil atau bayi.
- Memudahkan penghuni rumah
Sistem autogate memudahkan penghuni untuk urusan keluar masuk rumah. Mereka tidak lagi perlu turun dari kenderaan untuk membuka atau menutup pagar secara manual. Ini sangat berguna apabila hujan lebat, cuaca panas terik atau apabila mereka membawa barang yang banyak. Ini menjimatkan masa dan tenaga terutama bagi penghuni yang bekerja.
- Penampilan cantik
Nilai estetika rumah anda juga bertambah dengan adanya autogate. Anda boleh memilih daripada pelbagai rekaan menarik untuk autogate jenis moden yang boleh disesuaikan dengan gaya dan konsep rumah sama ada minimalis, klasik, atau kontemporari. Penggunaan bahan seperti besi bercorak, aluminium, dan panel kaca menjadikan autogate anda kukuh dan menarik.
- Kawalan akses rumah
Selain alat kawalan jauh tradisional atau remote, sesetengah sistem autogate menyokong kawalan melalui sambungan WiFi, aplikasi telefon pintar atau pengesan cap jari. Ini membolehkan penghuni rumah boleh mengawal autogate rumah walaupun dari dalam rumah atau semasa berada di luar kawasan. Fleksibiliti ini meningkatkan tahap keselamatan rumah anda.
Pemasangan autogate kediaman bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan kemudahan, malah turut menaikkan imej kediaman, pejabat atau premis anda. Sama ada untuk rumah, kedai atau pejabat, sistem autogate adalah satu pelaburan yang praktikal.
Sila hubungi kami melalui telefon atau Whatsapp jika anda sedang mencari khidmat pemasangan autogate murah dan profesional di Lembah Klang, Setapak dan Wangsa Maju. Pasukan kami sedia membantu anda dari segi konsultasi, pemasangan autogate, hingga ke penyelenggaraan sistem autogate anda.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kerana membantu saya memasang autogate rumah jenis sliding di rumah teres saya di Cheras. Hasil kerja yang baik oleh pasukan anda.
Mr Tee
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia