Pasang DB Box di Kuala Lumpur & Selangor
Syarikat kami menyediakan khidmat pasang DB Box rumah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain di Selangor dengan murah dan selamat.
Pemasangan DB box adalah amat penting di setiap kediaman dan kedai bagi memastikan sistem elektrik rumah atau pon premis kedai anda dalam keadaan yang selamat, stabil dan mematuhi piawaian keselamatan semasa. DB Box atau nama penuhnya “Distribution Box” berfungsi sebagai pusat kawalan utama bekalan elektrik dimana semua litar, MCB, ELCB dan perlindungan arus lebihan disusun dan dikawal.
Tanpa pemasangan DB Box secara profesional dan betul, risiko seperti litar pintas, kebakaran elektrik, kejutan elektrik dan kerosakan peralatan elektrik boleh berlaku. Oleh sebab itu, kita perlulah memastikan pemasangan DB Box bukanlah dipasang secara lewa.
Pastikan pemasangan DB Box anda dilakukan oleh juruelektrik yang berpengalaman dan menggunakan komponen yang tepat.
Khidmat DB Box Kami Termasuk:
- Pasang DB Box Baru
Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan DB Box bagi rumah yang baru siap dibina dan juga rumah yang baru sahaja selesai sesi renovasi.
- Ganti DB Box Lama Atau Rosak
Adakah DB Box di rumah anda sudah dah terlalu lama atau telah rosak? Jangan risau, kami juga ada menyediakan perkhidmatan menggantikan DB Box yang lama mahupun telah rosak kepada yang baru.
- Naik Taraf DB Box Untuk Rumah Lama
Kami juga menyediakan perkhidmatan menaik taraf DB Box anda yang lama ke DB Box yang baru.
- Kerja Wiring DB Rumah
Selain kerja memasang DB Box, kontraktor wiring rumah kami juga menyediakan perkhidmatan wiring dan melakukan kerja kerja wiring khas untuk DB box rumah anda.
- Kerja Pemeriksaan Dan Membaiki DB Box
Memerlukan konsultasi dan pemeriksaan untuk DB Box anda yang mungkin rosak? Jangan risau, kami juga menyediakan perkhidmatan memeriksa dan membaiki DB Box untuk anda.
- Pemasangan ELCB
Selain kerja memasang dan membaiki DB Box, tukang elektrik kami juga menyediakan perkhidmatan pemasangan ELCB.
Jenis DB Box Yang Kami Pasang Termasuk:
- DB Box Plastik
DB Box jenis plastik amat sesuai untuk rumah kediaman kerana harga yang lebih jimat dan sifatnya yang tahan karat.
- DB Box Besi
DB Box jenis besi lebih kukuh dan tahan lasak. Ia sesuai untuk kilang, kedai dan juga bangunan komersial. DB board jenis besi memberi perlindungan yang lebih baik daripada sebarang impak fizikal.
- DB Box Satu Fasa
DB Box Satu Fasa sesuai untuk kebanyakan rumah standard kerana ciri-cirinya yang mempunyai kapasiti elektrik rendah hingga sederhana.
- DB Box Tiga Fasa
DB Box Tiga Fasa lebih sesuai untuk kegunaan di rumah banglo atau semi-D yang besar, kilang, kedai dan sebagainya. Ia juga sesuai jika premise komersial yang banyak menggunakan peralatan elektrik yang berat.
Tanda-Tanda Anda Perlu Ganti DB Box Baru:
- DB Box lama
DB Box yang lama (lebih daripada 15 tahun) atau sudah usang boleh menyebabkan masalah elektrik. Ianya amatlah digalakkan untuk menukar DB Box lama ke jenis yang baru.
- Selalu trip atau blackout
Adakah bekalan elektrik di rumah anda selalu trip atau berlaku blackout? Itu adalah salah satu petanda DB Box anda bermasalah dan perlu digantikan kepada yang baru.
- Wayar dalam DB Box terbakar
Haba yang terperangkap di dalam DB Box boleh mengakibatkan wayar elektrik cair mahupun berisiko untuk terbakar.
- Penambahan air cond, pengecas EV dan mesin perindustrian
Bagi kediaman atau premis yang menggunakan mesin elektrik yang berkapasiti tinggi, seperti tambahan air cond unit, pengecas EV untuk kereta, dan ketuhar elektrik, ianya amatlah digalakkan untuk menggunakan DB yang baru bagi menampung kegunaan elektrik mereka.
- Rumah lama yang tidak ikut standard keselamatan terkini
Piawaian keselamatan berubah mengikut peredaran zaman. Jadi, jika anda masih menggunakan DB Box yang lama di rumah anda, ianya amatlah dinasihatkan untuk menukar DB Box mengikut standard keselamatan yang terkini.
- DB Box rosak akibat air, karat atau serangga
DB Box boleh juga rosak disebabkan karat, masalah serangga dan juga rosak disebabkan terdedah kepada air. Sebelum ia menjadi masalah yang lebih rumit, anda perlu pertimbangkan untuk menukar DB Box anda kepada yang baru.
- Renovasi besar atau upgrade elektrik
DB Box juga amat digalakkan untuk ditukar kepada yang baru setelah selesai melakukan renovasi rumah yang besar ataupun setelah anda menaik taraf elektrik rumah anda untuk memastikan keadaan rumah anda lebih selamat.
Proses Kerja Pemasangan DB Box Kami:
Langkah 1: Pemeriksaan Tapak
Kami akan memulakan langkah dengan memeriksa DB Box yang sedia ada.
Langkah 2: Cadangan jenis DB Box yang sesuai dan sebut harga
Kami akan memberikan sebut harga kepada anda dan memberikan cadangan untuk anda DB Box mana yang lebih sesuai untuk dipasang di kediaman atau premis anda.
Langkah 3: Pemasangan DB Box
Pasukan kami akan memulakan pemasangan DB Box di rumah anda.
Langkah 4: Testing dan keselamatan.
Pasukan kami akan melakukan testing dan pemeriksaan yang lengkap bagi memastikan keselamatan DB Box yang baru setelah kerja selesai.
Kenapa Pilih Khidmat Tukang Pasang DB Box Kami
- Juruelektrik berpengalaman
Syarikat kami mempunyai pasukan juruteknik yang berpengalaman dalam pemasangan DB Box dan elektrikal yang lain untuk rumah teres, banglo, kondo, apartmen dan sebagainya.
- Servis di sekitar Lembah Klang
Kami menyediakan servis pemasangan dan penggantian DB Box di sekitar Lembah Klang termasuk di Ampang, Shah Alam, Kepong, dan Damansara.
- Harga telus dan berpatutan
Kami menawarkan servis DB Box pada harga yang berpatutan dan tidak caj tersembunyi.
- Kerja kemas dan selamat
Kami menjaminkan kerja pasang DB Box yang kemas dan juga selamat buat semua pelanggan kami.
Jangan ambil risiko dengan sistem elektrik rumah atau premis komersial anda. Periksa DB Box anda secara berkala bagi memastikan keselamatan diri anda dan orang sekeliling.
Dapatkan khidmat tukang pasang DB Box kami di Subang Jaya, Ampang dan Kepong melalui telefon atau Whatsapp kami segera bagi mendapatkan sebut harga percuma.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kepada tukang elektrik syarikat anda yang bekerja dengan pantas dan profesional untuk memasang DB Box baru di rumah saya di Ampang minggu lepas.
Encik Shamsul
Soalan Lazim
Berapa harga pasang DB Box di Lembah Klang?
Harga pasang DB Box di Lembah Klang bergantung kepada jenis DB Box, sama ada satu atau tiga fasa dan juga jumlah MCB. Selain itu, harga juga bergantung kepada lokasi pemasangan.
Namun begitu, jika anda sudah mempunyai barangan elektrik sendiri seperti water heater dan kipas siling, kami boleh membantu memasangnya dengan selamat.
Berapa lama masa untuk kerja pemasangan DB Box?
Kerja pemasangan DB Box yang ringkas selalunya mengambil masa lebih kurang dalam 2 ke 3 jam, bergantung kepada keadaan wiring dan tahap kerja.
Boleh anda menambah breaker untuk aircond atau pengecas kereta EV?
Ya, kami boleh upgrade DB box dan juga tambah breaker mengikut kepada keperluan penggunaan elektrik anda.
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia


