Pasang Hood Dapur di Kuala Lumpur & Selangor
Kami menyediakan khidmat pasang hood dapur untuk tuan rumah di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor.
Hood dapur merupakan satu peralatan elektrik yang dipasang di atas dapur memasak bagi menyedut dan menyingkirkan asap, wap, bau serta minyak semasa memasak. Ia untuk mengurangkan pencemaran udara di dapur anda. Namun, pemasangannya hendaklah melalui spesifikasi yang betul, jadi anda hendaklah mengupah tukang pasang professional untuk memastikan pemasangan cooker hood dilakukan dengan selamat.
Kebaikan Memasang Hood Dapur di Rumah Anda:
- Membuang Bau yang Tidak Menyenangkan
Hood dapur boleh menyingkirkan bau yang terhasil semasa memasak seperti bau sambal, minyak atau rempah yang terlalu kuat dan melekat di dapur. Jika anda memasang hood, bau tersebut akan disedut keluar secara efisien melalui sistem pengudaraan menjadikan aliran udara sentiasa segar, tidak tercemar dan menjamin keselesaan penghuni rumah.
- Mengurangkan Wap dan Haba
Selalunya, dapur akan terasa panas dan menyebabkan ketidakselesaan. Untuk masalah ini, hood dapur dapat membantu mengurangkan haba dengan menyedut wap secara terus dari punca, lalu mengalirkan udara panas keluar dari ruang dapur. Bukan itu sahaja, ia juga sekaligus akan mengurangkan tekanan ke atas sistem pengudaraan rumah dan menjadikan suasana dapur lebih menyenangkan.
- Mengelakkan Minyak Melekat di Permukaan
Proses menggoreng atau menumis boleh menyebabkan minyak halus tersebar dan melekat pada peralatan dapur. Dengan adanya hood dapur, zarah-zarah minyak ini akan disedut keluar sebelum sempat melekat, sekaligus mengurangkan beban kerja mencuci.
- Mencantikkan Rekaan Dapur
Selain fungsi praktikal, hood dapur boleh menjadi elemen hiasan. Anda boleh menyesuaikan rekaannya dengan tema dapur anda sama ada minimalis, elegan atau lain-lain. Yang penting, hood dapur ini akan menjadikan dapur anda tampak lebih kemas, tersusun dan menarik serta mencerminkan citarasa anda.
Brand Hood Dapur Yang Popular di Malaysia Termasuk:
- Alba
- Rubine
- Midea
- Fotile
- Fujioh
- SENZ
- Livinox
Tips Pemasangan Kitchen Hood Yang Baik:
- Pastikan Ketinggian Pemasangan Sesuai
Ketinggian hood dapur yang sesuai penting untuk keberkesanan sedutan udara. Jarak yang disarankan antara dapur memasak dan hood biasanya antara 65 hingga 75 sentimeter. Jika hood dipasang terlalu tinggi, ia tidak akan dapat menyedut asap dengan berkesan. Jika terlalu rendah, ia boleh mengganggu pergerakan dan menimbulkan bahaya semasa memasak.
- Pilih Saiz Hood Mengikut Saiz Dapur
Setiap dapur memerlukan saiz hood yang berbeza. Saiz hood perlu sepadan dengan saiz dapur anda agar liputan sedutan lebih menyeluruh. Jika saiz hood terlalu kecil, ia tidak akan dapat menyedut wap dan bau dengan cekap. Jika anda ingin memasang hood dapur di rumah anda di TTDI, Ampang atau Cheras, kami boleh membantu anda pada harga yang berpatutan.
- Pilih Jenis Hood Mengikut Reka Bentuk Dapur
Terdapat pelbagai jenis hood seperti jenis slim, built-in, chimney dan island yang sesuai dengan susun atur dapur berbeza. Memilih jenis yang tepat membantu menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan anda di dapur. Pilihan cooker hood yang sesuai akan menyenangkan kerja anda di dapur.
- Gunakan Saluran Pengudaraan Yang Betul
Untuk memastikan keberkesanan hood, anda perlu pastikan saluran udara tidak terlalu panjang, sempit atau berliku-liku kerana ini akan mengurangkan aliran udara dan menyebabkan bunyi bising. Sebaiknya gunakan saluran yang lurus dan pendek, serta diperbuat daripada bahan tahan panas dan tahan lama untuk memastikan fungsi berada pada tahap optimum.
Jenis Hood Dapur Yang Kami Pasang Termasuk:
- Hood jenis cerobong (chimney hood)
Hood jenis ini direka dengan cerobong menegak yang menyalurkan udara keluar dari dapur secara langsung. Ia sesuai untuk dapur dengan ruang dinding yang luas dan sering digunakan dalam dapur konsep terbuka. Kami akan memastikan ia dipasang mengikut ketinggian yang disyorkan agar fungsi sedutan maksimum dapat dicapai.
- Hood jenis slim
Slim hood mempunyai reka bentuk nipis dan kompak jadi ia sangat sesuai untuk dapur kecil di condo atau rumah flat. Ia akan kami pasang di bawah kabinet dan disesuaikan dengan kebanyakan reka bentuk dapur. Yang pasti, ia tetap berupaya menyedut asap dan bau dengan cekap walaupun bersaiz kecil.
- Hood jenis island
Untuk mereka yang mempunyai dapur memasak di bahagian tengah ruang (island), hood ini akan digantung dari siling dan ia menyedut wap dari atas. Namun, pemasangan island hood memerlukan ketelitian khusus dari segi struktur siling dan kedudukan dapur memasak. Sekiranya anda ingin memasang dan memerlukan servis professional, anda boleh mendapatkan servis kami di sekitar Sentul dan Setapak.
- Hood jenis built-in
Untuk pengguna yang gemar penampilan yang tersusun dan minimalis, built-in hood ini akan disepadukan sepenuhnya ke dalam kabinet dapur. Walaupun tersembunyi, keupayaan menyedutnya tetap tinggi dan berkesan. Untuk pemasangan, kami akan memastikan hood tersebut tidak mengganggu reka bentuk sedia ada.
- Sistem ducted dan ductless
Kami menyediakan pemasangan hood untuk kedua-dua jenis sistem. Sistem ducted memberikan pengaliran udara yang lebih berkesan ke luar rumah, manakala sistem ductless lebih mudah dipasang terutama di kediaman bertingkat. Kami akan menilai struktur dapur anda terlebih dahulu dan mencadangkan sistem yang paling sesuai untuk anda.
Perkhidmatan Tambahan Yang Pasukan Kami Tawarkan:
- Pembuangan hood lama
Proses ini termasuk menanggalkan hood lama tanpa merosakkan dinding, kabinet atau sistem elektrik sedia ada. Kami juga akan memastikan ruang dapur anda bersih dan sedia untuk pemasangan hood baru selepas kerja pembuangan selesai. Servis ini berguna untuk mereka yang ingin ubahsuai dapur rumah.
- Pemasangan atau pengubahsuaian ducting
Servis ini penting untuk memastikan prestasi hood dapur berada pada tahap maksimum. Pasukan kami akan menilai kedudukan terbaik untuk aliran udara keluar agar sedutan lebih efisien. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem pengudaraan tahan lama dan hood selamat digunakan.
- Servis penyelenggaraan hood
Jika anda sudah mempunyai hood dalam jangka masa panjang, penting untuk anda pastikan ia diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan yang kami sediakan termasuklah pembersihan penapis, pemeriksaan motor dan sistem pencahayaan serta ujian prestasi sedutan untuk melanjutkan jangka hayat hood anda dan mengelakkan masalah penurunan kecekapan hood.
- Ubah suai elektrik atau kabinet (jika perlu)
Kadangkala, pemasangan hood baru memerlukan sedikit pengubahsuaian pada sistem elektrik atau kabinet dapur. Tukang elektrik kami berpengalaman dalam kerja-kerja pendawaian dan pertukangan asas jadi kerja ubahsuai dapur rumah teres anda akan dilakukan mengikut standard keselamatan. Oleh itu, anda tidak perlu mencari kontraktor berasingan untuk kerja ini.
Kenapa Pilih Servis Pasang Hood Dapur Syarikat Kami?
- Pekerja berpengalaman
Pasukan kami terdiri daripada pekerja yang berpengalaman dalam pemasangan pelbagai jenis hood dapur. Mereka telah menjalankan banyak pemasangan di pelbagai jenis kediaman. Dengan pengetahuan teknikal yang kukuh dan latihan berterusan, kami dapat memastikan setiap pemasangan tepat dan mengikut spesifikasi.
- Pemasangan cepat dan kemas
Pemasangan hood dapur anda akan kami jalankan dengan cekap tanpa mengabaikan kualiti kerja. Kami sentiasa memastikan kerja dijalankan dalam tempoh yang dijanjikan, dan kawasan dapur pelanggan akan dibersihkan selepas kerja selesai. Setiap sambungan, skru, dan peralatan dipasang dengan kemas supaya dapur anda kelihatan teratur dan profesional.
- Penggunaan alat dan bahan berkualiti tinggi
Kami hanya menggunakan peralatan profesional dan bahan berkualiti tinggi dalam setiap pemasangan hood dapur. Peralatan seperti penebat saluran udara, bracket besi, wayar elektrik atau skru tahan karat dipilih dengan teliti untuk menjamin ketahanan jangka panjang. Ini membantu mengelakkan kerosakan awal serta menjimatkan kos penyelenggaraan.
Oleh itu, untuk mereka yang sedang mencari perkhidmatan pemasangan atau pembaikian hood dapur yang profesional, pasukan kami sedia membantu. Selalu pelanggan kami akan membeli dan menyediakan hood dapur yang perlu dipasang di rumah mereka.
Untuk sebarang pertanyaan, sila telefon, WhatsApp atau emel kami hari ini untuk servis pasang hood dapur yang murah.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kerana memasang hood dapur Alba yang baru di dapur rumah saya. Keluarga saya gembira untuk meluangkan masa bersama di dapur rumah kami yang selesa.
Puan Jessica
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia