Pasang Pintu Bilik Air di Kuala Lumpur & Selangor

Kami menyediakan khidmat pasang pintu bilik air oleh tukang pintu kami yang berpengalaman di Kuala Lumpur dan Selangor. Kerja memasang atau menukar pintu bilik air memerlukan ketelitian dan kepakaran supaya hasilnya kukuh, tahan lama serta kelihatan kemas. 

Selain berfungsi sebagai penghadang ruang untuk privasi, pintu tandas haruslah tahan terhadap kelembapan, percikan air, dan penggunaan harian yang kerap. Pemilihan servis pemasangan pintu bilik air yang profesional dapat mengelakkan masalah pintu cepat rosak.

Senarai Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Tukang Pintu Kami:

  • Pasang Pintu Bilik Air Rumah

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan pintu bilik air baru yang sesuai untuk pelbagai jenis rumah termasuk tandas rumah teres, pangsapuri, mahupun banglo. Pintu bilik air yang dipasang akan disesuaikan mengikut ukuran ruang, jenis bahan pilihan anda, warna dan reka bentuk yang serasi dengan dekorasi dalaman.

  • Pasang Pintu Tandas Untuk Kedai Atau Pejabat

Pekerja kami juga mahir memasang pintu tandas untuk kedai dan pejabat. Kami menawarkan pemasangan pintu tandas yang berkualiti untuk penggunaan jangka panjang, dengan pilihan material yang sesuai untuk bilik air di premis komersial. 

  • Tukar Pintu Tandas Lama

Jika anda berhajat untuk menukar pintu tandas lama yang sudah lusuh, kusam atau tidak selamat digunakan, kami boleh membantu anda. Pintu bilik air baru adalah lebih praktikal, dan menarik supaya suasana ruang bilik air kelihatan lebih bersih, segar, moden dan selamat.

  • Tukar Pintu Bilik Air Rosak

Antara kerosakan pintu bilik air yang biasa berlaku termasuk pintu reput, berlubang atau tidak dapat ditutup rapat. Oleh itu, kami menawarkan servis membaiki pintu atau menggantikan pintu tandas tersebut dengan yang baru supaya ia kembali berfungsi dengan sempurna. 

Jenis Pintu Bilik Air Mengikut Bahan

  • Pintu PVC

Pintu jenis PVC popular kerana harganya yang murah, ringan dan tahan air. Ia tidak mudah reput atau rosak walaupun terdedah kepada kelembapan setiap hari, menjadikannya pilihan yang praktikal. Selain itu, ia juga sedia ada dalam pelbagai pilihan warna dan corak yang boleh disesuaikan dengan dekorasi rumah anda. 

  • Pintu ABS

Pintu jenis ABS lebih kukuh dan stabil untuk jangka masa panjang. Bahan ABS direka khas untuk menahan tekanan, hentakan, dan kelembapan jadi ianya lebih sesuai untuk rumah atau premis yang memerlukan penggunaan bilik air yang lebih kerap kerana sifatnya yang lasak. 

  • Pintu Aluminium + Kaca 

Pintu jenis aluminium biasanya digunakan untuk memberi sentuhan moden dan eksklusif pada bilik air utama. Dengan gabungan aluminium tahan karat dan kaca berkualiti, pintu ini tahan lasak dan menambahkan nilai estetik di rumah. Pintu ini mudah dicuci dan tidak terjejas dengan kelembapan.

  • Pintu Kayu Salutan PVC (Waterproof) 

Pintu kayu dengan salutan PVC menawarkan gabungan rupa eksklusif kayu semula jadi tetapi dengan ketahanan tambahan kerana kalis air sepenuhnya. Ia sesuai untuk digunakan pada tandas tetamu atau bilik utama kerana memberikan suasana lebih mewah dan elegan. Ia juga tidak mudah reput.

Jenis Pintu Tandas Mengikut Cara Pembukaan

  • Pintu Sliding Tandas

Pemasangan pintu jenis sliding adalah sesuai untuk ruang bilik air yang sempit kerana ia tidak memerlukan ruang tambahan untuk dibuka atau ditutup. Pintu ini bergerak secara meluncur di atas rel, menjadikan ia lebih kemas dan moden dari segi reka bentuk. Ia juga sangat praktikal untuk rumah kecil, kondominium, atau pejabat yang untuk menjimatkan ruang.

  • Pintu Bilik Air Jenis Lipat

Pintu jenis lipat atau bifold merupakan pilihan yang fleksibel dan sesuai untuk bilik air bersaiz sederhana. Pintu folding ini terdiri daripada beberapa panel yang dilipat ketika dibuka menjadikannya lebih jimat ruang. Ia juga lebih mudah digunakan, ringan dan praktikal untuk seisi keluarga. 

  • Pintu Tandas Jenis Berengsel

Pintu berengsel adalah jenis pintu tradisional yang paling biasa digunakan. Ia dibuka ke dalam atau ke luar menggunakan engsel yang dipasang di sisi pintu. Kelebihan pintu jenis swing door ini ialah ia kukuh, mudah dipasang, serta tahan lama. Namun, ia memerlukan ruang tambahan untuk ayunan pintu ketika dibuka. 

Kenapa Pilih Khidmat Pasang Pintu Kami? 

  • Tukang pintu mahir dan berpengalaman

Kami mempunyai pasukan tukang pintu di Shah Alam, Cheras dan Kajang yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman dalam kerja pemasangan dan penggantian pintu bilik air. Setiap projek dijalankan dengan teliti mengikut ukuran ruang dan kehendak pelanggan. 

  • Bahan berkualiti tinggi

Kami hanya menggunakan bahan pintu yang berkualiti dan sesuai untuk kegunaan bilik air atau tandas yang sentiasa terdedah kepada kelembapan. Antara pilihan bahan termasuk PVC, ABS, aluminium, serta kayu salutan PVC yang kalis air dan tahan reput. Dengan penggunaan bahan yang tepat, pintu anda dapat bertahan lebih lama.

  • Pemasangan pintu bilik air kemas dan cepat

Kami memahami bahawa pelanggan mahukan kerja yang cepat dan tetap berkualiti. Oleh itu, pemasangan harus dilakukan secara profesional dengan teknik yang betul supaya pintu dipasang lurus, stabil, dan berfungsi dengan sempurna.

  • Harga pasang pintu tandas murah

Kami menawarkan harga pasang pintu tandas yang berpatutan di Petaling Jaya, Kepong dan Bangsar. Dengan pakej harga yang mesra bajet dan tiada cas tersembunyi, anda boleh menukar atau memasang pintu bilik air tanpa perlu risau tentang perbelanjaan yang besar.

Bagaimana Memilih Pintu Tandas Yang Sesuai 

Pertama, tentukan bajet anda. Selain itu, lokasi tandas juga penting untuk pemilihan bahan yang sesuai. Dari aspek privasi, pilih pintu yang mampu menghalang cahaya atau bayangan dengan baik. Jenis bahan pintu juga penting untuk memastikan ketahanan terhadap kelembapan. Pastikan saiz pintu tandas tidak mengganggu ruang lain. Akhir sekali, jangan abaikan faktor estetika kerana ia dapat memberikan sentuhan eksklusif di rumah atau premis anda.

Proses Kerja Pasang Pintu Bilik Air Kami 

1. Hubungi Syarikat Kami

Langkah pertama adalah pelanggan akan menghubungi kami melalui WhatsApp atau telefon. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan anda, memberi konsultasi awal, dan mendengar masalah pintu air anda dengan teliti. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan dengan yakin sebelum kerja pemasangan pintu dimulakan.

2. Pilih Jenis Pintu Tandas

Selepas perbincangan awal, kami boleh membantu anda memilih pintu yang terbaik mengikut lokasi dan kegunaan sama ada untuk tandas rumah, pejabat atau kedai. Kami juga boleh mencadangkan warna dan reka bentuk supaya pintu yang dipasang bukan sahaja berfungsi dengan baik, tetapi juga sepadan dengan dekorasi ruang anda.

3. Penilaian Lokasi

Untuk memastikan pintu bilik air yang dipilih adalah sesuai, kami boleh datang ke lokasi bagi mengambil ukuran bingkai pintu sedia ada. Penilaian ini penting untuk mengelakkan masalah seperti pintu terlalu besar, kecil, atau tidak boleh ditutup dengan rapi. Dengan ukuran yang tepat, kerja menukar atau memasang pintu bilik air akan menjadi lebih mudah, kemas dan lancar.

4. Pemasangan Pintu Bilik Air

Setelah semuanya dipersetujui, proses pemasangan atau penukaran pintu tandas akan dilakukan. Tukang pasang pintu kami akan menanggalkan pintu lama (jika ada) dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan bingkai atau struktur sekeliling. Keseluruhan proses biasanya akan mengambil masa 1 hingga 2 jam sahaja, bergantung pada keadaan pintu lama dan kerumitan bingkai pintu.

Hubungi kami hari ini untuk memasang pintu tandas baru atau menukar pintu bilik air yang lama di rumah anda.

Soalan Lazim

Berapa lama masa untuk kerja pemasangan pintu bilik air?

Kebiasaannya, kerja pemasangan pintu bilik air mengambil masa antara 1 hingga 2 jam sahaja. Namun, tempoh masa ini bergantung kepada keadaan pintu lama, struktur bingkai serta jenis pintu yang dipasang.

Boleh saya memilih warna pintu bilik air?

Ya, anda boleh memilih warna dan corak pintu tandas mengikut citarasa serta kesesuaian dekorasi rumah atau pejabat anda. Kami menyediakan pelbagai pilihan warna, corak, dan rekaan moden supaya pintu bilik air anda adalah praktikal dan nampak estetik.

Berapa upah untuk pasang pintu bilik air baru?

Kos upah pemasangan pintu bilik air bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi pemasangan, jenis pintu tandas yang dipilih, serta saiz dan keadaan bingkai pintu yang sedia ada. Syarikat kami sentiasa menawarkan harga pasang pintu tandas yang berpatutan dengan hasil kerja kemas dan tahan lama.

Testimoni

Pintu tandas rumah saya telah rosak dan lama. Terima kasih kepada tukang pintu bilik air syarikat anda yang membantu menukar pintu yang baru di rumah kami. 

Puan Syazwani

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia