Perkhidmatan Pasang Tangki Air Luar Rumah di KL & Selangor

Syarikat kami menyediakan khidmat pasang tangki air untuk rumah dan premis lain di Kuala Lumpur dan Selangor.

Perkhidmatan pasang tangki air di bumbung rumah semakin mendapat permintaan tinggi sekarang kerana tangki air berfungsi sebagai tempat simpanan air alternatif. 

Kebaikan Memasang Tangki Air di Rumah 

  • Simpanan air tambahan

Ini amat penting bagi keluarga yang mempunyai warga emas, bayi atau individu yang memerlukan penjagaan khas jadi tidak perlu risau meskipun bekalan air terputus tanpa notis atau pada musim kemarau.

  • Meningkatkan nilai jualan rumah

Pemasangan tangki air rumah dapat menjimatkan bil air dalam jangka masa panjang dan adalah pengurusan sumber air yang efisien. 

  • Kegunaan air di luar rumah 

Terdapat juga pemasangan tangki air di luar rumah, seperti di kawasan belakang rumah. Tangki air berguna untuk pelbagai aktiviti di luar rumah seperti untuk menyiram tanaman dan mencuci kereta atau motosikal tanpa perlu bergantung kepada paip utama. Hal ini menjimatkan bil air terutama jika menadah air hujan ke dalam tangki. Di samping itu, kawasan luar rumah boleh dicuci dan dibersihkan menggunakan air dari tangki.

Perkhidmatan Tangki Air Yang Kami Ada: 

  • Pasang tangki air luar rumah

Untuk pemasangan tangki air di luar rumah, kami akan menjalankan pemeriksaan lokasi bagi memastikan kawasan yang dipilih sesuai dari segi ruang, kestabilan permukaan dan sistem aliran air. Kami akan mencadangkan jenis dan saiz tangki yang sesuai mengikut keperluan serta bajet anda. 

  • Pasang tangki air di atas bumbung

Bagi pemasangan tangki air di atas bumbung, kami memberi perhatian terhadap keselamatan struktur. Sebelum pemasangan, pasukan kami akan memeriksa kekuatan bumbung dan mencadangkan pengukuhan jika perlu. Kami menggunakan rangka sokongan berkualiti tinggi untuk memastikan tangki kekal stabil dalam jangka masa panjang. 

  • Penukaran tangki air lama

Bukan itu sahaja, pasukan kami juga boleh menukar tangki air lama. Kami memastikan proses membuka tangki lama dilakukan tanpa menjejaskan struktur sedia ada. Tangki baru akan dipasang dengan sambungan paip yang diperbaharui jika perlu, dan kami akan menggunakan penebat atau pelekat paip tahan tekanan tinggi untuk memastikan tiada kebocoran pada sambungannya. 

  • Sistem paip dan sambungan berkualiti

Setiap sambungan sistem paip kami dibuat dengan teliti menggunakan penyambung tahan tekanan dan gam khas yang mengelakkan kebocoran dalam jangka masa panjang. Kami juga memastikan semua paip dipasang dengan susunan kemas. 

  • Pemasangan pam air

Kami mengesyorkan pemasangan pam air yang berkualiti, senyap, jimat tenaga, dan tahan lasak untuk jangka masa panjang. Kami boleh mencadangkan jenis pam yang paling sesuai mengikut kapasiti tangki air rumah anda.

Cara Pasang Tangki Air Rumah Anda – Proses Pemasangan Kami

1. Hubungi Kami

Jika anda ingin bertanya tentang khidmat pemasangan tangki air, hubungi kami atau menghantar borang permintaan melalui laman web atau WhatsApp. Pasukan kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan dan memberikan panduan awal kepada pelanggan yang masih belum pasti tentang pilihan tangki air yang sesuai.

2. Lawatan Tapak

Kami akan mengatur sesi lawatan tapak ke rumah anda bagi mengenal pasti keadaan lokasi pemasangan tangki air untuk memastikan ruang yang mencukupi, struktur permukaan kukuh, serta kedudukan sistem paip sesuai sebelum kerja pemasangan tangki air dilakukan

3. Sebut Harga

Kami akan menyediakan sebut harga yang lengkap dan telus yang akan merangkumi kos tangki air, kerja pemasangan, sistem paip, pemasangan pam (jika diperlukan), serta aksesori tambahan. Kami akan menerangkan dengan jelas butiran harga dan tempoh jangkaan kerja kepada anda.

4. Persetujuan Dan Pemasangan

Sekiranya pelanggan bersetuju dengan sebut harga yang diberikan, kami akan menetapkan tarikh pemasangan tangki air di premis anda mengikut kesesuaian pelanggan.

5. Pemeriksaan Dan Selesai

Ujian tekanan air, pemeriksaan kebocoran, kestabilan struktur dan prestasi pam akan dilakukan setelah kerja pemasangan tangki air rumah selesai. Kami juga akan memberikan penerangan kepada pelanggan tentang cara penggunaan dan penjagaan tangki.

Jenis Tangki Air Yang Kami Pasang Untuk Pelanggan:

  • Tangki Air Jenis Keluli Tahan Karat

Tangki air jenis stainless steel merupakan pilihan popular kerana ketahanannya yang tinggi, tahan karat dan tidak mudah rosak walaupun digunakan dalam jangka masa panjang. Ia juga tidak menyerap bau atau warna daripada air menjadikannya lebih bersih dan selamat untuk simpanan air minuman. Anda boleh memilih mana-mana jenama popular seperti King Kong, Deluxe, LSL, Star dan ATKC yang berkualiti dan tahan lasak berdasarkan keperluan anda. 

  • Tangki Air Fiberglass Reinforced Plastic (FRP)

Tangki air jenis ini mempunyai penebat haba yang baik, memastikan suhu air kekal stabil. Oleh kerana ia diperbuat daripada gentian kaca dengan resin plastik, ia ringan tetapi kuat dan tahan tekanan tinggi. Ia tahan kakisan, haba dan tidak mudah bocor menjadikannya sesuai untuk kegunaan jangka panjang. 

  • Tangki Air Polietilena

Tangki air jenis plastik polietilena merupakan pilihan paling ekonomik dan ringan, terutama untuk kegunaan domestik. Tangki ini mudah dipindahkan, tidak berkarat, dan datang dalam pelbagai saiz dan warna. 

  • Tangki Air Jenis PVC

Tangki air jenis ini sesuai untuk kegunaan luar ringan sahaja seperti menadah air hujan atau penggunaan kebun. Ianya ringan dan mudah dipasang, tetapi biasanya digunakan untuk kegunaan sementara atau sebagai sistem simpanan tambahan. Ia tidak sekuat tangki polietilena atau FRP, namun tetap sesuai untuk kawasan yang tidak mengalami tekanan air tinggi. 

  • Tangki Air Jenis Seramik

Untuk pemasangan tangki air seramik, kami akan menjalankan pemeriksaan struktur dan mencadangkan sokongan tambahan kerana ia agak berat dan rapuh. Kelebihan tangki jenis ini, ia mempunyai ciri tahan haba yang baik dan boleh menyimpan air pada suhu yang stabil namun ia jarang digunakan untuk pemasangan luar rumah. 

  • Tangki Air Jenis Simen

Anda boleh memilih tangki air simen untuk simpanan air berskala besar. Ia biasanya dibina secara tetap di tanah dan tidak mudah dialihkan. Kami menyediakan pembinaan tangki simen yang mematuhi standard keselamatan dan kalis bocor dengan menggunakan campuran simen berkualiti tinggi serta lapisan pelindung dalaman untuk memastikan kebersihan air terpelihara.

  • Tangki Air Jenis Konkrit

Untuk pembinaan tangki air konkrit, kami menyediakan khidmat reka bentuknya mengikut kapasiti yang dikehendaki, termasuk pemasangan paip dan sistem saliran lengkap. Tangki ini sesuai untuk pelanggan yang tidak ingin bergantung kepada tangki jenis mudah alih. 

Jika anda tidak pasti jenis tangki air yang paling sesuai untuk rumah anda, pasukan kami sedia membantu. Sebelum apa-apa kerja pemasangan, kami akan menilai situasi rumah anda. Berdasarkan maklumat ini, kami akan mencadangkan jenis tangki serta kapasiti yang paling sesuai untuk memastikan bekalan air anda sentiasa mencukupi dan stabil.

Kelebihan Menggunakan Servis Pasang Tangki Air Kami

  • Tukang pasang tangki air berpengalaman

Kami mempunyai pasukan tukang pasang tangki air yang berpengalaman dalam melakukan kerja pemasangan untuk pelbagai jenis kediaman serta bangunan komersial. Dengan pengetahuan serta kemahiran teknikal, kami memastikan setiap pemasangan tangki dijalankan dengan tepat, selamat dan mengikut keperluan pelanggan.

  • Harga berpatutan

Servis pemasangan tangki air kami berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dan telus. Kami menyediakan sebut harga terperinci kepada pelanggan sebelum sebarang kerja dimulakan, lengkap dengan pecahan kos untuk bahan, pemasangan dan komponen tambahan. Pendekatan ini membantu pelanggan mendapat nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan. 

  • Bahan dan kerja berkualiti

Kami hanya menggunakan bahan berkualiti termasuk tangki air daripada jenama terkenal yang tahan lama dan selamat. Kami menyediakan pilihan tangki bersaiz kecil seperti 500 liter untuk rumah biasa atau tangki bersaiz besar seperti 1000 liter dan 600 gelen untuk kegunaan lebih intensif. 

  • Jaminan kerja pemasangan 

Setiap pemasangan yang kami lakukan disertakan dengan jaminan kerja sebagai tanda keyakinan terhadap kualiti dan ketahanan hasil kerja kami. Jaminan ini meliputi kebocoran, kerosakan struktur serta masalah sambungan paip yang berlaku dalam tempoh tertentu selepas pemasangan. 

Pemasangan tangki air adalah satu langkah bijak untuk memastikan bekalan air anda sentiasa mencukupi dan tidak terganggu. Dengan memilih perkhidmatan kami, anda akan mendapat hasil kerja yang kemas dan tahan lama beserta jaminan selepas pemasangan. Jadi, jangan tunggu lagi, telefon atau WhatsApp kami hari ini untuk pertanyaan lanjut atau tempahan. Kami boleh bantu anda mendapatkan sistem tangki air yang baik, mudah dan berbaloi.

Soalan Lazim

Berapa lama masa untuk pasukan anda memasang tangki air?

Tempoh pemasangan tangki air biasanya mengambil masa antara 2 hingga 8 jam, bergantung kepada jenis tangki, lokasi pemasangan dan kerumitan sistem paip yang sedia ada. 

Adakah saya perlu beli tangki sendiri atau anda sediakan?

Kebiasaannya, tangki air disediakan oleh pelanggan namun, kami juga sedia membantu dengan memberikan cadangan jenama yang berkualiti, serta lokasi kedai yang dipercayai untuk pembelian tangki.

Adakah anda sediakan pam air sekali?

Ya, kami turut menyediakan perkhidmatan pemasangan pam air sekiranya pelanggan memerlukannya. Kami akan mencadangkan jenis pam yang sesuai berdasarkan tekanan air sedia ada, kapasiti tangki dan keperluan rumah.

Testimoni

Terima kasih kerana membantu saya memasang tangki air yang baru di rumah teres saya. Harga pemasangan tangki air jenis PVC adalah berpatutan.

Encik Fadzil

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia