Tukang Elektrik di Kuala Lumpur & Selangor

Kami ada tukang elektrik yang profesional di Kuala Lumpur dan Selangor. Tukang elektrik bertanggungjawab memasang, menyelenggara dan membaiki sistem elektrik dan kerja pendawaian di pelbagai tempat seperti rumah, pejabat, kedai dan kawasan perindustrian. 

Tanpa khidmat juruelektrik profesional, keselamatan penggunaan elektrik mungkin terjejas. Oleh itu, upahlah tukang elektrik yang mahir untuk mengelakkan risiko kebakaran atau kejutan elektrik. 

Kerja Pemasangan Elektrik Oleh Tukang Elektrik Kami Termasuk:

Tukang elektrik kami mempunyai kepakaran dalam memasang pelbagai jenis kipas seperti kipas siling, kipas baby fan dan kipas dinding mengikut kehendak pelanggan. Setiap pemasangan kipas akan dilakukan dengan teliti supaya ianya dipasang dengan selamat. Sambungan elektrik akan diperiksa bagi mengelakkan masalah seperti gangguan arus ke kipas. 

Pemasangan water heater akan dilakukan mengikut spesifikasi rumah. Antara jenis water heater yang boleh kami pasang untuk anda ialah jenis tangki, jenis segera serta model berteknologi inverter yang menjimatkan elektrik. Sistem pendawaian bagi water heater anda akan dipastikan untuk mematuhi piawaian keselamatan semasa. 

Perkhidmatan wiring lengkap untuk rumah baru juga tersedia, bermula dari perancangan hingga ke pemasangan. Tukang elektrik kami akan menilai pelan lantai rumah untuk menentukan lokasi terbaik bagi suis, soket, lampu dan peralatan lain. Perkakas dan bahan yang kami gunakan adalah berkualiti dan tahan lama. 

  • Pasang suis

Pemasangan suis lampu dan suis utama memerlukan ketelitian serta pemahaman tentang aliran arus elektrik dalam rumah. Kontraktor elektrik kami berpengalaman dalam memasang pelbagai jenis suis, termasuk suis satu hala, dua hala dan suis kawalan berpusat. Kami memastikan setiap suis yang dipasang mudah dicapai pada ketinggian penghuni rumah, berfungsi dengan lancar dan tidak membahayakan pengguna. 

Kami menawarkan pemasangan lampu siling biasa dan juga lampu hiasan moden seperti lampu gantung, lampu LED dan lampu sensor gerakan. Pemasangan lampu akan dibuat dengan memastikan struktur sokongan mencukupi dan pendawaian yang tepat supaya anda mendapat pemasangan pencahayaan yang berfungsi dengan baik. 

  • Pasang soket

Sekiranya anda memerlukan tambahan soket untuk peranti anda, kami boleh membantu untuk memasang soket di lokasi strategik mengikut susun atur perabot supaya anda tidak perlu lagi menggunakan penyambung elektrik. Kami menggunakan soket berkualiti tinggi dan memastikan pendawaian mematuhi standard keselamatan. 

  • Pasang DB box baru

Kami juga menyediakan pemasangan DB box baharu untuk menggantikan yang lama atau rosak, lengkap dengan suis utama dan pemutus litar (MCB). Tukang elektrik kami akan memastikan setiap sambungan dibuat dengan kemas, tersusun dan mudah dikenal pasti jika berlaku gangguan elektrik. 

  • Penambahan titik elektrik

Kadangkala, lokasi soket atau suis sedia ada tidak mencukupi jadi kami menawarkan perkhidmatan penambahan titik elektrik yang merangkumi suis, soket, dan lampu tambahan. Kami akan memastikan beban elektrik tidak melebihi kapasiti dan mengurangkan kebergantungan anda kepada sambungan wayar sementara yang tidak selamat. 

Pakar Elektrik Kami Menyediakan Servis Pembaikian Elektrik Termasuk:

Jika anda mempunyai masalah dengan water heater anda seperti air tidak panas, fius terputus, suis rosak atau lampu indikator tidak menyala, kami boleh membantu membaikinya. Kami juga memeriksa elemen pemanas dan sistem ELCB bagi memastikannya selamat digunakan dan boleh digunakan setelah diperbaiki dalam jangka masa yang panjang.

Tukang elektrik kami mahir membaiki kipas siling dan kipas dinding yang mengalami kerosakan seperti tidak berpusing, bunyi bising, suis kawalan rosak atau masalah kapasitor. Kami juga menggantikan alat ganti seperti regulator, motor kipas dan suis kawalan jauh jika perlu. 

  • Pembaikian pendawaian rosak

Pembaikian untuk dawai rosak yang sudah lama atau rapuh, serangan tikus atau pemasangan terdahulu yang tidak mengikut spesifikasi juga tersedia. Kami akan menggantikan kabel elektrik yang rosak dan memastikan sistem elektrik anda kembali berfungsi dengan selamat. Penghuni rumah perlu peka jika terdapat sebarang tanda dawai rosak seperti bau hangit, percikan api atau peralatan elektrik sering rosak dan menghubungi pakar elektrik kami dengan segera.

  • Penggantian suis atau soket rosak

Kami menawarkan penggantian segera untuk suis dan soket kuasa yang rosak. Tukang elektrik kami akan memastikan ia diganti dengan model yang tahan lama dan selamat, termasuk jenis kalis air untuk kegunaan di bilik air atau dapur. 

  • Penyelesaian masalah trip DB

Sekiranya DB anda sering trip, kami boleh melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap fius, MCB, ELCB dan sambungan ke setiap bahagian rumah. Kami juga akan menguji peralatan elektrik satu per satu untuk mengenal pasti punca sebenar trip. Setelah menganalisa punca, kami akan membaikinya dan DB akan disusun semula supaya arus elektrik boleh berfungsi dengan selamat. 

  • Pemeriksaan keselamatan elektrik

Pemeriksaan ini biasanya dilakukan untuk rumah lama atau premis perniagaan. Pemeriksaan ini melibatkan semakan terhadap pendawaian utama, kotak DB, suis, soket, sistem pembumian, dan peralatan elektrik. Tujuannya adalah untuk mengesan risiko tersembunyi seperti litar bocor, kabel reput dan sebagainya. 

  • Servis kecemasan elektrik

Kami menyediakan khidmat kecemasan elektrik bagi situasi yang memerlukan tindakan segera seperti rumah atau kedai kehilangan kuasa elektrik secara tiba-tiba. Pakar kami akan tiba di lokasi anda dengan secepat mungkin untuk memastikan keadaan selamat dan mengenal pasti punca masalah elektrik. 

Mengapa Anda Harus Memilih Khidmat Tukang Elektrik Kami?

  • Servis pantas

Kami memahami bahawa sesetengah masalah elektrik tidak boleh ditangguhkan terutamanya untuk kes kecemasan elektrik. Oleh itu, kami sedia memberikan perkhidmatan pada hari yang sama, terutamanya untuk kes kecemasan seperti pendawaian rosak, DB trip atau peralatan elektrik yang menyebabkan risiko keselamatan.

  • Harga berpatutan

Kami menawarkan harga servis elektrik yang telus dan mesra bajet. Tiada caj tersembunyi, dan setiap sebut harga diberikan berdasarkan skop kerja sebenar. Sama ada kerja kecil seperti memasang soket baru atau pembaikian besar seperti pendawaian elektrik seluruh rumah, anda akan mendapat nilai terbaik dengan harga yang berpatutan. 

  • Juruelektrik berpengalaman

Pasukan kami terdiri daripada juruelektrik yang berpengalaman dalam pelbagai jenis kerja elektrik untuk rumah, pejabat, hingga ke kawasan perindustrian. Mereka terlatih, beretika, dan sentiasa mengutamakan keselamatan serta kepuasan pelanggan. Pengalaman pekerja kami membolehkan kerja dilakukan dengan pantas, cekap dan tepat.

  • Jaminan kerja baik

Kami memberikan jaminan terhadap setiap servis oleh pasukan kami. Jika terdapat sebarang masalah selepas pemasangan atau pembaikian, kami bersedia untuk datang semula untuk pemeriksaan dan penyelesaian tanpa caj tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. 

Jangan mengambil mudah soal keselamatan elektrik di rumah, kedai atau pejabat anda. Dapatkan khidmat tukang elektrik profesional kami yang berpengalaman, pantas, dan boleh dipercayai di Shah Alam, Cheras, dan Kajang. 

Kami menyediakan pelbagai servis pemasangan dan kerja baiki elektrik yang selamat di seluruh Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya. Sila hubungi kami segera sekiranya anda memerlukan servis elektrik kami yang berpatutan dan hasil kerja yang kemas.

Testimoni

Kontraktor juruelektrik ramah mesra dan bekerja dengan cepat untuk membantu dalam kerja pendawaian elektrik di rumah saya di Shah Alam termasuk pemasangan suis di seluruh rumah.

Encik Hilmi

Soalan Lazim

Adakah saya perlu menyediakan barangan sendiri untuk kerja elektrik?

Tidak semestinya. Kami boleh menyediakan komponen dan peralatan elektrik yang diperlukan mengikut keperluan kerja. Contohnya, jika anda perlukan pemasangan soket, suis, atau lampu, kami akan bawa semua peralatan yang sesuai dan berkualiti.

Namun begitu, jika anda sudah mempunyai barangan elektrik sendiri seperti water heater dan kipas siling, kami boleh membantu memasangnya dengan selamat.

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia