Tukang Pasang Perabot Ikea di Kuala Lumpur & Selangor

Kami adalah tukang pasang perabot Ikea yang profesional di Kuala Lumpur dan Selangor untuk pelbagai jenis almari, meja, kerusi, kabinet dan perabot yang lain. 

Perabot IKEA semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana reka bentuknya yang moden, minimalis dan harganya yang berpatutan. Namun, ia dijual dalam bentuk “flat-pack” atau pasang sendiri. Pasukan kami boleh membantu anda memasang perabot Ikea untuk kawasan dalaman atau luaran rumah anda dengan kemas dan selamat kerana kami mempunyai kemahiran dan peralatan yang betul untuk tugasan ini.

Jenis Perabot Ikea Yang Kami Pasang Termasuk:

  • Kabinet dapur dan Kabinet TV

Kami membantu memasang pelbagai jenis kabinet dapur, sama ada kabinet berdiri, kabinet gantung atau kabinet dengan laci. Pemasangan juga termasuk unit kabinet atas dan bawah serta rak tambahan atau papan pemotong terbina dalam. Untuk ruang tamu, kami menyediakan pemasangan kabinet TV, termasuk unit rendah, kabinet berdiri, dan kabinet gantung dinding yang boleh digabungkan dengan rak terbuka atau bertutup.

  • Rak

Dalam memasang rak, kami pastikan semua sambungan panel diketatkan dengan sempurna agar struktur keseluruhan kukuh. Jadi, tidak kisahlah di mana posisi rak anda sama ada di atas, di bawah atau di sisi, akan kami memasangnya dengan teliti. Ini termasuk rak kasut, rak buku, rak dinding, rak berdiri dan rak gantung.

  • Almari

Untuk almari, kami akan sesuaikan pemasangan mengikut ruang yang ada. Keseimbangan setiap komponen juga akan diperiksa. Kami memasang pelbagai jenis almari pakaian termasuk almari berdiri, almari pintu lipat, almari pintu gelongsor, almari berkaca, serta almari dengan laci dalaman dan penyangkut pakaian. 

  • Katil

Kami memasang katil dengan memastikan semua penyambung diketatkan. Setiap bahagian akan dipasang dalam urutan yang betul mengikut manual. Khidmat pemasangan kami meliputi pelbagai jenis katil seperti katil kayu, katil kanak-kanak, katil dua tingkat, katil tarik serta katil jenis sofabed. Kami juga memasang rangka katil dengan laci penyimpanan di bawah serta (headboard) jika disediakan bersama set.

  • Meja 

Untuk meja, kami fokus pada kestabilan kaki meja, penyambung bingkai dan permukaan atas. Kami memasang semua jenis meja yang ditawarkan IKEA termasuk meja makan, meja kopi (meja rendah), meja sisi, meja solek, meja belajar, meja kerja dan meja lipat. Saiznya tidak kisah, semuanya kami terima dan akan kami pastikan stabil untuk penggunaan anda.

  • Kerusi

Kami turut menyediakan pemasangan kerusi seperti kerusi makan, kerusi pejabat, kerusi malas, kerusi lipat, bangku bar, kerusi kanak-kanak, serta kerusi berlengan. Kami akan pastikan semua kaki dan sambungan kerusi dipasang kukuh untuk keselamatan dan keselesaan. Semua kaki kerusi akan dipastikan rata dan tidak berjengket. Sekiranya menggunakan pelaras, kami akan memastikannya tidak tersekat.

Kebaikan Mengupah Servis Tukang Pasang Perabot Ikea Kami?

  • Harga murah

Kami menawarkan harga pasang perabot ikea yang murah dan mampu milik, sesuai untuk semua jenis bajet. Servis kami tiada kos tersembunyi jadi apa yang ada di sebut harga, itulah kos yang anda perlu bayar. Untuk memudahkan anda, kami juga boleh sesuaikan harga mengikut bilangan perabot dan jenis kerja yang diperlukan.

  • Pekerja berpengalaman dan cekap

Tukang pasang perabot kami terdiri daripada pekerja yang berpengalaman dalam kerja memasang perabot IKEA pelbagai jenis dan saiz. Mereka akan meneliti manual IKEA dan tahu teknik yang efisien untuk setiap produk IKEA. Dengan ini, mereka dapat memasang perabot dengan lebih cepat dan mengelakkan kesilapan seperti sambungan senget, skru longgar atau bahagian tercicir.

  • Mempunyai peralatan pemasangan perabot yang sesuai

Untuk setiap proses pemasangan perabot, kami mempunyai peralatan yang lengkap termasuk pemutar skru elektrik, alat penjajaran digital, penanda laser, dan kunci tork. Ini membolehkan kami memasang perabot dengan lebih tepat dan kemas. Alatan ini juga mempercepatkan kerja pemasangan tanpa mengabaikan ketelitian. 

  • Pemasangan perabot yang teratur dan rapi

Setiap pemasangan dilakukan dengan mengikuti langkah yang sistematik, bermula daripada menyusun semua bahagian perabot, menyemak komponen lengkap, hingga ke proses pemasangan dan kemasan. Kami menitikberatkan keseragaman, keseimbangan, dan kekemasan setiap skru serta panel jadi kualiti pemasangan kami tetap “on-point”. 

  • Anda tidak perlu pening dan baca manual

Manual IKEA biasanya datang tanpa tulisan tapi hanya gambar. Ini boleh mengelirukan bagi mereka yang tiada pengalaman memasang perabot sebegini. Dengan mengupah pasukan kami, anda tidak perlu buang masa meneliti arahan atau risau tentang salah pasang. Memandangkan tukang pasang perabot kami sudah biasa dengan kerja pemasangan perabot, mereka boleh menyiapkannya tugasan ini dalam jangka masa yang singkat. 

  • Jimat masa

Pemasangan perabot sendiri mungkin ambil masa berjam-jam. Dengan menggunakan khidmat kami, perabot anda boleh siap dipasang dalam masa yang singkat dan terus digunakan. Servis kami sangat berguna jika anda baru pindah rumah atau ada majlis dalam masa terdekat. 

  • Lebih selamat 

Perabot IKEA kadangkala berat dan perlu diangkat atau disambung dengan posisi tertentu. Disebabkan itu, kami menyediakan servis dengan memastikan tukang pasang perabot kami berpengalaman dalam mengendalikan alatan dan mengangkat komponen berat dengan cara yang betul. Kami mengutamakan keselamatan supaya tiada risiko kepada anda sebagai pengguna.

  • Kami akan membuang sampah sarap pembungkusan perabot selepas kerja selesai

Setelah selesai kerja pemasangan perabot, kami akan membantu dalam membersihkan dan membuang semua kotak, plastik, styrofoam dan pembungkusan lain yang datang bersama perabot. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul semua sampah berkenaan.

  • Kami juga ada servis bongkar perabot

Jika anda ada perabot lama yang perlu dibuka sama ada untuk dialihkan, dijual semula, atau dibuang, kami boleh bantu dalam memongkarkannya dengan selamat. Proses ini memerlukan teknik yang betul supaya bahagian perabot tidak rosak dan tidak terjadi perkara yang tidak diinginkan sehingga boleh menjejaskan keselamatan penghuni rumah dan persekitaran. 

  • Anda boleh mengupah servis tukang rumah kami yang lain

Selain servis memasang perabot IKEA, tukang rumah kami juga menawarkan pelbagai servis lain untuk rumah anda termasuk pemasangan TV ke dinding, pemasangan lampu rumah, kipas siling, dan kerja wiring rumah. Ini membolehkan anda untuk lebih senang dalam menyelesaikan masalah di rumah anda dengan mendapat servis dari satu syarikat sahaja. 

Mendapatkan khidmat tukang pasang perabot IKEA memberikan banyak kelebihan dari segi masa, keselamatan dan hasil kerja yang kemas. Servis ini menjimatkan masa dan memastikan perabot yang dipasang selamat digunakan. 

Jika anda memerlukan bantuan memasang perabot IKEA, hubungi kami melalui telefon atau WhatsApp kami hari ini! Kami sedia datang ke lokasi anda untuk membantu menyiapkan kerja pemasangan dengan pantas, kemas dan profesional.

Testimoni

Terima kasih kerana membantu memasang perabot ikea untuk bilik tidur, dapur dan ruang tamu di apartmen baru keluarga saya di Ampang. Khidmat yang disyorkan kerana membantu kami menjimatkan masa.

Puan Linda

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia