Tukang Pasang Lampu Rumah di Kuala Lumpur & Selangor

Tukang pasang lampu rumah kami di Kuala Lumpur dan Selangor membekalkan dan memasang lampu siling, lampu dinding, chandelier, downlight dan spotlight untuk rumah teres, apartment, kondominium dan homestay. Pasukan kami bantu padankan jenis lampu dengan ruang pemasangan, tarik wire dari suis atau DB box ke titik lampu baru, dan uji sambungan sebelum siap kerja.

Tukang pasang lampu kami di Lembah Klang juga memasang titik lampu tambahan di ruang yang kurang pencahayaan, seperti dapur basah, bilik mandi, balkoni dan garaj. Anda boleh beli lampu sendiri dari kedai hardware atau online, atau kami bekalkan mengikut jenis dan reka bentuk yang anda mahu.

Berapa harga pasang lampu rumah?

Kos pasang lampu bergantung kepada jenis lampu (siling, downlight, chandelier), berapa titik lampu baru, dan sama ada perlu tarik wire baru dari suis atau DB box. Pemasangan di titik yang sudah ada wiring sedia ada biasanya lebih murah berbanding titik lampu baru. Chandelier besar yang perlu bracket siling tambahan dikenakan caj lebih kerana kerja struktur. Kami berikan sebutharga percuma selepas periksa lokasi di tapak.

pasang-lampu-rumah-baru-shah-alam

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Pasang Lampu Rumah Kami di Lembah Klang?

Padankan Jenis Lampu dengan Ruang

Chandelier besar sesuai untuk ruang tamu dengan siling tinggi, downlight sesuai untuk dapur dan koridor, spotlight sesuai untuk hiasan dinding atau display. Kami bantu padankan jenis lampu dengan tujuan ruang supaya pencahayaan betul dan tak terlebih atau terkurang.

Tarik Wire Baru untuk Titik Lampu Tambahan

Nak tambah titik lampu di ruang yang asalnya tiada wiring (dapur basah, bilik tambahan, garaj)? Kami tarik wire baru dari suis atau DB box, pasang conduit, dan tutup kembali supaya hasil kemas. Kerja termasuk pasang suis baru atau sambung ke suis sedia ada.

Anda Beli Lampu Sendiri Pun Boleh

Kalau anda sudah beli chandelier atau lampu dari IKEA, kedai hardware atau online, kami boleh datang pasangkan sahaja. Kalau anda mahu kami bekalkan, kami cadangkan jenama dan reka bentuk yang padan dengan dekorasi serta bajet anda.

Jenis Lampu Rumah Yang Kami Pasang

Lampu Siling (Ceiling Light)

Lampu utama yang dipasang di tengah siling untuk pencahayaan ruang penuh. Boleh guna fitting LED siap pakai, atau fitting berasingan yang menerima bulb LED, kalimantang atau filamen. Sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur dan bilik makan.

Downlight dan Spotlight

Lampu kecil yang dipasang terbenam ke dalam siling untuk pencahayaan tertumpu. Downlight memberi pencahayaan menyebar, spotlight memberi berkas cahaya tertumpu untuk hiasan dinding atau display. Kerja termasuk potong lubang pada siling plaster, tarik wire, dan pasang bezel kemas.

Lampu Dinding (Wall Light)

Dipasang di dinding ruang tamu, koridor, atau sisi katil sebagai pencahayaan tambahan atau hiasan. Memerlukan wiring ditarik ke dalam dinding, biasanya kerja sebelum cat semula atau semasa renovation.

Chandelier dan Lampu Gantung

Lampu hiasan besar untuk ruang tamu, foyer atau ruang makan dengan siling tinggi. Kerja termasuk periksa kekuatan sokongan siling, pasang hook atau canopy, dan sambung wire dengan selamat. Chandelier berat (lebih 5kg) perlu bracket logam dipaku terus ke rafter supaya tidak terjatuh.

Downlight Bilik Air

Lampu khas yang direka tahan lembap untuk bilik air dan dapur basah. Jangan guna downlight biasa di bilik air kerana risiko litar pintas. Kami gunakan unit dengan rating IP44 atau lebih tinggi untuk kawasan ini.

Lampu Luar Rumah (Outdoor)

Lampu balkoni, taman, porch dan lorong tepi rumah. Direka tahan hujan dan sinar matahari, dengan fitting IP44 atau lebih tinggi. Kerja termasuk wiring tahan cuaca dan pelindung sambungan.

Lampu LED untuk Bilik Tidur dan Ruang Hiasan

Untuk pencahayaan ambient di bilik tidur, LED strip di keliling siling, headboard atau belakang TV adalah pilihan popular. Untuk pemasangan LED strip, rujuk halaman khusus Pasang Lampu LED yang cover reka bentuk, saiz dan kaedah pemasangan.

Untuk baiki lampu rosak, tukar bulb atau baiki suis, rujuk halaman Baiki Lampu Rumah. Untuk pemasangan LED strip khusus, rujuk Pasang Lampu LED. Untuk kerja wiring rumah penuh, tukar DB box atau tarik circuit baru, rujuk Tukang Elektrik. Untuk pemasangan kipas siling dengan lampu, rujuk Pasang Kipas Siling.

Soalan Lazim

Boleh saya beli lampu sendiri, atau anda bekalkan?

Kedua-duanya boleh. Kalau anda sudah beli chandelier, downlight atau lampu siling dari IKEA, kedai hardware atau online, kami boleh datang pasangkan sahaja. Kalau anda mahu kami bekalkan, kami cadangkan jenama dan model mengikut jenis ruang, siling, dan bajet anda, dan bawa lampu tersebut semasa lawatan pemasangan.

Boleh saya pasang downlight sendiri di siling plaster?

Pemasangan downlight memerlukan potong lubang bulat pada siling plaster dengan hole saw bersaiz tepat, tarik wire ke lubang, sambung ke suis atau wiring sedia ada, dan uji sambungan. Boleh dilakukan sendiri kalau anda ada pengalaman wiring dan alat yang betul. Tapi untuk kebanyakan pemilik rumah, upah tukang lebih selamat kerana wire salah sambung boleh menyebabkan litar pintas atau kebakaran, dan potongan siling yang tak kemas sukar diperbaiki.

Adakah perlu bracket khas untuk pasang chandelier berat?

Ya. Chandelier yang berat (lebih 5kg) tidak boleh digantung terus pada canopy siling kerana risiko tercabut. Kami pasang bracket logam yang dipaku terus ke rafter atau truss siling, dan canopy chandelier menutup bracket tersebut. Untuk chandelier bersaiz sangat besar (lebih 15kg), kami periksa dulu kekuatan struktur siling sebelum pasang.

Boleh pasang lampu biasa untuk luar rumah atau balkoni?

Tak boleh. Lampu biasa tidak direka tahan hujan dan kelembapan, dan akan cepat rosak atau menyebabkan litar pintas kalau basah. Untuk luar rumah, balkoni, porch dan lorong tepi, pasang lampu dengan rating IP44 ke atas yang direka tahan cuaca Malaysia. Kami cadangkan jenis yang sesuai mengikut lokasi pemasangan.

​Boleh tambah titik lampu baru di ruang yang asalnya tiada wiring?

Boleh. Kerja termasuk tarik wire baru dari suis atau DB box sedia ada ke titik lampu baru, pasang conduit atau trunking, sambung ke suis (sedia ada atau baru), dan tutup kembali dinding atau siling. Untuk titik lampu baru di dinding plaster, biasanya boleh dilakukan tanpa pecah dinding dengan guna conduit tersembunyi. Untuk siling konkrit, kerja lebih kompleks dan mungkin perlu drop ceiling atau trunking terdedah.

Boleh datang pasang lampu pada hari yang sama?

Untuk pemasangan 1 hingga 3 titik lampu dengan lampu sedia ada di tangan, kami cuba respon pada hari yang sama tertakluk kepada ketersediaan pasukan. Untuk pemasangan besar seperti chandelier dengan tarik wire baru atau pemasangan berbilang downlight, biasanya perlu lawatan ukur dulu sebelum jadualkan kerja. WhatsApp kami dengan gambar ruang dan lampu untuk anggaran pantas.

Testimoni

Harga untuk pemasangan lampu di apartmen saya (bilik tidur, dapur dan bilik air) adalah berpatutan dan servis pekerja turut cepat. Terima kasih.

Puan Asyikin

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga

"*" indicates required fields