Tukang Baiki Pintu Rumah di Kuala Lumpur & Selangor
Tukang baiki pintu rumah kami di Kuala Lumpur dan Selangor membaiki pintu yang tersangkut, kunci rosak, tombol longgar, engsel berbunyi dan bingkai pecah untuk pemilik rumah di Lembah Klang. Kami reti kerja tukar tombol, pasang engsel baru, dan baiki pintu kayu yang mengembang tanpa perlu tukar seluruh pintu.
Tukang pintu kami di Lembah Klang boleh memberi respon pada hari yang sama untuk pintu rumah yang tidak boleh dikunci atau tidak boleh ditutup. Servis meliputi pintu utama, pintu bilik tidur, pintu dapur dan pintu belakang, sama ada pintu kayu, PVC atau besi.
Berapa harga baiki pintu rumah?
Kos baiki pintu di Lembah Klang bergantung kepada jenis kerosakan, sama ada tombol, kunci, engsel atau bingkai. Untuk kerja tukar tombol atau baiki engsel yang mudah, harga biasanya lebih rendah berbanding tukar seluruh pintu. Kami berikan sebutharga percuma selepas periksa kerosakan.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Tukang Baiki Pintu Rumah Kami di Lembah Klang?
Baiki Sebelum Tukar Baru
Kalau tombol atau engsel sahaja yang rosak, kami tukar bahagian itu tanpa perlu ganti seluruh pintu. Ini jimatkan kos anda dan elakkan kerja tanggal bingkai pintu yang tidak perlu.
Pengalaman dengan Pintu Kayu, PVC dan Besi
Pintu kayu yang mengembang, pintu PVC yang engsel tercabut, pintu besi utama yang kunci tersekat. Setiap bahan pintu ada teknik pembaikian yang berbeza, dan pasukan kami sudah biasa dengan semua tiga.
Bekalan Tombol, Kunci dan Engsel Ganti
Kami bawa stok tombol, kunci mortise dan engsel jenis standard semasa lawatan supaya kerja pembaikian selalunya boleh diselesaikan pada hari yang sama, tanpa anda perlu keluar cari bahagian ganti.
Terdapat sesetengah kerosakan pintu yang memerlukan anda mendapatkan perkhidmatan tukang baiki pintu rumah profesional di Kuala Lumpur, Kajang dan Selangor. Bagi servis pembaikan atau renovate rumah secara berpatutan, sila bergantung kepada tukang rumah kami.
Kunci pintu, mangga terkunci, engsel, kelunturan warna dan pemegang sentiasa menjadi masalah yang sering dihadapi di kawasan rumah dan pejabat.
Oleh sebab kita memegang dan menggunakannya setiap hari sama dengan kelengkapan lain seperti perabot, tingkap, bumbung, atap rumah, paip tandas dan pagar luar, ianya pun lebih cenderung mengalami kerosakan. Walaubagaimanapun, masalah pintu selalunya akan diketepikan kecuali kalau ia benar-benar serius sehingga tidak dapat mengabaikannya lagi.
Tanpa mengira betapa keras bahan pintu itu semasa baru, ia masih akan mengalami kerosakan selepas penggunaan lama. Semua masalah itu sebaiknya diberikan perhatian segera. Jadi kita harus membetulkannya sebelum ia menjadi serius. Di sinilah anda akan mendapatkan bantuan servis tukang rumah profesional pakar.
Bahagian Pintu yang Perlu Diperbaiki
Sama ada bilik tidur dan bilik air, kebiasaannya pintu mempunyai pelbagai bahagian termasuk kunci, engsel, dan tombol. Selepas penggunaan bertahun-tahun, beberapa masalah pasti sudah dialami.
Berikut merupakan masalah utama yang mungkin didapati di bahagian pintu berbeza:
Engsel Pintu
Bila terdengar bunyi bising keras dari engsel, kita sudah tahu terdapat masalah pada bahagian itu. Sebelum bunyi berderit menjadi kuat atau teruk, kita seharusnya baiki atau pasang engsel baharu. Masalah tersebut kerap dialami apabila mempunyai engsel sudah lama dan berkarat. Walau bagaimanapun, masalah engsel akan diselesaikan secara mudah dengan kerja penggantian engsel oleh tukang rumah profesional.
Tombol Pintu
Tombol pintu juga akan menjadi gagal berfungsi secara tiba-tiba selepas penggunaan lama. Sebagai contoh, ia mungkin menjadi longgar serta tak berfungsi. Sila panggil tukang baiki rumah untuk menguruskan masalah.
Pemegang Pintu
Salah satu masalah paling biasa dialami oleh pemegang pintu masuk berlaku apabila mereka mula gagal berfungsi disebabkan oleh selak tubular dah pecah di dalamnya. Tapi jika pemegang pintu rumah sudah digunakan sampai ke keadaan pecah, sila upah tukang rumah perkhidmatan pembaikian sebagai bantuan.
Punca Umum Mengapa Pintu Rumah Harus Diperbaiki Dan Cara Bagi Mencegah Kerosakan
Sebenarnya, terdapat banyak punca mengapa pintu rumah harus diperbaiki. Antara punca utama termasuk:
Jika memerlukan kekuatan tambahan semasa nak menutup selain membuka kunci pintu maka sudah jelas bahawa terdapat masalah engsel. Kita mungkin mahu menetapkan penjajarannya. Periksa engsel, menyediakan engsel baru, menyusun semula dan mengetatkan mereka.
Apabila terdapat bunyi ngeri, pasang engsel merupakan pilihan utama.. Bunyi ngeri berlaku apabila engsel sudah longgar. Tukang rumah berkemampuan mengetatkan engsel lalu menyelesaikan masalah tersebut.
Jika pintu bilik atau pintu utama sudah menggeselkan lantai, biasanya engsel sudah longgar atau kayu bingkai sudah melentur. Ini boleh diselesaikan dengan sesuaikan engsel atau ketam sedikit tepi bawah pintu.
Selepas penggunaan bertahun-tahun, pintu kayu, PVC dan besi mungkin mula rosak dan haus akibat kelembapan berterusan. Kalau bingkai juga sudah reput, tukar sekali gus dengan pintu baru selalunya lebih jimat berbanding baiki berulang.
Tips Untuk Membaiki Pintu
Semasa baiki pintu rumah, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum kerja bermula.
Salah satu kesilapan utama yang dibuat oleh masyarakat adalah seperti memasang kunci pintu serta tombol dengan posisi salah. Pastikan anda pasang tombol baru tu dalam orientasi betul atau minta bantuan tukang rumah.
Masalah pintu pecah merupakan perkara biasa yang sering dilihat oleh tukang rumah. Jika anda rasa ia mempunyai masalah, tukang kami sanggup ambil langkah untuk membetulkannya sebelum masalah menjadi teruk.
Untuk kerosakan pintu sliding kaca, rujuk halaman Baiki Pintu Sliding. Untuk gantian pintu bilik air yang reput, rujuk halaman Pasang Pintu Bilik Air.
Perkhidmatan Membaiki Rumah Kami Termasuk:
Soalan Lazim
Apa masalah tombol pintu yang paling kerap perlu dibaiki?
Tiga masalah tombol paling kerap: tombol pusing tapi selak dalam tidak bergerak (spring dalaman patah), tombol longgar dan boleh dicabut dari plat (skru dinding kayu haus), dan kunci tersekat tak boleh diputar (mekanisme silinder rosak atau kotor). Kami boleh baiki semua tiga di tapak.
Bila engsel pintu perlu ditukar, bukan sekadar diketatkan?
Kalau engsel hanya berbunyi berderit atau longgar sedikit, biasanya cukup dengan ketatkan semula skru dan minyakkan engsel. Tapi kalau plat engsel sudah bengkok, skru tak dapat dipegang oleh kayu bingkai lagi, atau engsel dah berkarat teruk, ia perlu ditukar dengan engsel baru dan lubang skru diperkukuh dahulu.
Boleh baiki pintu kayu yang mengembang atau melengkung?
Boleh, bergantung kepada tahap kerosakan. Untuk pintu yang sekadar mengembang sedikit kerana lembap, kami boleh ketam tepi pintu supaya muat semula dalam bingkai. Tapi kalau pintu sudah melengkung teruk atau kayu dalaman sudah rosak, tukar pintu baru selalunya lebih jimat berbanding baiki berulang kali.
Perlu tukar seluruh pintu atau boleh baiki sahaja?
Kami akan periksa dulu dan cadangkan pilihan paling jimat. Kalau bingkai pintu masih elok dan hanya panel pintu, tombol atau engsel yang rosak, baiki atau tukar bahagian itu sahaja sudah memadai. Tukar seluruh pintu biasanya perlu bila bingkai kayu sudah reput atau ukuran pintu perlu diubah.
Bolehkah tukang pintu anda datang membaiki pintu pada hari yang sama?
Ya, untuk kerosakan pintu yang menghalang anda daripada kunci rumah (kunci pintu utama rosak, tombol pintu belakang tercabut), kami cuba respon pada hari yang sama tertakluk kepada ketersediaan pasukan. WhatsApp kami dengan gambar pintu untuk anggaran pantas.
Testimoni
Apa pelanggan kami kata tentang khidmat tukang baiki pintu kami di Lembah Klang?
Pintu di hadapan rumah saya mengalami kerosakan pada bingkai dan tombol pintu. Terima kasih kepada tukang pintu anda yang membantu saya menyelesaikan masalah pintu ini.
Puan Halimatun
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia
Borang Sebut Harga
"*" indicates required fields