Upah Pasang Hood Dapur & Cooker Hood di Kuala Lumpur & Selangor

Upah khidmat pasang hood dapur kami di Kuala Lumpur dan Selangor yang membekalkan dan pasang chimney hood, slim hood, built-in hood dan island hood untuk dapur rumah teres, apartment, kondominium dan homestay. Pasukan kami ukur ruang kabinet, pasang bracket sokongan, sambungkan wiring elektrik, dan ducting (atau mode recirculating untuk unit ductless) supaya hood anda berfungsi optimum dari hari pertama.

Tukang pasang hood dapur kami di Lembah Klang dan Shah Alam biasa dengan brand popular Malaysia termasuk Alba, Rubine, Midea, Fotile, Fujioh, SENZ dan Livinox. Anda boleh beli hood sendiri dari kedai atau online, atau kami cadangkan model yang padan dengan saiz dapur dan bajet anda.

Berapa upah pasang hood dapur?

Upah pasang hood dapur di Lembah Klang bergantung kepada jenis hood (chimney paling kerap, slim atau built-in lebih cepat, island paling rumit kerana perlu bracket siling), sama ada ducting baru perlu ditarik ke luar rumah, dan sama ada kabinet sedia ada perlu diubah untuk muat hood baru. Untuk pemasangan standard dengan hood yang anda sudah beli, kerja biasanya siap dalam 2 hingga 4 jam. Kami berikan sebutharga percuma selepas periksa dapur anda.

pasang-hood-dapur-baru-lembah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Pasang Hood Dapur Kami di Lembah Klang?

Biasa dengan Brand Hood Malaysia

Alba, Rubine, Midea, Fotile, Fujioh, SENZ, Livinox dan Elba. Setiap brand ada cara pemasangan dan sambungan ducting yang sedikit berbeza. Pasukan kami sudah biasa dengan hampir semua jenama popular di Malaysia dan boleh pasang mengikut spesifikasi pengilang.

Pakar Hood Jenis Ducted dan Ductless

Rumah teres biasanya sesuai dengan sistem ducted yang mengalirkan asap terus keluar rumah. Apartment dan kondominium bertingkat kerap sesuai dengan ductless (recirculating) kerana tiada laluan luar yang mudah. Kami nilai struktur dapur anda dan cadangkan sistem yang paling sesuai.

Ubah Kabinet & Elektrik Jika Perlu

Hood baru kadang kala tak muat bukaan kabinet lama atau memerlukan titik elektrik baru. Pasukan kami reti ubah suai kabinet dapur dan tarik wire baru untuk hood jika perlu, supaya anda tidak perlu panggil dua kontraktor berasingan untuk satu pemasangan.

Kebaikan Memasang Hood Dapur di Rumah Anda

  • Membuang Bau yang Tidak Menyenangkan

Hood dapur boleh menyingkirkan bau yang terhasil semasa memasak seperti bau sambal, minyak atau rempah yang terlalu kuat dan melekat di dapur. Jika anda memasang hood, bau tersebut akan disedut keluar secara efisien melalui sistem pengudaraan menjadikan aliran udara sentiasa segar, tidak tercemar dan menjamin keselesaan penghuni rumah.

  • Mengurangkan Wap dan Haba

Selalunya, dapur akan terasa panas dan menyebabkan ketidakselesaan. Untuk masalah ini, hood dapur dapat membantu mengurangkan haba dengan menyedut wap secara terus dari punca, lalu mengalirkan udara panas keluar dari ruang dapur. Bukan itu sahaja, ia juga sekaligus akan mengurangkan tekanan ke atas sistem pengudaraan rumah dan menjadikan suasana dapur lebih menyenangkan.

  • Mengelakkan Minyak Melekat di Permukaan

Proses menggoreng atau menumis boleh menyebabkan minyak halus tersebar dan melekat pada peralatan dapur. Dengan adanya hood dapur, zarah-zarah minyak ini akan disedut keluar sebelum sempat melekat, sekaligus mengurangkan beban kerja mencuci. 

  • Mencantikkan Rekaan Dapur

Selain fungsi praktikal, hood dapur boleh menjadi elemen hiasan. Anda boleh menyesuaikan rekaannya dengan tema dapur anda sama ada minimalis, elegan atau lain-lain. Yang penting, hood dapur ini akan menjadikan dapur anda tampak lebih kemas, tersusun dan menarik serta mencerminkan citarasa anda. 

Brand Hood Dapur Yang Popular di Malaysia Termasuk

  • Alba
  • Rubine
  • Midea
  • Fotile
  • Fujioh
  • SENZ
  • Livinox

Tips Pemasangan Kitchen Hood Yang Baik

  • Pastikan Ketinggian Pemasangan Sesuai

Ketinggian hood dapur yang sesuai penting untuk keberkesanan sedutan udara. Jarak yang disarankan antara dapur memasak dan hood biasanya antara 65 hingga 75 sentimeter. Jika hood dipasang terlalu tinggi, ia tidak akan dapat menyedut asap dengan berkesan. Jika terlalu rendah, ia boleh mengganggu pergerakan dan menimbulkan bahaya semasa memasak.

  • Pilih Saiz Hood Mengikut Saiz Dapur

Setiap dapur memerlukan saiz hood yang berbeza. Saiz hood perlu sepadan dengan saiz dapur anda agar liputan sedutan lebih menyeluruh. Jika saiz hood terlalu kecil, ia tidak akan dapat menyedut wap dan bau dengan cekap. Jika anda ingin memasang hood dapur di rumah anda di TTDI, Ampang atau Cheras, kami boleh membantu anda pada harga yang berpatutan.

  • Pilih Jenis Hood Mengikut Reka Bentuk Dapur

Terdapat pelbagai jenis hood seperti jenis slim, built-in, chimney dan island yang sesuai dengan susun atur dapur berbeza. Memilih jenis yang tepat membantu menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan anda di dapur. Pilihan cooker hood yang sesuai akan menyenangkan kerja anda di dapur.

  • Gunakan Saluran Pengudaraan Yang Betul

Untuk memastikan keberkesanan hood, anda perlu pastikan saluran udara tidak terlalu panjang, sempit atau berliku-liku kerana ini akan mengurangkan aliran udara dan menyebabkan bunyi bising. Sebaiknya gunakan saluran yang lurus dan pendek, serta diperbuat daripada bahan tahan panas dan tahan lama untuk memastikan fungsi berada pada tahap optimum. 

Jenis Hood Dapur Yang Kami Pasang Termasuk

  •  Hood jenis cerobong (chimney hood)

Hood jenis ini direka dengan cerobong menegak yang menyalurkan udara keluar dari dapur secara langsung. Ia sesuai untuk dapur dengan ruang dinding yang luas dan sering digunakan dalam dapur konsep terbuka. Kami akan memastikan ia dipasang mengikut ketinggian yang disyorkan agar fungsi sedutan maksimum dapat dicapai.

  • Hood jenis slim

Slim hood mempunyai reka bentuk nipis dan kompak jadi ia sangat sesuai untuk dapur kecil di condo atau rumah flat. Ia akan kami pasang di bawah kabinet dan disesuaikan dengan kebanyakan reka bentuk dapur. Sesuai untuk apartment dan kondominium dengan dapur bersaiz kecil atau sederhana, di mana ruang kabinet atas terhad dan island hood tidak praktikal. Yang pasti, ia tetap berupaya menyedut asap dan bau dengan cekap walaupun bersaiz kecil. 

  • Hood jenis island

Untuk mereka yang mempunyai dapur memasak di bahagian tengah ruang (island), hood ini akan digantung dari siling dan ia menyedut wap dari atas. Namun, pemasangan island hood memerlukan ketelitian khusus dari segi struktur siling dan kedudukan dapur memasak. Pemasangan island hood lebih kompleks berbanding chimney biasa kerana perlu bracket siling yang kukuh dan ducting yang menegak.

  • Hood jenis built-in

Untuk pengguna yang gemar penampilan yang tersusun dan minimalis, built-in hood ini akan disepadukan sepenuhnya ke dalam kabinet dapur. Walaupun tersembunyi, keupayaan menyedutnya tetap tinggi dan berkesan. Untuk pemasangan, kami akan memastikan hood tersebut tidak mengganggu reka bentuk sedia ada.

  • Sistem ducted dan ductless

Kami menyediakan pemasangan hood untuk kedua-dua jenis sistem. Sistem ducted memberikan pengaliran udara yang lebih berkesan ke luar rumah, manakala sistem ductless lebih mudah dipasang terutama di kediaman bertingkat. Kami akan menilai struktur dapur anda terlebih dahulu dan mencadangkan sistem yang paling sesuai untuk anda.

Perkhidmatan Tambahan Yang Pasukan Kami Tawarkan

  • Pembuangan hood lama

Proses ini termasuk menanggalkan hood lama tanpa merosakkan dinding, kabinet atau sistem elektrik sedia ada. Kami juga akan memastikan ruang dapur anda bersih dan sedia untuk pemasangan hood baru selepas kerja pembuangan selesai. Servis ini berguna untuk mereka yang ingin ubahsuai dapur rumah.

  • Pemasangan atau pengubahsuaian ducting

Servis ini penting untuk memastikan prestasi hood dapur berada pada tahap maksimum. Pasukan kami akan menilai kedudukan terbaik untuk aliran udara keluar agar sedutan lebih efisien. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem pengudaraan tahan lama dan hood selamat digunakan.

  • Servis penyelenggaraan hood

Jika anda sudah mempunyai hood dalam jangka masa panjang, penting untuk anda pastikan ia diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan yang kami sediakan termasuklah pembersihan penapis, pemeriksaan motor dan sistem pencahayaan serta ujian prestasi sedutan untuk melanjutkan jangka hayat hood anda dan mengelakkan masalah penurunan kecekapan hood. 

  • Ubah suai elektrik atau kabinet (jika perlu)

Kadangkala, pemasangan hood baru memerlukan sedikit pengubahsuaian pada sistem elektrik atau kabinet dapur. Tukang elektrik kami berpengalaman dalam kerja-kerja pendawaian dan pertukangan asas jadi kerja ubahsuai dapur rumah teres anda akan dilakukan mengikut standard keselamatan. Oleh itu, anda tidak perlu mencari kontraktor berasingan untuk kerja ini.

Oleh itu, untuk mereka yang sedang mencari perkhidmatan pemasangan atau pembaikian hood dapur yang profesional, pasukan kami sedia membantu. Selalu pelanggan kami akan membeli dan menyediakan hood dapur yang perlu dipasang di rumah mereka. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila telefon, WhatsApp atau emel kami hari ini untuk servis pasang hood dapur yang murah.

Untuk pemasangan atau pembaikian water heater di dapur yang sama, rujuk halaman Pasang Water Heater. Untuk ubahsuai kabinet dapur atau penggantian kabinet lama, rujuk Pasang Kabinet Dapur atau Baiki Kabinet Dapur. Untuk tukar lantai atau dinding tiles dapur sebelum pemasangan hood baru, rujuk Pasang Tiles.

Soalan Lazim

Berapa ketinggian ideal hood dapur dari permukaan dapur memasak?

Ketinggian ideal antara 65cm hingga 75cm dari permukaan dapur memasak ke bahagian bawah hood. Jarak ini membolehkan hood menyedut asap dengan berkesan tanpa menghalang pergerakan tangan semasa memasak. Terlalu tinggi (>75cm) sedutan jadi lemah dan asap tersebar; terlalu rendah (<65cm) risiko kebakaran dari lelasan minyak panas dan bahaya kepala terhantuk. Untuk dapur gas vs dapur induction, jarak boleh berbeza sedikit mengikut spesifikasi pengilang hood.

Hood ducted atau ductless mana lebih sesuai untuk rumah saya?

Ducted (dengan saluran ke luar rumah) lebih berkesan kerana asap dan bau benar-benar dibuang keluar, bukan dikitar semula. Sesuai untuk rumah teres, banglo dan unit tingkat bawah yang ada laluan dinding ke luar. Ductless (recirculating dengan carbon filter) sesuai untuk apartment, kondominium tingkat atas dan rumah yang tiada laluan ducting mudah. Ductless memerlukan carbon filter ditukar setiap 3-6 bulan untuk kekal berkesan.

Brand hood dapur mana yang paling baik untuk rumah Malaysia?

Pilihan terbaik bergantung kepada bajet dan jenis dapur. Untuk bajet pertengahan, Rubine, SENZ dan Livinox menawarkan kuasa sedutan yang baik dengan reka bentuk moden pada harga berpatutan. Untuk bajet tinggi, Fotile dan Fujioh dikenali dengan motor senyap dan filter mudah dibersihkan. Alba dan Elba sesuai untuk apartment dengan dapur kecil. Kami cadangkan jenama mengikut keperluan sedutan (CFM), bising maksimum yang anda terima, dan reka bentuk yang padan dengan kabinet dapur.

Boleh saya pasang hood dapur sendiri?

Secara teknikal boleh, tapi tidak digalakkan untuk kebanyakan pemilik rumah. Pemasangan hood melibatkan: potong lubang di kabinet (yang perlu padan tepat), sambung ducting ke dinding luar (perlu bor dinding dengan tepat dan kalis air semula), dan sambungkan wiring elektrik dengan selamat. Kesilapan boleh menyebabkan kebocoran air masuk dinding, sedutan tidak berkesan, atau risiko litar pintas. Upah tukang biasanya lebih jimat berbanding risiko kerosakan kabinet atau pemulihan dinding kalau DIY gagal.

Berapa kerap filter hood dapur perlu dibersihkan atau ditukar?

Filter aluminium (grease filter) di bahagian bawah hood sepatutnya dibasuh dengan air panas dan sabun pencuci pinggan setiap 2-4 minggu bergantung kepada kekerapan memasak. Carbon filter untuk hood jenis ductless tidak boleh dibasuh dan perlu ditukar setiap 3-6 bulan. Hood yang tidak dibersihkan secara kerap akan hilang kuasa sedutan dan motor akan bekerja lebih kuat, memendekkan jangka hayat unit.

Boleh saya beli hood sendiri atau anda bekalkan?

Kedua-duanya boleh. Kalau anda sudah beli hood dari kedai elektrik, Senheng, Lazada atau Shopee, kami boleh datang pasangkan sahaja. Kalau anda mahu kami bekalkan, kami boleh cadangkan model mengikut saiz dapur, kuasa sedutan yang anda perlukan, dan bajet. Untuk pemasangan hood yang anda beli sendiri, pastikan hood masih dalam pembungkusan asal supaya kami boleh rujuk manual pengilang dan sertakan semua bracket dan skru yang disediakan.

Testimoni

Terima kasih kerana memasang hood dapur Alba yang baru di dapur rumah saya. Keluarga saya gembira untuk meluangkan masa bersama di dapur rumah kami yang selesa.

Puan Jessica

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga

"*" indicates required fields