Tukang Paip Tersumbat di Kuala Lumpur & Selangor
Kami adalah tukang paip berpengalaman di Kuala Lumpur dan Selangor untuk membaiki paip rumah tersumbat atau bocor dengan pantas dan berkesan.
Masalah paip tersumbat boleh mengakibatkan sakit kepala dan mengganggu keselesaan kehidupan harian anda. Sama ada paip sinki bocor, tandas tersumbat, ataupun trap lantai tersumbat dan sebagainya boleh mengakibatkan air bertakung dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Dengan pengalaman bertahun-tahun, tukang plumber kami komited memberikan servis yang pantas, berkualiti dan berpatutan kepada semua pelanggan kami.
Servis Tukang Paip Kami di Lembah Klang Termasuk:
- Baiki Paip Bocor Atau Pecah
Adakah anda mempunyai paip air rumah yang bocor, sambungan longgar atau gasket rosak? Jangan risau, kami menyediakan perkhidmatan membaik pulih paip yang rosak, bocor dan juga sambungan yang longgar dengan menggunakan peralatan yang canggih dan juga berkualiti.
- Paip Tersumbat
Tukang paip kami dapat menyelesaikan kebanyakan masalah paip tersumbat di sinki, tandas mahupun trap lantai.
- Paiping Bilik Air
Kami juga menyediakan perkhidmatan ubah suai atau pasang paip baru untuk bilik air termasuk, kerja membuat paip baru untuk pemasangan water heater baru.
- Paiping Sinki Dan Dapur
Gantian atau penyambungan paip air bersih dan saluran sisa air di dapur dengan pemasangan yang kemas apabila anda mengupah tukang plumber kami.
- Pasang Peralatan Tandas Dan Dapur
Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan sinki, shower, paip mixer, water heater, penapis air dan lain-lain untuk kemudahan pelanggan.
- Servis Tukang Paip Kecemasan
Kami sedia membantu untuk kes paip pecah atau bocor besar pada bila-bila masa, termasuklah waktu malam dan hujung minggu.
Tanda-tanda Paip Rumah Anda Tersumbat
- Air Mengalir Perlahan di Sinki atau Tandas
Apabila aliran air mengalir dengan perlahan di sinki atau tandas, itu menandakan terdapatnya sumbatan pada saluran paip. Punca sumbatan biasanya daripada sisa makanan, sabun ataupun minyak. Dapatkan servis baiki tandas tersumbat kami segera.
- Air Bertakung di Lantai Bilik Air atau Sinki
Air yang tidak mengalir dengan baik boleh menyebabkan kawasan bilik air berbau dan licin. Ini petanda awal saluran paip sudah mula tersumbat.
- Bau Kurang Menyenangkan dari Paip atau Lubang Saliran
Bau busuk yang keluar dari saluran paip menunjukkan bahawa sisa kotoran terkumpul dan terperangkap dalam paip.
- Bunyi Gelembung dari Paip Atau Lubang Saliran
Jika terdapat bunyi seperti gelembung udara yang keluar menandakan udara terperangkap akibat sumbatan di dalam paip.
- Air Tandas Naik Semula Bila Ditarik Flush
Apabila air tandas mula naik semula bila ditarik flush, ia menandakan tanda sumbatan yang serius pada paip utama. Jika tidak dibaiki dengan segera, ia boleh mengakibatkan limpahan air yang kotor.
Punca Paip Bocor atau Tersumbat di Rumah Anda
- Pemasangan Paip Tidak Betul
Pemasangan paip yang tidak betul boleh mengakibatkan puncanya paip bocor ataupun tersumbat. Dapatkan khidmat tukang paip berpengalaman kami untuk mengelakkan masalah sambungan paip longgar atau tekanan air tidak seimbang.
- Tekanan Air Terlalu Tinggi
Tekanan air terlalu tinggi boleh menyebabkan paip retak dan bocor dari dalam.
- Sumbatan Akibat Kotoran dan Sisa
Jika terlalu banyak sumbatan pada tangki air seperti sisa makanan dan juga kotoran, ia boleh mengakibatkan kebocoran paip. Janganlah membuang sisa makanan, minyak, mahupun rambut ke dalam sinki mahupun lubang air.
- Akar Pokok Menyerap Air dari Paip Bawah Tanah
Akar pokok juga boleh menyerap air dari paip bawah tanah dan mengakibatkan kebocoran pada paip. Kalau boleh, elakkan tanam pokok besar berhampiran laluan paip bawah tanah.
- Paip Lama Dan Berkarat
Paip air yang lama dan juga berkarat boleh mengakibatkan hakisan pada saluran paip dan menyebakan kebocoran pada paip. Tukar paip air rumah anda kepada paip jenis PVC atau PPR yang lebih tahan lama dan tidak mudah bocor.
Kebaikan Mengupah Tukang Paip Kami
- Tukang Paip Berpengalaman
Anda boleh tenang kerana setiap kerja membaiki dan memasang paip adalah dilakukan oleh tukang paip kami yang berpengalaman.
- Harga baiki atau pasang paip berpatutan dan telus
Kami mengenakan harga baiki atau pasang paip yang berpatutan dan telus tanpa sebarang caj tersembunyi. Kami akan memberikan sebut harga yang jelas kepada pelanggan sebelum kerja dijalankan.
- Servis Cepat Dan Tepat Masa
Kami akan pastikan setiap servis membaiki dan memasang paip yang dilakukan oleh pasukan kami dijalankan dengan cepat dan menepati masa yang telah dijanjikan.
- Kerja Bersih Dan Kemas
Untuk setiap kerja pemasangan dan pembaikian paip rumah yang dilakukan oleh pihak kami, tukang paip kami akan memastikan kawasan kerja adalah bersih dan juga kemas.
- Peralatan Dan Bahan Paip Berkualiti
Tukang paip kami hanya menggunakan peralatan dan bahan paip yang berkualiti dan tahan lama.
Jangan biarkan paip tersumbat atau bocor mengganggu keselesaan rumah anda. Jika dibiarkan masalah paip air berterusan, ia boleh mengakibatkan kepada masalah yang lebih besar.
Segeralah dapatkan khidmat tukang paip kami yang profesional di Subang Jaya, Cheras dan Shah Alam hari ini.
Sila telefon,WhatsApp, atau emel kami dengan segera untuk mendapatkan perkhidmatan plumber dengan kerja yang kemas, pembaikian yang berkesan dan dijamin memuaskan hati.
Soalan Lazim
Berapakah harga upah tukang paip di Lembah Klang atau Selangor?
Harga upah tukang paip di Lembah Klang atau Selangor bergantung kepada jenis kerja pembaikian paip, lokasi pelanggan, tahap kerosakan dan juga bahan yang digunakan.
Adakah servis tukang paip syarikat anda terdapat pada waktu malam atau hujung minggu?
Ya, servis tukang paip kami terdapat pada waktu malam atau hujung minggu selalunya khas untuk kes paip air jenis kecemasan, walau bagaimanapun ia juga bergantung kepada ketersediaan staff kami dan juga lokasi dan tempahan kerja pada masa tersebut.
Adakah saya perlu menyediakan bahan paip sendiri?
Tidak semestinya. Kedua-dua pilihan pun boleh.Kami boleh sediakan bahan paip yang diperlukan. Bahan-bahan yang kami gunakan adalah berkualiti.
Biasanya berapa lama masa yang diambil untuk membaiki paip air tersumbat?
Biasanya masa yang diambil untuk membaiki paip air tersumbat adalah lebih kurang 1 jam, ianya bergantung kepada tahap sumbatan paip dan jenis saluran. Kami akan memeriksa keadaannya terlebih dahulu sebelum memulakan kerja supaya anda tahu anggaran masa dan juga kos yang terlibat.
Perkhidmatan Membaiki Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Tandas di rumah saya telah tersumbat selama beberapa hari dan keadaan itu telah menyusahkan keluarga saya. Terima kasih kerana menghantar tukang paip untuk membaiki tandas saya yang tersumbat itu.
Puan Ramlah
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia