Khidmat Baiki Tiles Pecah di Kuala Lumpur & Selangor

Pasukan tiling kami menawarkan perkhidmatan baiki tiles pecah di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Ampang dan Selangor.

Membaiki tiles yang pecah adalah solusi yang terbaik apabila lantai atau dinding rumah mula rosak, retak atau pun pecah tanpa perlu menukar keseluruhan permukaan tiles. 

Masalah tiles pecah sering berlaku akibat hentakan kuat, pergerakan struktur rumah, kerja pemasangan lama yang kurang kemas dan juga boleh disebabkan oleh pendedahan air berterusan terutamanya di dapur dan bilik air. 

Jika dibiarkan berterusan, kerosakan kecil ini boleh menjadi serius, menaikkan kos pembaikian pada masa hadapan malah boleh membahayakan keselamatan. 

Perkhidmatan Baiki Tiles Yang Kami Tawarkan 

  • Baiki Tiles Pecah 

Kami menawarkan perkhidmatan membaiki tiles yang pecah atau retak tanpa perlu menukar keseluruhan permukaan tiling dinding atau lantai. Kerja pembaikian boleh dilakukan di kawasan setempat sahaja. Dengan ini, ia dapat menjimatkan upah tiling dan juga masa anda.

  • Ganti Tiles Rosak 

Tukang tiling kami akan melakukan penggantian tiles yang tidak boleh dibaiki, mengikut padanan warna dan corak yang hampir sama.

  • Repair Tiles Lantai Dan Dinding 

Pasukan tiling kami juga membaiki tiles lantai dan juga dinding untuk ruang tamu, dapur, bilik air, balkoni dan porch rumah.

  • Baiki Grout Dan Kemasan Tiles 

Kami akan membaiki grout yang bocor atau merekah untuk memberi kemasan semula untuk nampak seperti baru.

Masalah Tiles Yang Kami Baiki Termasuk 

  • Tiles pecah atau retak

Tiles pecah atau retak selalunya disebabkan oleh hentakan kuat, pemasangan tiles lama yang tidak kemas atau disebabkan pergerakan struktur rumah. Kami mampu membaiki tiles yang pecah atau retak sama ada beberapa tiles sahaja di satu tempat, kami boleh membantu menjadikan tiles anda kelihatan seperti baru.

  • Tiles terangkat, tidak rata atau berbunyi kosong

Tiles terangkat atau tidak rata mahupun berbunyi kosong selalunya berpunca daripada simen atau pelekat di bawah tiles yang tidak rata atau mencukupi. Keadaan ini boleh terjadi kejadian tiles pecah atau retak. Kami dapat membaiki kawasan terjejas tersebut dengan teknik yang betul supaya tiles kembali kukuh dan stabil. 

  • Tiles lantai bilik air rosak

Tiles lantai bilik air cenderung untuk cepat rosak kerana pendedahan air yang berterusan atau masalah kebocoran. Jika ada tiles yang longgar atau retak, air boleh meresap ke bawah dan menjejaskan struktur rumah. 

  • Tiles dapur pecah atau tanggal

Selain bilik air, dapur juga sering terdedah kepada penggunaan air yang berterusan. Selain itu, penggunaan tiles di dapur juga sering terdedah kepada haba, beban yang berat dan juga hentakan peralatan yang terlalu kerap pada tabletop. 

  • Tiles dinding retak

Tiles dinding yang retak boleh menjejaskan struktur rumah kerana apabila tiles dinding mula retak, air dapat diserap di dalam tiles. 

  • Grout tiles rosak atau retak

Grout yang rosak atau sudah haus dan terkeluar akan menjejaskan permukaan tiles di rumah dan perlu dibaiki.

Kelebihan Membaiki Tiles Awal: 

  • Elak kecederaan akibat tiles pecah

Tiles yang retak atau pecah boleh menyebabkan luka dan juga kemalangan pada diri dan keluarga terutamanya pada kanak-kanak dan juga warga emas. Dengan membaiki tiles lebih awal, ianya boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

  • Kurangkan kos pembaikan besar

Kerosakan kecil yang dibaiki dengan lebih awal dapat mengurangkan risiko masalah tersebut menjadi lebih besar dan untuk mengelakkan kos pembaikian yang lebih tinggi.

  • Tingkatkan nilai dan rupa rumah

Tiles yang lebih kemas dan terjaga dapat meningkatkan nilai dan juga memberi penampilan lebih cantik serta meningkatkan nilai hartanah rumah itu. 

  • Elak kebocoran air

Kerja baiki tiling awal membantu mencegah air meresap ke bawah lantai dan juga dinding terutamanya di bilik air. 

Kenapa Pilih Servis Tukang Tiling Kami 

  • Tukang tiling rumah dan kedai berpengalaman

Tukang tiling rumah kami berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis projek yang kecil mahupun besar termasuk pemasangan jubin lantai yang baru atau membaiki tiling dinding yang rosak.

  • Kerja kemas dan teliti

Pakar tiling kami akan memastikan kerja tiling dibuat secara kemas dan teliti. Setiap kerja akan dilakukan dengan fokus pada kualiti dan juga ketahanan jangka panjang. 

  • Harga baiki tiles berpatutan

Kami akan memberikan anggaran harga yang berpatutan terlebih dahulu tanpa sebarang caj tersembunyi.

  • Servis pantas

Perkhidmatan tiling kami dilakukan dengan pantas dan akan disiapkan mengikut jadual yang diberikan.

  • Konsultasi dan pemeriksaan awal

Servis membaiki tiling kami akan bermula dengan konsultasi terlebih dahulu dan juga pemeriksaan awal. Setelah itu, kami akan memberikan cadangan solusi yang terbaik buat anda dan disusuli dengan anggaran harga. 

Anggaran Harga Baiki Tiles Rumah Bergantung Kepada 

  • Jenis tiles

Harga pembaikan tiles rumah berbeza mengikut jenis tiles seperti seramik, porcelain atau mozek. Saiz dan juga corak memainkan peranan penting dalam harga membaiki tiles. 

  • Tahap kerosakan

Harga pembaikian jubin juga bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami. Jika kerosakan besar yang merangkumi kawasan yang luas, harganya akan lebih tinggi. 

  • Lokasi kerja

Kos tiling boleh berubah mengikut jarak lokasi kerja, akses lokasi dan juga keadaan tapak kerja. 

Tiles yang rosak boleh menjadi punca bahaya dan juga kerosakan yang lebih besar. Jangan biarkan tiles yang pecah menjadi lebih parah. 

Sila dapatkan khidmat tukang repair tiles rumah kami segera dengan menghubungi kami melalui telefon atau Whatsapp bagi mendapatkan konsultasi secara percuma.

Dengan servis membaiki tiles yang pecah kami yang profesional, rumah anda boleh kembali kemas, kelihatan baru semula dan paling penting, selamat untuk didiami. 

Soalan Lazim

Bolehkah tiles pecah dibaiki tanpa tukar semua tiles?

Boleh, tiles yang pecah boleh dibaiki tanpa menukar semua tiles dengan membuat pembaikian tiling setempat. Namun, ia bergantung kepada tahap kerosakan, jenis tiles dan juga keadaan tapak kerosakan tiles tersebut. Pasukan kami akan menilai tahap kerosakan terlebih dahulu sebelum mencadangkan solusi yang terbaik buat pelanggan.

Adakah warna tiles yang baru boleh dipadankan dengan tiles yang sedia ada?

Ya, pasukan tiling kami akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan padanan yang paling serupa pada tiles yang yang diganti supaya nampak seragam dan kemas.

Adakah kerja membaiki tiles sesuai untuk bilik air?

Ya, kami berpengalaman juga dalam membaiki tiles di dalam bilik air termasuk khidmat waterproofing dan grouting untuk kemasan yang rapi dan mengelakkan kebocoran dan masalah kelembapan.

Adakah pelanggan perlu mengosongkan rumah semasa kerja membaiki tiles dijalankan?

Tidak perlu, kebiasaannya pelanggan hanya perlu kosongkan kawasan kerja yang terlibat sahaja bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan selamat dan lancar.

Testimoni

Tandas di rumah saya telah tersumbat selama beberapa hari dan keadaan itu telah menyusahkan keluarga saya. Terima kasih kerana menghantar tukang paip untuk membaiki tandas saya yang tersumbat itu.

Puan Ramlah

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia