Pasang Bidet Tandas Kemas & Selamat di Kuala Lumpur & Selangor
Tukang pasang bidet kami di Kuala Lumpur dan Selangor membuat pemasangan bidet yang kemas dan selamat tanpa risiko merosakkan paip sedia ada, untuk jenis hand spray, seramik atau elektrik.
Berapa harga pasang bidet?
Harga pemasangan bidet tandas adalah bergantung kepada jenis bidet, keadaan paip sedia ada dan lokasi rumah anda. Kami akan periksa dulu sebelum berikan sebutharga percuma.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Pasang Bidet Tandas Kami di Lembah Klang?
Pemasangan Bidet Yang Kemas & Selamat
Kami menjaminkan pemasangan bidet yang kemas dan selamat buat semua pelanggan kami.
Bidet Berkualiti
Kami hanya guna bidet berkualiti. Bidet boleh disediakan sendiri oleh anda, atau kami boleh bantu memilih dan membeli yang sesuai.
Tidak Rosakkan Paip Sedia Ada
Tukang paip kami memastikan tiada sebarang kerosakan kepada paip air sedia ada selepas pemasangan dilakukan.
Servis Pantas
Pemasangan bidet boleh dilakukan pada hari yang sama, tertakluk kepada kekosongan slot pada hari tersebut.
Kami menyediakan perkhidmatan ganti dan pasang bidet tandas baru di Kuala Lumpur, Kepong dan Selangor.
Hampir kebanyakan kediaman dan premis komersial moden di Lembah Klang mempunyai bidet air di tandas rumah, pejabat dan bangunan komersial.
Penggunaan bidet dapat membantu membersihkan diri dengan lebih efektif berbanding menggunakan tisu sahaja dan juga dapat mengurangkan iritasi pada kulit bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif atau masalah buasir.
Bidet bilik air terutamanya yang jenis spray sesuai untuk semua golongan umur, tak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.
Pemasangan bidet di bilik air rumah adalah pilihan yang sesuai buat anda sekeluarga.
Jenis-Jenis Bidet Yang Kami Pasang
- Bidet Jenis Hand Spray Atau Paip
Bidet yang paling biasa dipasang di Malaysia ialah bidet jenis hand spray iaitu dengan menggunakan semburan tangan. Ianya mudah digunakan dan menjimatkan kos. Selain itu, bidet jenis ini juga sesuai untuk kebanyakan jenis tandas. Bidet jenis hand spray selalunya diperbuat daripada bahan chrome, PVC atau keluli tahan karat.
- Bidet Tandas Terbina Atau Bidet Jenis Seramik
Bidet seramik jenis berdiri atau jenis wall hung ini mempunyai rekaan yang moden dan kemas. Ianya sesuai dipasang untuk rumah baru atau direnovasi. Bidet jenis ini lebih selesa untuk digunakan.
- Bidet Elektrik Atau Bidet Tempat Duduk
Terdapat juga bidet jenis elektrik yang dipasang pada tandas jenis duduk. Bidet jenis elektrik mempunyai fungsi tambahan seperti air suam dan juga pengering. Bidet jenis ini memerlukan soket elektrik dan sesuai untuk pengguna yang mahukan keselesaan yang maksima.
Kebaikan Memasang Bidet
- Lebih Bersih
Dengan menggunakan bidet, kotoran yang ada pada bahagian bawah badan dapat dibersihkan dengan baik selepas penggunaan tandas. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan bakteria dan juga dapat membersihkan kotoran dengan lebih efektif berbanding menggunakan tisu.
- Jimat Kos Jangka Panjang
Dengan memasang bidet, anda dapat menjimatkan kos jangka panjang dengan mengurangkan kos penggunaan tisu. Anda tidak perlu lagi membeli tisu tandas dengan banyak.
- Mesra Alam
Menggunakan bidet air juga lebih mersa alam berbanding menggunakan tisu.
- Mudah Dijaga & Digunakan
Bidet tandas mudah untuk dijaga dan mudah untuk digunakan. Ianya tidak memerlukan penjagaan yang rumit.
- Meningkatkan Nilai Dan Keselesaan Tandas
Dengan adanya bidet, ia bukan sahaja dapat meningkatkan nilai tandas anda, malah ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna tandas.
- Kurang Risiko Iritasi Kulit
Berbanding menggunakan tisu yang mungkin sedikit kasar, dengan menggunakan bidet, ia dapat mengurangkan risiko iritasi pada kulit. Geseran air lebih lembut kepada kulit dan bukan sahaja memberikan kebersihan yang optimum, malah menjaga kulit dari sebarang iritasi.
- Sesuai Untuk Semua Jenis Tandas
Penggunaan bidet pada masa kini adalah amat sesuai untuk semua jenis tandas. Sama ada pada tandas jenis duduk, mahupun tandas jenis cangkung, bidet sesuai untuk semua jenis tandas.
Proses Kerja Pasang Bidet Kami
Langkah 1: Hubungi kami untuk temujanji
Anda boleh menghubungi pihak kami melalui telefon, Whatsapp atau emel untuk membuat temujanji pemasangan bidet terlebih dahulu.
Langkah 2: Pemeriksaan ringkas tandas dan pemasangan bidet
Kami tiba di lokasi anda dan akan melakukan pemeriksaan ringkas pada tandas anda bagi mengenal pasti tempat untuk pemasangan bidet yang sesuai. Seterusnya kami akan memulakan kerja pemasangan bidet di tandas anda.
Langkah 3: Ujian kebocoran dan tekanan air, pengemasan dan selesai
Pekerja kami akan melakukan ujian kebocoran air dan juga menguji tekanan air dari bidet bagi memastikan tiada sebarang kebocoran dan juga tekanan air adalah lancar. Setelah semua kerja pemasangan bidet selesai, kami akan mengemas ruangan kerja. Bidet baru anda sedia untuk digunakan.
Upah Pemasangan Bidet Bergantung Kepada
- Jenis bidet
Harga pasang bidet bergantung kepada jenis bidet. Bidet hand spray selalunya lebih murah berbanding bidet elektrik jenis duduk.
- Keadaan paip
Keadaan paip air yang sedia ada di dalam bilik air anda juga mempengaruhi harga pemasangan bidet.
- Lokasi
Lokasi anda juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga pemasangan bidet. Semakin jauh dan sukar dimasuki, semakin tinggi harga pemasangan bidet.
Usah berlengah lagi, dapatkan khidmat tukang rumah profesional kami untuk memasang bidet di tandas rumah anda. Sila hubungi kami melalui telefon atau Whatsapp kami untuk maklumat lanjut.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Soalan Lazim
Berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja pasang bidet?
Pemasangan bidet mengambil masa lebih kurang dalam 30 ke 45 minit untuk satu bidet, bergantung kepada jenis bidet dan juga keadaan paip sedia ada.
Bolehkah saya memasang bidet sendiri?
Anda boleh memasang bidet sendiri. Tetapi pemasangan profesional lebih selamat, cepat dan disyorkan kerana anda perlu mengetahui cara terbaik untuk pemasangan bidet di tandas.
Tukang pasang bidet yang berpengalaman tahu tentang ketinggian yang sesuai buat paip bidet, lokasi pemasangan yang tepat dan dapat mengelakkan kebocoran dan tekanan air yang berlebihan.
Apakah yang akan terjadi kalau tekanan air daripada bidet terlalu kuat?
Kami boleh memasang injap kawalan untuk keselamatan untuk melaras tekanan air supaya ianya lebih selamat dan selesa untuk digunakan.
Testimoni
Apa pelanggan kami kata tentang khidmat pasang bidet kami di Lembah Klang?
Terima kasih untuk servis pasang bidet spray tangan untuk apartmen saya di Kepong. Kerjanya kemas dan harga juga berpatutan.
Puan Syarifah
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia