Pasang Table Top Dapur di Kuala Lumpur & Selangor

Kami menyediakan khidmat penggantian dan pasang table top dapur jenis mozek, simen, dan granit di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor.

Table top dapur merupakan elemen penting dalam sesebuah dapur kerana ia berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan dan penampilan keseluruhan dapur. 

Pemilihan bahan serta tukang pasang table top yang berkualiti dapat memastikan dapur lebih tahan lasak, mudah diselenggara dan selesa digunakan dalam jangka masa panjang. 

Jenis Table Top Dapur Yang Kami Pasang Atau Ganti

  • Table Top Granit

Kami memasang table top granit dengan ketahanan tinggi terhadap haba dan hentakan. Corak semula jadinya memberi sentuhan eksklusif pada dapur dan sesuai untuk penggunaan harian yang lasak.

  • Table Top Quartz

Kami menawarkan pemasangan table top jenis quartz yang mempunyai kadar serapan air yang rendah dan berpenampilan moden. Permukaan Quartz mudah dibersihkan dan sesuai untuk dapur yang mementingkan kebersihan serta praktikal untuk digunakan setiap hari.

  • Table Top Marble

Selain itu, pasukan kami juga menyediakan pemasangan table top marble bagi pelanggan yang menginginkan dapur kelihatan mewah dan elegan. Setiap kepingan marble mempunyai corak unik, namun ianya memerlukan penjagaan rapi untuk mengekalkan keindahannya. 

  • Table Top Solid Surface

Bagi anda yang mengutamakan kemasan dapur yang kemas dan moden, kami menyediakan pemasangan table top solid surface dengan sambungan tanpa garis yang jelas. Material ini fleksibel dari segi reka bentuk dan boleh disesuaikan mengikut susun atur dapur.

  • Table Top Konkrit Atau Simen

Untuk konsep ubahsuai dapur yang berinspirasikan gaya industrial dan minimalis, kami menawarkan pemasangan table top simen atau konkrit yang tahan lama. Ia boleh dibuat khas mengikut reka bentuk, dan kemasan bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Proses Pasang Table Top Dapur Kami

Langkah 1: Lawatan Tapak 

Pertama sekali, pekerja kami akan ke lokasi pelanggan untuk menilai keadaan dapur dan mengambil ukuran dengan tepat. Langkah ini penting bagi memastikan ukuran table top selari dengan susun atur dapur, dan mengelakkan sebarang masalah ketidaktepatan saiz kemudian.

Langkah 2: Pemilihan Jenis Table Top

Kami akan membimbing pelanggan dalam pemilihan jenis table top yang sesuai. Faktor seperti ketahanan, kemudahan penyelenggaraan, estetika, dan bajet akan diambil kira supaya hasil akhir bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.

Langkah 3: Sebut Harga Pasang Table Top

Setelah ukuran dan jenis table top dipersetujui, kami menyediakan sebut harga yang telus dan terperinci. Pelanggan boleh membuat pertimbangan sebelum meneruskan proses, memastikan kos jelas dan tiada caj tersembunyi.

Langkah 4: Pembuatan & Potongan Table Top

Table top akan dihasilkan dan dipotong mengikut ukuran yang telah ditentukan. Proses ini dilakukan dengan teliti untuk memastikan setiap potongan tepat, sambungan kemas, dan hasil akhir memuaskan dari segi ketahanan dan penampilan.

Langkah 5: Pemasangan Tabletop

Kami akan memasang table top di lokasi anda dengan cermat dan profesional. Setiap pemasangan dibuat untuk memastikan permukaan table top kukuh, stabil, dan sedia untuk digunakan, sekaligus meningkatkan fungsi dan estetika dapur.

Kenapa Pilih Servis Tukang Table Top Kami 

  • Tabletop Berkualiti Dan Tahan Lama 

Kualiti menjadi keutamaan kami dalam setiap pemasangan table top. Kami menggunakan bahan yang tahan lama dan berpenampilan moden, di samping menawarkan table top yang dibuat khas mengikut keperluan penggunaan serta bajet anda.

  • Pemasangan Table Top Kemas dan Profesional Oleh Tukang Mahir

Dengan kemahiran dan pengalaman tukang table top kami yang bertahun-tahun, setiap pemasangan dilakukan secara teliti dan sistematik. Hasilnya, table top dapur anda dipasang dengan kemas, stabil, dan selamat untuk kegunaan jangka panjang. 

  • Harga Pasang Tabletop Dapur Berpatutan

Penetapan harga buat table top dapur kami adalah telus dan berpatutan. Setiap sebut harga dijelaskan dengan terperinci supaya pelanggan dapat membuat keputusan tanpa sebarang keraguan atau caj tersembunyi.

  • Sesuai Untuk Tabletop Rumah Dan Komersial

Sama ada untuk dapur rumah atau premis perniagaan seperti restoran dan kafe, servis table top kami direka agar fleksibel mengikut keperluan. Reka bentuk dan jenis bahan boleh disesuaikan bagi memastikan fungsi dan estetika adalah seiring.

Harga Buat Table Top Dapur Bergantung Kepada: 

  • Jenis tabletop

Harga pemasangan table top berbeza mengikut jenis bahan yang dipilih, seperti granit, quartz, marmar, solid surface atau konkrit. Setiap bahan mempunyai tahap ketahanan, kemasan dan kos yang berbeza bergantung kepada kualiti serta reka bentuknya.

  • Luas table top 

Saiz atau keluasan table top memainkan peranan penting dalam menentukan harga pemasangan tabletop baru. Semakin besar keluasan yang diperlukan, semakin tinggi kos kerana penggunaan bahan dan masa pemasangan yang lebih banyak.

  • Ketebalan dan potongan tabletop

Ketebalan table top serta jenis potongan, seperti potongan sinki, dapur memasak atau tepi khas, turut mempengaruhi harga. Rekaan yang lebih kompleks memerlukan kerja tambahan dan ketelitian yang lebih tinggi. 

  • Lokasi pelanggan

Harga pemasangan table top juga boleh berbeza mengikut lokasi pemasangan kerana faktor jarak, kos pengangkutan dan keadaan tapak kerja. Lokasi yang lebih jauh atau sukar diakses mungkin melibatkan kos tambahan. 

Pemilihan serta pemasangan table top dapur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam memastikan dapur anda tahan lama dan menarik. Dengan kepakaran tukang rumah kami, setiap kerja pemasangan dilakukan dengan teliti dan mengikut keperluan pelanggan. 

Jika anda bercadang untuk membuat, menukar atau menaik taraf table top dapur, dapatkan khidmat tukang rumah kami yang berpengalaman dan hubungi kami melalui telefon, WhatsApp atau emel hari ini untuk maklumat lanjut!

Soalan Lazim

Adakah table top tahan panas?

Kebanyakan jenis table top seperti granit dan quartz mempunyai daya ketahanan haba yang baik, tetapi tiada permukaan yang 100% tahan panas.

Meletakkan periuk atau kuali yang sangat panas terus di atas permukaan tetap boleh menyebabkan kerosakan. Oleh itu, anda disyorkan menggunakan alas periuk bagi melindungi table top.

Table top jenis mana paling sesuai untuk dapur?

Table top yang paling popular dan sesuai untuk dapur harian umumnya adalah quartz dan granit, kerana kedua-duanya tahan lasak, mudah dijaga, dan sesuai untuk penggunaan harian yang tinggi. 

Adakah servis anda termasuk buka dan buang table top lama?

Ya, servis kami termasuk membuka dan membuang table top lama jika diperlukan. Kami akan menguruskan pengalihan yang bersih dan selamat sebelum pemasangan tabletop baru dilakukan, supaya ruang dapur anda sedia untuk diubah suai dengan kemas.

Berapa lama proses pasang table top baru?

Biasanya proses pemasangan table top baru mengambil masa antara 1 hingga 3 hari, bergantung kepada faktor seperti keluasan dapur, jenis material dan kerja potongan atau sambungan yang diperlukan. Tempoh ini termasuk kerja pembukaan tabletop lama, persediaan, pemasangan tabletop baru serta kemasan akhir.

Testimoni

Terima kasih kepada tukang rumah anda yang berpengalaman untuk kerja buat table top granit untuk rumah teres saya di Cheras. Saya berpuas hati dengan hasil kerja mereka. 

Puan Azizah

Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?

→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman

→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira

→ Harga Servis Berpatutan

→ Lawatan Tapak Percuma

→ Sebut Harga Percuma

→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia