Tukang Waterproofing Bumbung, Dinding & Lantai di Kuala Lumpur & Selangor
Tukang waterproofing kami di Kuala Lumpur & Selangor berpengalaman mengendalikan kerja kalis air untuk bumbung, dinding, bilik air, lantai dan balkoni, untuk kediaman mahupun bangunan komersial.
Berapa harga servis waterproofing?
Harga kerja waterproofing bergantung kepada keluasan kawasan, tahap kerosakan, jenis permukaan dan sistem waterproofing yang diperlukan. Kami akan periksa dulu sebelum berikan sebutharga percuma.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Waterproofing Kami di Lembah Klang?
Tukang Waterproofing Berpengalaman
Pasukan kami mahir dalam pelbagai jenis kerja kalis air, mengenal pasti punca kebocoran dengan tepat untuk hasil yang tahan lama.
Kerja Siap Mengikut Masa
Setiap projek waterproofing rumah atau premis komersial dirancang dengan teliti dan disiapkan mengikut masa yang dipersetujui, tanpa sebarang kelewatan.
Bahan Kalis Air Berkualiti
Kami hanya guna bahan waterproofing yang berkualiti dan terbukti berkesan, tahan cuaca dan kelembapan untuk perlindungan menyeluruh.
Jaminan Selepas Kerja
Kami sediakan jaminan selepas kerja waterproofing disiapkan. Jika ada masalah berkaitan kerja kami, hubungi pasukan kami semula.
Harga Waterproofing Berpatutan
Sebutharga yang kami berikan bersesuaian dengan skop kerja waterproofing sebenar, tanpa caj tersembunyi.
Tukang waterproofing kami di Kuala Lumpur dan Selangor berpengalaman dalam kerja waterproofing bumbung, dinding, tandas dan lantai untuk kediaman, premis perniagaan, kedai dan bangunan komersial.
Waterproofing ialah proses melindungi struktur daripada penembusan air dengan menggunakan bahan kalis air dan teknik khas.
Jenis Servis Waterproofing Yang Kami Disediakan
-
Waterproofing Bumbung
Perkhidmatan waterproofing bumbung yang kami sediakan merangkumi servis membaiki bumbung bocor, waterproofing bumbung jenis konkrit, salutan kalis air untuk rooftop dan roof slab, serta rawatan kebocoran bumbung rumah dan kilang.
-
Waterproofing Bilik Air
Kerja waterproofing bilik air kami yang berkualiti termasuk waterproofing tandas dan kawasan mandi, membaiki kebocoran bilik air, rawatan lantai bilik air bocor, waterproof sebelum pemasangan tiles, serta mengatasi masalah air yang meresap ke bawah.
-
Waterproofing Dinding
Pakar waterproofing kami menawarkan khidmat baiki dinding bocor dan lembap, rawatan dinding berkulat, crack sealing pada dinding, waterproofing dinding luar rumah, serta salutan lapisan kalis air pada dinding luar rumah. Proses ini akan mencegah pertumbuhan kulat dan mengekalkan ketahanan struktur dinding.
-
Waterproofing Lantai
Khidmat waterproofing lantai kami termasuk untuk lantai rumah, baiki lantai konkrit bocor, rawatan lantai dapur, waterproofing lantai tandas, salutan kalis air untuk lantai bumbung, serta rawatan kebocoran antara tingkat (untuk apartmen, rumah pangsa dan kondo).
-
Waterproofing Balkoni
Sekiranya rumah anda mempunyai balkoni, dapatkan perkhidmatan waterproofing balkoni termasuk pembaikan balkoni bocor, waterproofing lantai balkoni, rawatan air bertakung, serta memperbaiki retakan pada dinding luar rumah.
-
Waterproofing Bangunan Komersial
Bangunan komersial memerlukan servis waterproofing bagi memastikan operasi harian syarikat tidak terganggu akibat masalah kebocoran air. Kami menyediakan servis waterproofing kilang dan gudang, waterproofing pejabat dan kedai, serta rawatan kebocoran bangunan komersial. Dengan pelaksanaan sistem kalis air kami, pastinya akan dapat meningkatkan ketahanan dan memastikan persekitaran kerja yang selamat.
Masalah Kebocoran & Dinding Lembap Yang Kami Baiki Termasuk
- Siling bocor
Siling bocor biasanya berlaku akibat kebocoran dari bumbung atau paip di bahagian atas bangunan. Sebelum siling anda runtuh, kami sarankan anda untuk mengupah khidmat waterproofing kami untuk membaiki siling rumah anda.
- Dinding berkulat
Apabila kelembapan berlebihan terperangkap dalam struktur dinding untuk tempoh yang lama, dinding boleh menjadi berkulat. Rawatan waterproofing diperlukan untuk menjadikan permukaan dinding kalis air dan mencegah masalah ini daripada berulang.
- Air meresap dari bumbung
Air yang meresap dari rooftop biasanya berpunca daripada lapisan kalis air yang rosak atau kerja waterproofing sebelumnya yang tidak efektif. Pemeriksaan menyeluruh diperlukan bersama aplikasi semula sistem waterproofing yang sesuai.
- Kebocoran bilik air
Jika ada bau tidak menyenangkan di bilik air anda, mungkin terdapat kebocoran atau lapisan kalis air yang tidak sempurna.
- Lantai balkoni retak
Retakan pada lantai balkoni membolehkan air hujan masuk dan menyebabkan kebocoran ke ruang bawah. Jika tidak dibaiki, retakan ini boleh menjadi lebih besar dan menjejaskan struktur balkoni. Rawatan yang boleh kami tawarkan biasanya ialah sealing retakan dan aplikasi salutan kalis air.
- Bumbung bocor ketika hujan
Ini adalah kegagalan sistem waterproofing yang sedia ada. Tolong jangan biarkan kerana air hujan boleh merosakkan siling, dinding, dan perabot anda. Sebelum kos pembaikian meningkat, dapatkan servis baiki bumbung bocor kami.
- Cat menggelembung
Hal ini berlaku apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat dinding. Lama-kelamaan, cat akan mengelupas. Kami menyediakan khidmat tukang cat rumah (termasuk penyediaan permukaan dengan lapis waterproofing terdahulu).
- Kesan tompokan air
Masalah kebocoran berterusan akan mengakibatkan tompokan air. Tompokan ini akan semakin jelas dan boleh menjadi tanda awal kerosakan struktur. Rawatan waterproofing diperlukan untuk menghentikan punca air yang bocor dan memulihkan permukaan yang terjejas.
Proses Kerja Waterproofing Kami
Langkah 1: Pemeriksaan Tapak
Kami akan ke lokasi anda untuk menilai keadaan kawasan yang mengalami masalah kebocoran atau kelembapan. Pemeriksaan ini penting untuk mengenal pasti tahap kerosakan yang berlaku.
Langkah 2: Kenal Pasti Punca Kebocoran
Selepas pemeriksaan dijalankan, kami akan mengenal pasti punca sebenar kebocoran. Setiap masalah dianalisis dengan teliti bagi memastikan punca utama dapat dikesan. Ini termasuk menilai rekahan, saliran, atau kegagalan lapisan kalis air sedia ada.
Langkah 3: Cadangan Penyelesaian
Seterusnya, kami akan mencadangkan kerja waterproofing yang sesuai mengikut jenis kerosakan dan keadaan struktur bangunan. Kami akan menerangkan kaedah dan sistem waterproofing yang akan digunakan kepada pelanggan.
Langkah 4: Sebut Harga
Kami akan memberi sebut harga servis waterproofing kepada pelanggan berdasarkan skop kerja, tenaga kerja dan bahan yang diperlukan.
Langkah 5: Kerja Waterproofing Dilakukan
Setelah mendapat persetujuan, kerja waterproofing akan dijalankan oleh pasukan kami.
Langkah 6: Ujian & Pemeriksaan Akhir
Selepas kerja selesai, ujian dan pemeriksaan akhir akan dilakukan bagi memastikan keberkesanan sistem kalis air yang dipasang. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air atau masalah lain.
Kerja waterproofing adalah penting untuk melindungi rumah dan bangunan daripada kerosakan akibat resapan air.
Sila hubungi kami segera untuk mendapatkan servis waterproofing di Lembah Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam.
Soalan Lazim
Berapa harga servis waterproofing di Lembah Klang?
Harga servis waterproofing di Lembah Klang bergantung pada beberapa faktor seperti keluasan kawasan di mana kerja waterproofing diperlukan, lokasi pelanggan, tahap kerosakan, jenis permukaan, serta jenis sistem waterproofing yang diperlukan.
Adakah kerja waterproofing sesuai untuk rumah lama?
Ya, kerja waterproofing adalah sesuai untuk rumah lama, terutamanya jika bangunan tersebut mengalami masalah kebocoran, dinding lembap, atau rekahan pada struktur. Proses waterproofing dapat membantu memulihkan perlindungan struktur dan mencegah kerosakan air yang lebih serius.
Bolehkah tukang waterproofing anda boleh menjalankan kerja waterproofing bumbung pada musim hujan?
Kerja waterproofing bumbung biasanya lebih sesuai dilakukan ketika cuaca kering. Namun, jika berlaku kebocoran yang memerlukan tindakan segera, pemeriksaan dan kerja pembaikian masih boleh dijalankan. Pasukan kami akan menilai keadaan cuaca dan tahap kerosakan sebelum memulakan kerja.
Biasanya berapa lama kerja waterproofing dianggarkan siap?
Tempoh menyiapkan kerja waterproofing bergantung pada keluasan kawasan dan tahap kerumitan masalah. Bagi kerja waterproofing berskala kecil, ia mungkin mengambil masa sekitar satu hingga dua hari, manakala projek yang lebih besar boleh mengambil masa beberapa hari.
Testimoni
Apa pelanggan kami kata tentang servis tukang waterproofing kami di Lembah Klang?
Terima kasih kepada tukang waterproofing anda yang membantu keluarga kami untuk kerja waterproofing bumbung dan membaiki bumbung rumah kami yang bocor.
Encik Nizam
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia