Pasang Siling Gantung Pejabat & Premis Perniagaan di Kuala Lumpur & Selangor
Kontraktor pasang siling gantung kami di Kuala Lumpur dan Selangor sediakan pelbagai jenis siling termasuk drop ceiling, flat ceiling dan L-Box, untuk pejabat dan premis perniagaan anda.
Berapa harga pasang siling gantung?
Harga pemasangan siling gantung adalah bergantung kepada jenis siling, keluasan kawasan, kerumitan reka bentuk dan bahan yang digunakan. Kami akan membuat lawatan tapak dahulu sebelum berikan sebutharga percuma.
7+
TAHUN PENGALAMAN DARI 2018
4.7★
RATING GOOGLE
Hari Sama*
RESPON PANTAS
SSM
SYARIKAT BERDAFTAR
* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan
Kenapa Pilih Servis Pasang Siling Gantung Kami di Lembah Klang?
Pelbagai Jenis Siling Gantung
Kami sediakan siling gantung jenis drop ceiling, flat ceiling, L-Box dan panel akses, disesuaikan dengan reka bentuk dan fungsi ruang anda.
Turut Pasang Lampu LED & Downlight
Semasa pemasangan siling gantung, kami turut boleh pasang lampu LED, downlight dan sistem pencahayaan lain sekali gus.
Sesuai Untuk Pejabat & Premis Perniagaan
Kami berpengalaman memasang siling gantung untuk pejabat dan premis perniagaan, termasuk menyembunyikan wayar, paip dan ducting penghawa dingin dengan kemas.
Syarikat kami menawarkan khidmat pemasangan siling gantung yang berkualiti dengan pelbagai pilihan reka bentuk dan bahan yang tersedia untuk premis perniagaan dan pejabat di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan kawasan lain di Selangor.
Apa Itu Siling Gantung?
Siling gantung ialah sistem siling tambahan yang dipasang di bawah siling asal menggunakan rangka dan struktur penggantungan khas. Ia boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti aluminium, PVC, panel akustik atau yang lain bergantung keperluan. Siling gantung merupakan elemen penting dalam reka bentuk dalaman moden yang berfungsi untuk meningkatkan nilai estetik dan memberikan kemasan teliti kepada sesebuah ruang.
Jenis Siling Gantung Yang Kami Pasang Termasuk
- Siling Gantung Dengan Panel Akses
Kebaikan siling gantung dengan panel akses ialah ianya dapat dibuka dan ditutup dengan mudah tanpa perlu merosakkan keseluruhan struktur siling anda.
- Drop Ceiling
Siling gantung jenis drop sering digunakan kerana pemasangannya yang praktikal dan kemas. Sistem siling berpetak ini menggunakan rangka grid yang menyokong panel-panel siling yang boleh ditanggalkan apabila diperlukan.
- Flat Ceiling
Jika anda ingin siling jenis leper dengan reka bentuk ringkas dan moden, flat ceiling sangat sesuai. Kami akan membina rangka sokongan yang kukuh supaya pengecatan mengikut warna yang anda pilih boleh berhasil dengan sempurna.
- Siling Jenis L-Box
Siling L-Box mempunyai struktur berbentuk “L” di bahagian tepi siling. Rekaan ini sesuai untuk pelanggan yang menginginkan pencahayaan moden dan mewah kerana lampu LED tersembunyi boleh dipasang sekali untuk anda.
Kelebihan Memasang Siling Gantung
- Menyembunyikan kabel, paip dan ducting
Siling gantung membantu menyembunyikan pelbagai komponen utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan sistem penghawa dingin. Dengan ini, keselamatan dapat ditingkatkan dengan mengurangkan risiko kerosakan pada sistem utiliti yang terdedah.
- Memudahkan pemasangan lampu
Dengan kewujudan siling gantung, tersedia ruang yang sesuai untuk pemasangan pelbagai sistem pencahayaan seperti downlight, lampu LED tersembunyi, dan lampu hiasan. Ini membolehkan susun atur pencahayaan dirancang dengan lebih fleksibel.
- Menambah nilai estetik pejabat
Pemasangan siling gantung mampu memberikan penampilan yang lebih moden dan elegan kepada pejabat dan premis perniagaan. Pelbagai reka bentuk, warna, dan kemasan boleh dipilih untuk disesuaikan dengan konsep dalaman yang diinginkan.
- Mengurangkan haba dan penyerapan bunyi
Sesetengah jenis siling gantung mempunyai ciri penebatan yang membantu mengurangkan pemindahan haba. Ini mengurangkan kebergantungan terhadap sistem penghawa dingin. Selain itu, bahan tertentu juga mampu menyerap bunyi, sekali gus membantu mengurangkan gema.
- Memudahkan akses penyelenggaraan premis
Sistem siling gantung tertentu direka untuk membolehkan panel dibuka dengan mudah. Ini memudahkan akses kepada pendawaian elektrik, paip, sistem penghawa dingin, dan utiliti lain tanpa perlu merosakkan struktur siling.
Perbezaan Siling Gantung Dan Plaster Siling
- Bahan
Siling gantung biasanya diperbuat daripada panel seperti fiber mineral, PVC, atau bahan akustik yang dipasang pada rangka logam manakala plaster siling lazimnya menggunakan papan gipsum yang dipasang secara kekal pada rangka siling.
- Kos
Dari segi harga, siling gantung sering menjadi pilihan yang lebih berbaloi untuk pemasangan pada kawasan ceiling yang luas. Plaster siling pula mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi kerana melibatkan kerja pengecatan.
- Estika
Plaster siling terkenal dengan penampilannya yang sesuai untuk reka bentuk dalaman moden. Siling jenis gantung pula lebih menitikberatkan fungsi, namun masih tersedia dalam pelbagai reka bentuk menarik untuk ruang komersial.
- Aplikasi
Siling gantung sesuai untuk bangunan yang memerlukan akses mudah kepada pendawaian elektrik yang tersembunyi di atas siling. Pemasangan plaster siling pula lebih sesuai untuk ruang yang mengutamakan penampilan yang lebih eksklusif seperti rumah.
- Kemudahan Penyelenggaraan
Dari aspek penyelenggaraan, siling gantung menawarkan kelebihan kerana panel yang rosak boleh ditanggalkan dan diganti secara individu. Namun, plaster siling pula mungkin memerlukan kerja tampalan, dan pengecatan semula sekiranya berlaku kerosakan atau keretakan pada permukaannya.
Jika anda sedang mencari kontraktor siling gantung yang berpengalaman untuk memasang siling gantung yang berkualiti di premis anda, sila hubungi kami hari ini untuk sebut harga percuma.
Khidmat Tukang Pemasangan Rumah Kami Termasuk:
Soalan Lazim
Bolehkah pasukan anda memasang lampu LED dan downlight sekali?
Ya, pasukan kami boleh membantu memasang lampu LED, downlight, dan pelbagai jenis sistem pencahayaan lain semasa proses pemasangan siling gantung asalkan ia bersesuaian dengan jenis ruang.
Berapakah lama masa pemasangan siling gantung?
Tempoh pemasangan siling gantung biasanya mengambil masa antara satu hingga tiga hari. Walau bagaimanapun, tempoh sebenar bergantung kepada keluasan kawasan, jenis siling yang dipilih, kerumitan reka bentuk, serta keadaan tapak pemasangan.
Testimoni
Apa pelanggan kami kata tentang khidmat pasang siling gantung kami di Lembah Klang?
Terima kasih untuk servis pasang siling gantung baru di pejabat kami di Taman Maluri, Cheras. Pemasangan siling oleh kontraktor anda kukuh dan cantik.
Encik Jamal
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia