Baiki Bumbung Bocor di Kuala Lumpur & Selangor
Kami adalah pakar untuk kerja baiki bumbung bocor yang profesional di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menyediakan sebut harga secara percuma untuk kerja pembaikian bumbung dan menjadikan atap anda kalis air.
Walaupun saiz tempat bumbung yang bocor adalah kecil, keadaan ini jika tidak dibaiki seawal mungkin akan menjadi masalah besar kemudian. Kebocoran bumbung boleh merosakkan siling, dinding, lantai, permaidani, dan wayar elektrik. Masalah ini juga boleh menjejaskan kehidupan atau perniagaan anda dengan lebih serius. Langkah yang bijak adalah untuk membaiki bumbung apabila kosnya tidak melebihi pemasangan bumbung baru.
Keputusan yang baik adalah kunci untuk meminimumkan kos jangka masa dekat dan jangka masa panjang yang berkaitan dengan kerja bumbung rumah. Ini adalah benar untuk projek yang besar dan rumit seperti kerja membaiki bumbung. Dalam kes ini, beberapa keputusan penting yang harus dibuat sebelum anda mengupah seorang kontraktor.
Tanda-tanda Bumbung Anda Mungkin Mengalami Kebocoran
- Titisan air
Air yang masuk melalui rekahan kecil atau celahan atap semasa hujan boleh berkumpul dan menitis ke dalam ruang dalaman rumah dan menyebabkan kerosakkan pada siling atau perabot.
- Kepulan wap / kehadiran kulat
Apabila air meresap masuk dan tidak mengering sepenuhnya, kepulan wap yang terperangkap mewujudkan suasana yang sesuai untuk pertumbuhan kulat yang merosakkan dinding dan siling. Hal ini menyebabkan wujud bau yang tidak menyenangkan dan memberi kesan buruk kepada mereka yang mempunyai alahan atau masalah pernafasan seperti asma.
- Cat menggelembung / mengelupas
Untuk cat, air yang meresap dari kebocoran bumbung boleh menekan lapisan cat dari dalam menyebabkan ia tertanggal dan membentuk gelembung. Jika dibiarkan, ia akan lebih teruk dan memerlukan kerja baik pulih yang lebih rumit. Oleh itu, jika anda mengalami petanda berkaitan di bumbung rumah, hubungi kami untuk membantu anda.
- Keratan atau koyakan gentian atap
Jika anda melihat keratan atau koyakan pada gentian atap, ia mungkin menjadi punca utama kebocoran. Sekalipun kerosakannya kelihatan kecil, ia boleh menyebabkan air hujan menembusi lapisan pelindung bumbung dan meresap ke dalam struktur rumah dan menyebabkan berlaku kesan buruk jika dibiarkan berlarutan.
Sebab Kenapa Bumbung Atau Atap Rumah Bocor
- Kebocoran akibat hujan lebat dan pendedahan cuaca.
Cuaca ekstrem seperti hujan lebat, ribut petir, dan angin kencang boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada struktur bumbung. Dalam jangka masa panjang, pendedahan berterusan seperti ini boleh melemahkan bahan pelindung bumbung. Air pun kemudian meresap masuk melalui rekahan kecil atau celahan yang terdedah.
- Kemerosotan bahan atap
Selepas bertahun-tahun terdedah kepada cuaca, genting boleh retak, longgar atau berubah bentuk. Sealant pula boleh menjadi keras, kering dan mengelupas lalu tidak mampu menahan air dan menyebabkan kebocoran.
- Struktur rangka rosak atau renggang
Struktur rangka kayu atau besi bumbung boleh menjadi lemah disebabkan reput, serangan anai-anai atau pergerakan tanah. Apabila ianya tidak lagi kukuh, ia boleh menyebabkan bahan penutup bumbung menjadi renggang, lalu memberi ruang kepada air untuk meresap masuk semasa hujan. Hubungi kami segera jika anda memerlukan bantuan untuk bumbung anda.
- Kerja baiki atap secara DIY tidak tepat atau kurang elok
Kerja pembaikian DIY tanpa kemahiran boleh menyebabkan kebocoran bertambah teruk. Contohnya, menggunakan bahan tidak sesuai, memasang genting secara tidak sekata, atau tidak menutup lapisan kalis air dengan baik.
- Pemasangan sistem saliran bumbung yang lemah
Sistem saliran air termasuk longkang atap dan saluran air hujan memainkan peranan penting dalam mengalirkan air keluar dari bumbung. Jika ianya tersumbat dan tidak dibersihkan, bumbung anda boleh menjadi bocor jika dibiarkan.
Tips Penjagaan Bumbung Rumah Dan Pencegahan Bumbung Bocor
- Sentiasa bersihkan sistem saliran air rumah
Pembersihan saliran atau longkang rumah boleh dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga ke empat bulan untuk membantu memastikan sistem aliran air berfungsi dengan lancar dan mengelakkan kebocoran. Ia juga mengelakkan takungan air tersumbat akibat daun kering, pasir atau sampah lain.
- Periksa lapisan kalis air bumbung
Pastikan anda memeriksa lapisan waterproofing bumbung setiap 5 ke 7 tahun. Ini kerana lapisan kalis air tersebut boleh haus atau rosak akibat pendedahan kepada cuaca panas dan hujan. Jadi, lapisan ini boleh membantu mengekalkan ketahanan bumbung dan mengelakkan kebocoran daripada berlaku secara senyap tanpa disedari.
- Periksa kerosakan selepas hujan
Selepas ribut atau hujan, periksa keadaan bumbung anda. Lakukan kerja baik pulih bumbung dengan segera sebelum kerosakan menjadi lebih serius dan kos pembaikan menjadi lebih mahal.
DIY Atau Upah Tukang Bumbung Untuk Masalah Bumbung Rumah?
- DIY: Kkerja pembaikian bumbung secara DIY sesuai untuk kerosakan kecil dan mudah seperti membersihkan longkang bumbung atau menyapu semula sealant pada celahan kecil. Kaedah ini lebih jimat jika anda sudah memiliki peralatan asas dan sedikit kemahiran supaya kebocoran tidak berulang.
- Tukang Bumbung: Sesuai untuk bumbung yang besar dan berstruktur kompleks atau kerosakan serius seperti rangka rosak atau atap runtuh. Tukang yang berpengalaman memiliki alatan khusus serta menggunakan bahan berkualiti tinggi yang bersesuaian. Selain itu, kerja mereka disertakan dengan jaminan keselamatan dan kualiti servis.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan bumbung yang berpatutan untuk bumbung jenis tanah liat, bumbung jenis logam dan bumbung jenis konkrit bertetulang (RC). Selain membaiki bumbung, kami juga menyediakan perkhidmatan berikut:
- Pembersihan Bumbung
Membersihkan bumbung anda dengan jet air bertekanan tinggi boleh mengeluarkan kotoran dan serpihan. Bumbung anda akan diperiksa dengan teliti untuk apa-apa kecacatan, kebocoran atau patah-patah sebelum pemulihan. Jubin patah akan diganti; kawasan bocor dan berpotensi bocor akan disediakan lapisan kalis air.
- Pembumbungan Semula
Salah satu projek baiki bumbung yang paling sukar untuk dijalankan adalah pembumbungan semula atau ‘reroofing’ dan pembaikian bumbung, yang memerlukan banyak kemahiran dan teknik yang sesuai. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk mempunyai pakar bumbung menjalankan kerja ini untuk anda, dan memastikan bahawa projek itu diuruskan dengan betul. Pembumbungan semula adalah salah satu cara yang paling murah dan paling berkesan untuk memanjangkan ketahanan bumbung anda. Mengubah jubin bumbung akan memberikan penampilan baru kepada bumbung anda.
- Salutan Bumbung
Bumbung adalah mahal untuk diganti. Mujurlah, ketahanannya dapat diperpanjangkan selama bertahun-tahun jika salutan bumbung digunakan apabila ia masih dalam keadaan yang agak baik. Ia juga memberikan bumbung rupa baru yang menakjubkan.
- Kerja Waterproofing Untuk Bumbung
Bumbung yang disaluti dengan bahan kalis air dapat melindungi dan membantu pencegahan bumbung dari kemerosotan selanjutnya.
- Rawatan Penyembuhan Air
Rembesan dinding biasanya berasal dari penembusan hujan, kemerosotan sistem kalis air yang ada atau struktur konkrit bumbung. Kami boleh membantu memulihkan dinding anda dengan perkhidmatan kami.
- Program Penyelenggaraan Atap
Untuk mengekalkan bumbung anda dalam keadaan yang baik, kami boleh mereka membentuk projek penyelenggaraan yang sesuai dengan keperluan bumbung anda. Bumbung yang dikendalikan dengan betul akan menambah nilai dan jualan harta rumah anda, serta terlindung daripada hakisan, kerosakan air dan asas retak.
Proses Membaiki Bumbung Kami
- Pemeriksaan keadaan bumbung
Langkah pertama adalah pemeriksaan menyeluruh dari dua sudut untuk melihat tanda-tanda seperti tompokan air atau siling yang basah. Kami memastikan penggunaan tangga dilakukan dengan teliti dan hanya naik ke atas bumbung jika perlu seperti bagi menilai keadaan genting, saliran dan struktur atap secara langsung.
- Pembersihan luaran atas bumbung
Sebelum memulakan pembaikian, kawasan bumbung akan dibersihkan. Ini termasuk membuang daun kering, ranting, lumut dan kotoran yang menghalang aliran air. Pembersihan ini penting bagi memastikan bahagian yang rosak dapat dikenal pasti dan bahan pembaikian melekat dengan baik pada permukaan yang bersih.
- Pembaikian cepat menggunakan sealant
Untuk kebocoran kecil, kami akan melakukan kerja patching dengan menggunakan bahan kalis air seperti sealant, membrane patch atau lapisan bitumen. Kaedah ini sesuai untuk celahan halus, retakan kecil atau kawasan sambungan yang sedikit terbuka. Ia merupakan solusi pantas yang kami sediakan apabila kerosakan bumbung anda masih berada di tahap awal.
- Penggantian bahan atap
Sekiranya terdapat kerosakan teruk pada struktur rangka bumbung, penggantian keseluruhan komponen akan dijalankan. Ini termasuk menukar, mengganti atau menambah lapisan pelindung baru untuk perlindungan bumbung yang lebih kukuh.
- Ujian kebocoran bumbung
Setelah kerja pembaikan selesai, kami akan melakukan ujian kebocoran dengan menyiram air secara terkawal ke atas bahagian yang telah diperbaiki untuk memastikan semua kebocoran telah berjaya dibaiki sepenuhnya.
Kenapa Pilih Khidmat Pakar Bumbung Kami
- Penyelesaian cepat dan kerja efektif
Kami mempunyai profesional yang boleh anda hubungi untuk membantu anda, dan mereka mengetahui semua langkah yang perlu diambil untuk menjalankan kerja baiki bumbung rumah. Proses kerja tukang bumbung kami tersusun dan cekap dengan memastikan setiap pembaikian atap dilakukan dengan teliti tanpa melengahkan masa anda sebagai pelanggan. Mereka akan meninggalkan bumbung anda dalam keadaan yang baik supaya anda dapat menikmatinya selama bertahun-tahun yang akan datang.
- Penggunaan bahan tahan cuaca
Bahan sealant dan lapisan kalis air yang kami gunakan untuk memperbaiki bumbung anda adalah bahan berkualiti tinggi yang tahan cuaca ekstrem termasuk sinaran UV dan hujan lebat. Ini penting bagi memastikan kerja pembaikian tahan lama walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.
- Harga baiki bumbung murah
Setiap sebutharga baiki bumbung bocor yang kami berikan adalah secara telus dan mengikut jenis kerosakan dan skop kerja yang diperlukan. Tiada caj tersembunyi.
Pengalaman pekerja kami adalah testimoni terhadap kesetiaan dan dedikasi kami kepada para pelanggan. Kami mempunyai khidmat nasihat daripada pakar bumbung serta bantuan selepas perkhidmatan yang sangat baik yang berkaitan dengan pembaikian bumbung. Hubungi kami hari ini untuk menyelesaikan masalah bumbung anda.
Soalan Lazim
Apakah langkah segera yang perlu saya ambil jika bumbung saya bocor?
Jika anda mendapati bumbung rumah bocor, letakkan baldi atau bekas di bawah titisan air untuk mengelakkan lantai licin dan rosak. Alihkan barangan elektrik atau barang berharga dari kawasan yang terjejas. Kemudian, segera hubungi tukang bumbung profesional kami untuk pemeriksaan dan membaiki bumbung.
Berapakah harga untuk servis baiki bumbung bocor?
Anggaran kos bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis bahan atap (genting, zink, atau bumbung rata), tahap kerosakan, akses ke kawasan bumbung dan jenis pembaikian yang diperlukan. Contohnya, pemasangan semula sealant atau patching untuk kebocoran kecil lebih murah berbanding pembaikan struktur. Untuk anggaran tepat, hubungi kami bagi pemeriksaan awal serta sebut harga percuma.
Berapa lama biasanya patch sealant untuk bumbung boleh bertahan?
Secara umum, sealant yang berkualiti tinggi dan dipasang dengan betul boleh bertahan antara 3 hingga 7 tahun.
Adakah tukang bumbung anda dapat membaiki bumbung bocor akibat banjir?
Ya, kami dapat membantu menangani kebocoran yang berpunca daripada banjir. Ini termasuk atap yang longgar, sealant tercabut atau sistem saliran yang tersumbat akibat lumpur dan serpihan banjir. Pasukan kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan mencadangkan penyelesaian paling sesuai untuk bumbung anda.
Adakah atap lama boleh diperbaiki atau perlu ditukar?
Ini bergantung kepada keadaan bumbung dan jenis kerosakan. Kami akan melakukan pemeriksaan terperinci dan memberikan cadangan terbaik sama ada pembaikan atau penukaran mengikut bajet, keperluan dan tahap keselamatan bumbung rumah anda.
Perkhidmatan Membaiki Rumah Kami Termasuk:
Testimoni
Terima kasih kepada pasukan pekerja yang menolong membaiki bumbung rumah saya di Taman Melawati yang telah usang dan bocor. Masalah bumbung bocor saya telah diselesaikan dengan cepat!
Encik Agus
Kenapa Pilih Servis Syarikat Kami?
→ Pekerja Pakar yang Berpengalaman
→ Ulasan Baik Dari Pelanggan Gembira
→ Harga Servis Berpatutan
→ Lawatan Tapak Percuma
→ Sebut Harga Percuma
→ Servis Penuh (Mula Hingga Akhir Projek)
Sebut Harga Percuma
Fix Home Enterprise
002873061-V
Telefon
Alamat
2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia