Pasang Tingkap Rumah di Kuala Lumpur & Selangor

Pasang Tingkap Rumah di KL & Selangor untuk tingkap kaca, aluminium, sliding dan casement. Kami juga tukar cermin tingkap pecah dan pasang grill tingkap untuk keselamatan.

Pasukan kami bantu anda pilih jenis, bahan bingkai dan warna tingkap yang sesuai untuk rumah, kedai dan pejabat.

Berapa harga pasang tingkap rumah?

Harga pasang tingkap rumah bergantung kepada jenis tingkap (sliding, casement, louvre), bahan bingkai, saiz dan bilangan tingkap. Kami akan periksa dahulu sebelum memberikan sebut harga percuma, tiada caj tersembunyi.

tukar-tingkap-sebelum-selepas-lembah-klang

7+

TAHUN PENGALAMAN DARI 2018

4.7★

RATING GOOGLE

Hari Sama*

 RESPON PANTAS

SSM

SYARIKAT BERDAFTAR

* Tertakluk kepada ketersediaan pasukan

Kenapa Pilih Servis Pasang Tingkap Kami di Lembah Klang?

Pelbagai Jenis Tingkap

Sliding, casement, louvre dan tingkap kalis bunyi, dalam pilihan kaca dan bingkai aluminium untuk setiap ruang rumah.

Bantu Pilih Bahan & Warna

Kami bantu anda pilih jenis kaca, bahan bingkai (aluminium, PVC, kayu) dan warna yang sesuai dengan gaya rumah anda.

Tukar Cermin Tingkap Pecah

Bukan sekadar pasang tingkap baru, kami juga tukar dan ganti cermin tingkap yang pecah atau rosak.

Pasang Grill Tingkap Sekali

Untuk keselamatan, kami boleh pasang grill tingkap serentak dengan pemasangan tingkap anda.

Harga Telus & Tiada Caj Tersembunyi

Sebut harga dikira ikut jenis, saiz dan bilangan tingkap, dan dimaklumkan dengan jelas sebelum kerja bermula.

Rumah, Kedai & Pejabat

Kami pasang dan tukar tingkap untuk kediaman dan juga premis komersial seperti kedai dan pejabat.

Jenis tingkap yang kami pasang

Fungsi dan cara kegunaan ruang perlu jadi faktor utama semasa memilih jenis tingkap, kerana ia mempengaruhi privasi, kemudahan akses, pengudaraan dan cahaya. Kami bantu anda pilih yang paling sesuai:

Tingkap Sliding

Antara pilihan paling popular. Senang ditutup dan kedua-dua panel mudah dibersihkan, sambil memberi cahaya semula jadi dan pengudaraan yang baik untuk ruang tamu, bilik tidur dan bilik air.

Tingkap Casement

Sesuai untuk dapur kerana boleh dibuka pada sudut 90 darjah atau lebih, memberikan pandangan yang tidak terhalang dan pengudaraan yang maksimum.

Tingkap Louvre

Sesuai untuk bilik air kerana memberi privasi sambil mengekalkan pengudaraan yang mencukupi.

Tingkap Kalis Bunyi

Membantu mengurangkan bunyi bising dari luar, sesuai untuk rumah berhampiran jalan raya atau kawasan sibuk.

Pilihan bahan & bingkai tingkap

Sebelum pemasangan, kami bantu anda pilih pilihan yang paling sesuai:

  • Jenis kaca: tempered atau bercorak, mengikut keperluan privasi dan keselamatan
  • Kaca tinted / berwarna: membantu mengurangkan haba dan silau serta menambah privasi
  • Bahan bingkai: aluminium, PVC, besi atau kayu
  • Warna bingkai: perak, putih, gangsa dan lain-lain, dipadankan dengan gaya rumah

Servis tingkap lain yang kami tawarkan

Selain pasang tingkap baru, kami juga menyediakan pasang tingkap aluminium, baiki tingkap rumah yang rosak, tukar cermin tingkap pecah, serta pasang grill tingkap untuk keselamatan. Kami juga boleh uruskan pasang pintu sliding untuk balkoni dan ruang tamu.

Upah pasang tingkap bergantung kepada

  • Jenis tingkap (sliding, casement, louvre atau kalis bunyi)
  • Bahan dan warna bingkai yang dipilih
  • Saiz dan bilangan tingkap
  • Kerja tambahan seperti tanggal tingkap lama atau pasang grill
  • Lokasi rumah anda dalam Lembah Klang

Kami beri sebut harga percuma dahulu, tiada caj tersembunyi selepas kerja siap.

Soalan Lazim

Jenis tingkap apa yang sesuai untuk rumah?

Tingkap sliding sesuai untuk ruang tamu dan bilik tidur, casement untuk dapur, louvre untuk bilik air, dan tingkap kalis bunyi untuk rumah di kawasan bising. Kami bantu anda pilih yang paling sesuai.

Boleh tukar cermin tingkap yang pecah sahaja?

Boleh. Anda tidak perlu tukar keseluruhan tingkap, kami boleh ganti cermin tingkap yang pecah atau rosak sahaja.

Adakah anda pasang tingkap aluminium?

Ya. Kami pasang tingkap dengan bingkai aluminium, PVC, besi atau kayu. Lihat servis pasang tingkap aluminium kami untuk pilihan aluminium.

Kawasan manakah servis pemasangan tingkap anda?

Servis memasang tingkap kami di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Kami berpangkalan di Cheras dan melayani kawasan Lembah Klang, termasuk sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Testimoni

Terima kasih kerana membantu memasang tingkap rumah baru di kediaman kami di Ara Damansara minggu lalu. Hasil kerja yang baik sekali oleh pekerja anda.

Puan Juni

Sebut Harga Percuma

Fix Home Enterprise

002873061-V

Alamat

2-2-24 Jalan 3/124,
Taman Connaught, Cheras, 56000,
Kuala Lumpur, Malaysia

Borang Sebut Harga

"*" indicates required fields